Pemenang ke 4 dah dapat hadiah

Assalamualaikum.. sorry sangat2 harini memang mama langsung tak sempat blogwalking.. kebizian melanda. Selepas kerja tadi pergi berjumpa dengan pemenang ke 4 GA instant Shawl by Mamapipie iaitu kak akma melalui blognya http://www.huhahuhajerr.com. memandangkan rumah Kami rupanya tak jauh, maka mama hantar hadiah by hand saja. sorry ye pemenang Yang lain mama belum sempat nak POS lagi. Tengah tunggu sorang lagi pemenang bagi detail iaitu pemenang ke 5

Mama pun dapat gift Dari kak akma.. Tq kak.. suka sangat sebab comel. Rupanya kak akma Ada buat kraftangan macam ni utk dibuat goodies, etc.  Kreatif kan. Boleh letak duit syiling ni 

Ingatkan nak jumpa sekejap aje tapi rupanya nak dekat sejam Kami berborak potpet potpet kat parking kereta. Agaknya kalau dah namanya blogger memang gini ek? Terima kasih kat Akma bagi banyak tips berblogging. Kalau Ada masa kita borak kt kedai kopi Pula yek..

Lepas jumpa kak akma terus ke teluk panglima garang Pula. Ada event. Yang bestnya Ada makan2 sate. Kami Yang hantu sate Dan memang tengah kelaparan ni apa lagi teruslah menyantap habis-habisan haha.. dah memang orang Yang Kami jumpa Tu suruh makan Kan..katanya order 1000 cucuk2 sate utk event. Mmg banyak pun satenya sampai Kami balik pun banyak lagi padahal event dah habis 

Hmm.. baru cerita tentang sate Samuri haritu Kan tapi mama nak cerita juga tentang sate Yang Kami makan harini. Nak tau tak, sate Yang mama makan harini lagi sedap Dari sate hj Samuri tau. Tak tipu.   Memang sedap sangat. Rasa satenya lebih terasa Dan kuah kacang pun memang lagi ummmpph.. sebab Tu kitaorg makan byk sampai 40 cucuk anak beranak.. Ayamnya Pula lebih kurang sama besar dgn sate kajang juga. Last2 mama ambil contact no abg Tu. Memang sedap x tipu tau.. yummy.. yummy.. Abang Tu duk puncak alam. Kalau Ada sesiapa Yang nak contact no dia boleh pm mama.

Selepas event Tu, kitaorg dah kepenatan terus balik rumah Dan mama pun melakukannya operasi membasuh, menggosok Dan melipat baju. Pheww ..

Last sekali. Buat kat atas ni. Macam2 gadget nak bawa esok utk mama outstation.  

Panjang lebar mama cerita ni.. apa motif ye? Motifnya, inilah sebabnya mama tak dapat nak singgah blog korang Dan post hadiah pemenang. So, mama minta maaf ye.. ok bye. Nak titun esok nak bangun awal.. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. cumilnya... tahniah sis... sedap makan sate

    ReplyDelete
  2. Comel bekas tu. Pandai mengaittt. Ena suka dengan barang2 homemade ni.

    ReplyDelete
  3. Mrs pip dtg melawat ...
    Cute bag syiling tu ...
    Warna menarik ....

    ReplyDelete
  4. comel hadiah dari kak akma tu. sate pun lama jgak tak makan ni. Ain pun ada tempat feveret suka beli sate kat sini. suatu hari tu beli banyak 80 cucuk untuk birthday ayah. tapi, itulah first time hasil sate tu sangat menghampakan, dan itulah last time kami beli sate kat situ.

    ReplyDelete
  5. Ok mama, have a safe journey !
    Im waiting mama, dont worry, setia nak tudung mira filzahhhh, hahha~
    Nanti free, jgn lupa tau pos lelajuu..keh3

    ReplyDelete
  6. singgah sini drop komen.. tahniah buat semua pemenang.. blogger kalau sembang mau berjam2

    ReplyDelete
  7. tahniah buat semua pemenang..wahh MamaPP nk gi holiday ya..selamat berholiday

    ReplyDelete
  8. tahniah untuk smeua pemenang! wahhhh lepas hantar hadiah GA siap blh pegi event mkn sate lagi tu haaaaaa hehehe :)

    ReplyDelete
  9. Comel sangat tu beh kait tu..aumm (^_^) Annur suke..Annur suke..
    Mama have a safe journey ye.

    ReplyDelete
  10. Wah bizi nya mama tapi sempat makan sate.
    Lain kali ajaklah saya makan sate

    ReplyDelete
  11. Share la nombor telefon abg tuh...mimi satu family memg hantu sate

    ReplyDelete
  12. Sedapnya sate. Dah lama tak makan sate hj samuri.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post