Dapat anak sedara baru

Alhamdulillah semalam mama berkesempatan berjumpa anak sedara baru mama iaitu 'umar. Umurnya baru 14 Hari tapi mama Masih berpeluang cium bau baby lagi. Waahh seronoknya dapat ulit2 Dan gomol-gomol dia. Mama terlambat sikit jumpa 'umar sebab dia Ada masalah jaundice Dan baru keluar wad. Cuma sekarang ni je hari-hari kena checkup darah untuk check jaundice. Kesian Pula kecil-kecil dah kena cucuk Sana sini ambil darah

Baby 'umar Yang comel semoga cepat sihat Dan menjadi anak soleh Dan mewarisi keimanan sahabat Rasululluah s.a w khalifah Umar al-khattab.

11-9-7-4-4-2-2. Susunan mengikuti Umur. Inilah sepupu-sepupu Syafi cuma tak cukup 3 orang Dalam gambar iaitu Abang Riri cucu pertama Dan baby raelea Dan 'umar. Nanti 'umar dah besar sikit boleh cukupkan korum ye. 

Diorang ni bila dah jumpa memang tak kisah main Dari Siang hingga ke Malam. Bila nak balik sampai kena seret keluar haha.. sepupu Syafi si tuan Tuan rumah siap merayu-rayu suruh Abang Syafi tidur Sana. Alahai lah anak-anak terhibur sungguh dengan kerenah mereka ni. Sori lah Andrea abg Syafi Ada exam harini tak boleh nak tidur Sana ye. Semoga mereka menjadi anak-anak soleh Dan solehah. Amin


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. sedapnye bau baby kan....wangiiii sangat..tahniah mama...

    ReplyDelete
  2. Suka baby baru...dua orang anak buah SA dah besar dah...padahal baru lahir tahun ni...rindunya nak bau baby baru...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mamapp. Semoga Umar jadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  4. Tiba2 rindu bau baby jgak. Eh? Haha.
    Anyway, tahniah mama. Makin besar 'empayar' kazen2 ni kan.
    Semoga 'Umar membesar sihat dan menjadi anak soleh harapan keluarga bangsa agama dan negara.
    Ameeennn :)

    ReplyDelete
  5. waaa seronoknya mcm ni :) ank mek pun cam ni gak bile main tak ingt mak pak kat belakng. tapi bila kita nak balik pandai pulak nk ikut :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wrmbth & salam isnin dari Maznee

    Semoga makin sihat & berjaya sis

    Dah dapat anak buah baru ya

    Tambah tanggung jawab tu

    ReplyDelete
  7. Eiii, akk pun sukaaaa sangat bau baby, kata org bau baby ni bau syurga, masyam2 pun nak juga cium kan. Teringat plak masa anak akk Umar Zikri kecik dulu..huhu.
    Eh, Umar juga namanya yea, semoga berkat nama Saidina Umar, menjadi salah seorg peribadi agung suatu hari nanti, aminn.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak atas kelahiran anak sedara baru. Ana pun suka bau baby tu. Bau lemak2 macam tu. Rasa nak gomol lama2 je. Hehe.

    Semoga baby tu cepat bebas dari jaundice ye kak. Amin.

    ReplyDelete
  9. Comelnyer....rasa mcm nak baby jugek...hahaha

    ReplyDelete
  10. Seronoknya bila dapat anak sedara baru kan, macam kita pulak yang beranak..hehe

    ReplyDelete
  11. tahniah mama.makin meriah la bila sepupu sepapat kecik tu berkumpul

    ReplyDelete
  12. Tahniah dpt anak buah baru. Saya pun tak lama lagi dpt ank buah baru

    ReplyDelete
  13. Semoga menjadi anak yg soleh..Tahniah

    ReplyDelete
  14. wahhhh ada baby baru laaa... best nyer... bertambah rezeki ahli keluarga... tingat dulu membe ckp, kalau petronas ada staf dpt baby diorg suka sgt sbb rezeki msk mencurah2 ;-)

    ReplyDelete
  15. Bau baby yg lemak2 Tu sedapnya lahai.. sesiapa yg teringin nk menambah tahun depan mmg byk lah kelebihannya spt bajet2018

    ReplyDelete
Previous Post Next Post