I'm in pain

Assalamualaikum semua.. mama minta maaf kerana tak sempat blogwalking mood dah kelaut dah berjangkit-jangkit Dari selepas Raya Haji sampai sekarang. Mood merudum huhuu.. mama tengah sakit gigi ni. Bukan sakit biasa. Kalau lubang biasa dah confirm lepas tampal terus hilang Rasa sakitnya Kan. Bukan juga Gigi goyang, kalau goyang cabut saja terus hilang sakit. Ini mama terkena deep pocket. Memang tak boleh nak rawat secara tampalan saja.

Err.. korang tau tak deep pocket ni apa. Mengikuti Pemahaman mama seperti Yang dentist mama beritahu deep pocket ni sejenis gum disease Di mana dia Akan makan tulang gigi Dan menyebabkan seperti Ada lubang besar Di bawah Gigi. Sebab Tu lah dinamakan deep pocket kot.

Sakitnya Tu kekadang bila dia datang terus tak boleh buat apa. Sampaikan kerja kat opis pun tertangguh.. aduh duh.. memang blog sendiri pun mama tak  tengok. Kalau time ok macam sekarang  ni bolehlah mama selit buat satu entry. Menurut kakak ipar mama seorang dentist, mama kena jumpa pakar Dan buat operation kat situ.. esok mama buat appointment lagi dengan dentist harapan mama semoga dapatlah sembuh Gigi ni. Berhabis duit sikit takpelah utk keselesaan diri sendiri Kan. Kalau susah sangat kucabut saja Gigi ni habis cerita.

Sambil Tu nak share petua sakit gigi, Salah satunya ialah menggunakan bunga cengkih. Tumbuk bunga cengkih sehingga halus Dan letakkan Di tempat Yang sakit Dan Insya Allah sakit Akan berkurangan. Satu lagi, kalau dulu2 Ada seorang kawan mama orang Sarawak selalu belikan mama Gambir Sarawak bila dia balik kampung. Dari dialah mama tau kegunaan Gambir Sarawak untuk hilangkan sakit gigi. Caranya, ambil secebis saja Gambir Sarawak Dan letakkan setitik dua air. Kemudian ambil cotton bud, celup dalam air Tu dan titiskan atau sapu Di tempat Yang sakit. Mengikut pengalaman mama, tempat Tu Akan jadi kebas dan kesakitan Akan berkurangan Insya Allah.

Apapun Terima kasih kerana Masih sudi singgah blog mama. Nanti mama balas kunjungan korang pelan-pelan ye.

Huhuu.. nak letak gambar Dalam entry ni pun takde mood. Ok bai


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. Sakit gigi kalau dah kena memang apa pun tak boleh buat kak. Ana pernah cuba petua letak cengkih tu kak. Depend pada tahap sakit kita juga. Kalau sakit sikit bolehlah guna petua tu. Lepas tu air liur bukan main laju merembes.

    ReplyDelete
  2. Aduhai kesiannya.... moga dapat cepat jumpa doktor ye dan cepat baik.

    ReplyDelete
  3. Sakit gigi memang merana dibuatnya serba-serbi tak kena.

    Bercerita pasal gigi ni Mrs. A pernah la buat root canaling tapikan tak elok juga sakitnya pergi bukan sekali pula tu kena follow up banyak kali.

    Kesudahannya Mrs. A cabut aje gigi tu ha terus settle masalah.

    ReplyDelete
  4. syafakillah. semoga cepat sembuh, lagi satu orang kata boleh beli bonjela kalau nak senang, ada dekat watson.

    ReplyDelete
  5. kesian mama...memang seksa lah kalau sakit gigi..serba tak kena dibuatnya..moga cepat sembuh ye mama

    ReplyDelete
  6. Saya ada sebatang duk menunggu masa. Waktu sakit rasa macam time tu juga nak pi cabut. Bila henti sakit lupa dah nak pi klinik.

    ReplyDelete
  7. Sabar ye mama, sakit gigi memang azab. Moga cepat baik ye mama.

    ReplyDelete
  8. semoga cepat settle masalah salit gigi mama. saya tahu petua cengkih tu sbb mase kecik sakit gigi mak slalu letak hihi..

    ReplyDelete
  9. saya masih lagi tergolong dalam peratusan remaja yang belum pernah menghadapi sakit gigi kronik, bila dengar pengalaman orang lain terasa risau jugak, too good to be true pulak kalau sampai ke usia veteren tak merasa sakit gigi kan? padahal syaa tak jaga secara prihatin sangat pun gigi-gigi ni.

    okeylah , yang part remaja tu saya bohong sunat

    ReplyDelete
  10. Huhu.. rupanya mama x sihat.. Get well soon mama.. love love..

    ReplyDelete
  11. Mmg kena cabutlah kan, tu saja jalannya. Semoga cepatlah selesai masalah sakit Gigi ni yea.

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsian ..moga mamapip cepat sembuh

    ReplyDelete
  13. Annur kalau sakit gigi, memang bercakap pun taknak. Sakit sangat. Lepas buat RCT (rawatan akar) barulah sakit gigi tu tak berulang dah.. Bila hilang sakit gigi, baru sedar nikmatnya makan.

    ReplyDelete
  14. kesiannya mama...sabar ye.sakit gigi ni memang ubat paling mujarab adalah cabut.semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  15. Alahai kesiannya mama. owh deep pocket tu mcm gigi berlubang lah ya kan? jaat tol lah ulat gigi ni keje asik menggerudi je.huh. apapun moga cepat sembuh ya mamap :)

    ReplyDelete
  16. saabarlah mama ye..sedihnye..sakit gigi plg sakit kan. :'( rasa demam n xnk buat aapa kan.

    ReplyDelete
  17. Uishhh, sramnyaaaa dengar...nak makan pon kena tahan tahan kalau dah sakit nih~
    Semoga sembuh segera mama............

    Mehhh nak ajak baca entri penghargaan, http://nonasani.blogspot.my/2017/09/menang-contest-shawl-mira-filzah.html

    ReplyDelete
  18. mmg kalau dh sakit gigi satu apa pun tak blh nk buat... sakit nya tuh menusuk ke kalbu

    ReplyDelete
  19. Adoiiiii sakitnya la tu kalau sakit gg...memang tak boleh nak buat apa apa la kisahnya...=(

    ReplyDelete
  20. Sy 2 minggu menahan sakit gigi.nak cabut x boleh tengah bengkak.lps ni kena cabut juga la supaya tak berulang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post