Resepi daging goreng kunyit berkuah.. Assalamualaikum semua.. mama nak tanya korang tahun ni dapat banyak ke daging korban? Alhamdulillah tahun ni rezeki mama dapat 3 kilo daging. Maka, bermulalah pencarian nak masak apa daging ni. Perkara biasa selepas musim raya Haji Kan. Semalam mama sempat memasak 1 kilo daging goreng kunyit berkuah. Kenapa berkuah? Sebab bila lembab-lembab berkuah Tu Yang Terasa best nak makan especially kalau dengan nasi panas. Wow.. Resepi ni tak boleh kering sangat nanti daging jadi liat. Sesiapa nak tengok Resepi daging goreng kunyit berkuah Ada Di bawah ye. Kali ni mama buat versi lembap2 gitu. Sebelum ni mama pernah masak daging Rusa goreng kunyit juga tapi kuah nya mama lebihkan. Apapun terpulanglah kepada korang nak masak macam mana..
Baca juga
- Resepi Egg Muffin Pizza Guna 5 Bahan Sahaja Mudah Dan Sedap
- Resepi Basque Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Mudah Dan Gerenti Jadi
- Resepi Ayam Bakar Madu Berempah Guna Air Fryer
- Resepi Otak Lembu Goreng
- Resepi Spaghetti Bolognese Mudah dan Sedap
Daging goreng kunyit berkuah
Resepi daging goreng kunyit berkuah
Bahan-bahan
1 kg daging4 Sudu besar serbuk kunyit
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah dihiris
4 biji kentang - dipotong 6
Air asam jawa dari asam sebesar ibu jari
1/2 cawan Minyak masak
Garam
Cara memasak
1. Rebus daging Yang telah dipotong Nipis. Air biar menutupi Keseluruhan daging.
2. Campurkan serbuk kunyit ke Dalam periuk rebusan daging. Kemudian rebus sehingga daging empuk.
3. Setelah daging empuk, rebus lagi sehingga air rebusan tinggal sikit. Masukkan kentang
4. Masukkan minyak masak kedalam periuk.
5. Goreng daging Dan masukkan bawang besar Serta cili merah. Masukkan air asam jawa dan masukkan garam secukupnya. Boleh tambah air jika suka kuah lebih. Masak hingga mendidih.
6. Siap untuk dihidangkan.
Alhamdulillah.. selesai satu pertiga daging korban mama.. Hmm.. lagi 2 kilo daging nak masak apa ye...
Jom join channel telegram viral ni
Info Ibu Hamil https://t.me/ibuhamilmalaysia
Info Resepi https://t.me/ResepiKampungku
Info Motivasi https://t.me/katasemangathidup
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer https://t.me/bloggersmalaysia
Tags
Resepi
selamat hari raya adda..wow..npk sedap daging tu..hihi..
ReplyDeleteSelamat Hariraya AidilAdha juga buat lily sekeluarga. Memang sedap lily, sesuai lauk ni utk budak2
ReplyDeletemsk rendang pun sedap..:)
ReplyDeleteermmm....yummy nya mama....tahun ni xde org bagi daging korban hihi
ReplyDeletemenu kegemaran ni!ratah macam tu pun sodap!
ReplyDeleteselamat hari raya mama..lagi 2 kilo buatlah masak bulgogi korea tu ke..haha. pandai cakap je saya ni
ReplyDeleteSelatan hariraya AidilAdha utk semua ye.
ReplyDeletenyamnyam terliur kejap..hihi..
ReplyDeletefeveret kami ni mama. nyummm
ReplyDeleteGoreng kunyit pun sedap
ReplyDeletemakan pula dengan nasi panas kan. memang sedap lah. biasa saya buat yang kering, belum pernah buat versi berkuah. boleh la cuba kelainan nanti.
ReplyDeletemmg sedap mar makan versi berkuah ni. mama suka dulu buat buka puasa pehh
DeleteSimple saja resepinya.. boleh dicuba nanti.
ReplyDeleteiye netty mmg mudah sgt
Delete