TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 –
Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala
Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
|
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan |
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.
Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
|
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik |
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "K
ami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada
para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
|
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan |
"Melalui pemerhatian dan maklumat
yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri
Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun,
kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang
agak mengejutkan di mana terdapat penduduk
yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200
ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di
samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
wow, bagus ada event macam ni kan..
ReplyDeleteProgram yang harus disokong..meringankan beban masyarakat setempat
ReplyDeletemelentur buluh biar dr rebung...bgs adanya usaha mcm ni
ReplyDeleteTerima kasih ye. Teruslah menyokong Team Eco Panglima.
ReplyDeletebagusnya CSR cam ni... gd job
ReplyDeleteBagus program ni.
ReplyDeleteMemang bagus kempen mcm nih
ReplyDeletesaya suka juga kalau ada kempen begini...
ReplyDeletebanyak manfaatnya tu
wah first time dengar ada program mcm ni. Its good tho.
ReplyDeleteHidup dizaman skrg ni kene berjimat cermat.. Bagus kempen ni..
ReplyDeleteKempen yg sgt membantu masyarakat sedar tentang kepentingan penjimatan elektrik.
ReplyDeleteWah domain baru. Tahniah :)
Tq semua sudi singgah baca Dan Komen 😘
ReplyDelete