Gerhana Bulan Separa Malam ni Dan Cara Solat Sunat Gerhana

Subhanallah, Malam ini Kita Akan menyaksikan satu fenomena Yang menunjukkan kebesaran allah. Malam ini Akan berlaku fenomena gerhana bulan separa bermula tengah Malam ni tau. Sesiapa Yang berkesempatan bolehlah mengerjakan solat sunat gerhana Malam ni. Siapa nak tau apa itu Gerhana Bulan Separa Malam Dan Cara Solat Sunat Gerhana jom baca info Di bawah ni mama copy Dari web muftiwp:

Ops sebelum Tu jom kita tengok dulu bagaimana kejadian gerhana Bulan Separa ni boleh terjadi: 
Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindungoleh jasad Bumi kita.
Secara amnya, gerhana ini berlaku Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.

Posisi Bulan yang sedikit ‘ke atas’ dari satah Matahari dan Bumi, menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang akan terlindung dan memasuki kawasan bayang-bayang umbra Bumi. Kredit timeanddate.com


Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 08 Ogos bermula 01.22 pagi hingga 03.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit. Bulan akan bergelap kira-kira 30%. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid / surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan bersama Planetarium Negara mengadakan program cerapan dan Solat Sunat Gerhana bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi.
FASA GERHANA
WAKTU MALAYSIA
Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
7 Ogos,  11:50 mlm
Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
8 Ogos, 01:22 pagi
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)
8 Ogos, 02:20 pagi
Tamat gerhana separa.
(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
8 Ogos, 03:18 pagi
Tamat gerhana penumbra
(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
8 Ogos, 04:50:56
Maklumat lanjut mengenai gerhana sila rujuk web Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad;

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya;
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
  1. Rakaat Pertama
  2. Takbiratul Ihram.
  3. Membaca doa Iftitah.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  6. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  7. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  8. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  9. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  10. Iktidal.
1O.Sujud dan membaca tasbih.
1 l.Duduk antara dua sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
  1. Rakaat Kedua
  2. Membaca surah al-Fatihah.
  3. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  4. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  5. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  6. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  7. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  8. Iktidal.
  9. Sujud dan membaca tasbih.
  10. Duduk antara dua sujud.
  11. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Malam ini gerhana bulan. Patut la tengok bulan lain macam jew tadi. huhu. Good info mama. :D

    ReplyDelete
  2. Bukti kebesaran Allah SWT...moga peluang yang ada kita manfaatkan..solat sunat gerhana,..

    ReplyDelete
  3. Wahhh thanks for sharing mama pp ❤

    ReplyDelete
  4. tq utk sharing kak... yelah mlm ni kan gerhana bulan nya... mintak2 nampak la dr balkoni umah

    ReplyDelete
  5. Nice sharing mama. Oh ye kinah ade buat segmen. Jemput join mama
    http://ape-kinah.blogspot.my/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-by-love-is.html

    ReplyDelete
  6. Bukti kebesaran Allah Kan. Norhidana, gerhana awal pagi tadi dah berlaku dah

    ReplyDelete
  7. Eh malam ni yeeee! Patut hujan rini. Boleh tengok nanti..

    ReplyDelete
  8. subuh tadi ye kak.. terlepas.. :(

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Salam perkenalan dari Rose.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah. terlepas dah. tak pernah lagi buat solat gerhana.

    ReplyDelete
  11. Dah lepas dah. Tak tau tunggu berapa tahun lagi baru ada

    ReplyDelete
  12. Terlepas tengok yang ini.. Huhuhu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post