Chilindo bid Malaysia

Minggu lepas hari isnin mama ada bagitahu kan kepala mama cenoneng  sebab tidur lambat kul 2 pagi. Baca Di entry SINI. Haaaa.. ini lah penangannya. Akhirnya mama dah terkena rasukan Chilindo. Omaigad!! Memang kena sangat dengan perkataan "rasukan" Tu. Sebab apa? Bila dah mula bid di sini dah macam orang kena rasuk tau haha.. sedar-sedar 18 barang dah mama bid. Adoyaiii, what heppen to mama ni? Apakan penangan Chilindo bid Malaysia ni oii.. boleh tahan dahsyat juga Kan..

Mula-mula Tu asalnya mama cuma buka facebook mama dan sambil scroll2 tu ternampak sponsored ad Chilindo. Mama cubalah klik dan try bid satu barang (usb cable Remax rasanya). Tapi memandangkan mama tak tau langsung pasal Chilindo ni maka bid mama x berjaya. Mana taknya, lepas bid mama pergi Cari barang lain.

Rupanya kalau nak success Dalam Chilindo bid Malaysia ni kena tunggu dan monitor bid Kita sama Ada org bid over bidaan Kita or not. Kalau orang lain bid lebih dari kita, maksudnya kita kalah bid dan x dapatlah barang tu.. bila dah faham Cara bid Di Chilindo maka mama Pun bid lah 2-3 barang Dan berhasil mendapat bidaan tertinggi. Bila berjaya bid, jadi excited dan cari barang lain.. Start Dari situ memang mama bid Dan bid lagi sampai tengok2 dah 18 barang Dalam shopping cart tau. Memang berhantu betul Chilindo ni Kan..

Nak tak nak mama check out jugalah esoknya Dan bayar. Kalau korang nak tau Chilindo ni payment method dia kalau bank in cuma boleh dgn bank OCBC je. Tapi yang bestnya boleh COD je tau..

Esoknya di office, mama pun ceritalah tentang Chilindo dengan 2 colleagues mama. Diorang tak pernah dengar tentang Chilindo tau. Lepas mama cerita diorang terus masuk website Dan memasing terrrr... bid 2 barang terus haha.. nampaknya rasukan ni dh macam histeria boleh berjangki-jangkit pula. Bahaya betul kan.

Tak habis di situ, salah sorang yang terrr..bid tu balik ke tempat dia (bilik lain) Dan menyebarkan rasukan Tu kepada 3 orang lagi. Macam2 Di bid mereka sampai Pam basikal Yang tak perlu pun nak bid. Alahaiii.... Nasib lah nak. Penyudahnya memasing sekarang sedang tunggu barang sampai ni. Ramai dah dapat dah pun.

Ni 18 barang mama order dari http://www.chilindo.com/my/




Nampak kan, tah apa2 lah yang mama beli tu, mp3 player sampai 2, ada jam sampai 3, usb cable 2, monopot 2, tripod 2 dan speaker etc. Yg bestnye micro usb utk iphone pun mama terrr..bid  juga! padahal takde iphone pun tau haha.. ngerinyer.. sampai sekarang barang dalam kota chilindo lagi. hmm.. nak buat apa lah dengan mereka ni lahai..

Ni lah barang Yang paling mama x perlu

Kalau nak tau sekarang mama dah fobia dengan chilindo ni. Memang mengelak aje tak nak masuk website dia. Tapi dalam mengelak2 tu tah macam mana terrr...bid 4 barang. ada dlm shopping cart sekarang haha...

Buat pengetahuan korang ada beberapa kategori utk di bid iaitu:
Berakhir Sekarang - Untuk Wanita - Untuk Jejaka - Rumah & Taman - Kanak-Kanak & Permainan - Elektronik & Gadget - Pelancongan & Sukan - Kesihatan & Kecantikan - Kereta &  Motor - Alat-alat. Untuk senang nak bid, pilih yang Berakhir Sekarang.

Chilindo menjual pelbagai jenis barang-barang untuk lelongan bermula dari RM 0.1, tanpa minimum purchase. Tu yang buat kena rasuk tu.Penghantaran barang-barang pula cuma RM8 je untuk semua barang tu. Kalau ada pertanyaan boleh call customer service Chilindo di (+60 ) 03-9212-6866.

Kawan mama order barang dan tersalah address, bila call no tu alhamdulillah dapat diselesaikan dengan call NinjaVan (courier) sejurus saja lepas dapat tracking no.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. I still remember my lecturer once talked about this, and I just knew it. hoho.

    ReplyDelete
  2. waahhhh gitu banyak akak terbida.... mmg bahaya chilindo nih

    ReplyDelete
  3. Ramai sudah terpengaruh. Bahaya ni haha

    ReplyDelete
  4. barang yang dibeli secara bid itu...boleh dijual balik dengan kawan-kawan di FB atau geng ofis

    ada untung..

    boleh bid lagi..

    dan seterusnya..

    jadilah mama tauke online macam Jack Ma

    ReplyDelete
  5. kan mama....ade je benda yang berkenan dalam tu...lina dah lama xbukak chilindo tu haha

    ReplyDelete
  6. Nampak post ni terus saya komen sebab saya pun mangsa rasukan Chilindo.. semua gara2 blogwalking pastu baca post Chilindo sana Chilindo sini.. so berkenal2an laa dgn Chilindo.. terbid terus 9 barang.. lepas check out gatal tangan tengok balik pastu terbid lagi 4 barang. Oooooh x boleh jadi jadi saya pun berjanji tak akan gatal2 intai Chilindo lagi untuk elak perbelanjaan tanpa perancangan...

    Begitulah kes saya..

    ReplyDelete
  7. Hihii banyak jugak hasil pancingan mama hihiii..

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan dirimu terkena rasukan lagi, haha.

    ReplyDelete
  9. Uwaa.. rasukan ini sgt jahat tau hihi
    Tq mrhanafi nanti mama try jual. Taktau nak buat apa dgn semua ni. Dahsyat rasukan chilindo

    ReplyDelete
  10. OMG. GV baca artikel ni terus klik link tu. Wah banyak gila barang. Mmmg best mama. hihi. :F

    ReplyDelete
  11. banyak jgk bid tu....dugaan ni hahaha

    ReplyDelete
  12. xpenah tau lg psl ni hmmm boleh sy terjah nnt ;-)

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi guna Chilindo.. taknak tahu takut terjebak..haha

    ReplyDelete
  14. Sy belum beli apa apa sebab asyik failed hahaha

    ReplyDelete
  15. Tak ada experience pasal ni MP... online shopping pun tak pernah weyh hihi...

    ReplyDelete
  16. Ramai yang dah terjebak yer... Cik Rose masih belum ada keinginan nak buka website tu. Takutttt. Hihihi

    ReplyDelete
  17. Masih kuat godaan lg dr jd mgsa chilindo

    ReplyDelete
  18. Kena elakkan masuk web nie.. Nanti ntah apa-apa sha bid.. Hahaha.. Bahaya.. Bahaya..

    ReplyDelete
  19. Hati2 ye korang jgn sampai terkena rasukan chilindo

    ReplyDelete
  20. hampir terjebak. hahaha tapi pernah dapat sekali je tu pun tumblr unicorn

    ReplyDelete
  21. woww..dasyat jgk penangan chilindo ni. nsib baik blom terkena.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post