Puasa pada hari Arafah

Minta maaf sangat-sangat mama tak sempat blogwalking beberapa hari ni.. nanti start cuti ni mama start balik slow-slow ye. ada terasa macam mood blogging dah mula kelaut juga ni hehe.. Sempena hari kemerdekaan kita yang ke 60 esok, mama nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun bermacam fahaman politik, tapi kena ingat kita semua adalah rakyat Malaysia, dan kita sepatutnya proud dan sama-sama membantu apa yang terdaya untuk keamanan dan kesejahteraan negara kita. Bersyukur sangat dapat menikmati erti kemerdekaan. Esok juga adalah 9 Zulhijjah iaitu hari Arafah, maka seeloknya marilah kita Puasa pada hari Arafah. Bagi orang yang tidak mengerjakan haji Puasa pada hari Arafah besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan. Bagi orang yang mengerjakan Haji pula tak boleh puasa Arafah tau.


Rasulullah ﷺ ditanya tentang puasa Arafah (9 Dzulhijjah). Beliau bersabda:

يكفر السنة الماضية والباقية (رواه مسلم)

" *Puasa tersebut menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.*"

📝 H.R. Muslim dari Abu Qatadah radliyallahu

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:

“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…”

Niat Puasa Arafah :
Nawaitu souma arafah, sunnatal lillahi ta'ala
"Saya niat puasa Arafah, sunnah kerana Allah ta'ala"

Sekadar peringatan.. Hari haram berpuasa sunat pada bulan Zulhijjah iaitu
    - Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
    - Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Post a Comment

Words of wisdom

Previous Post Next Post