Tahniah Dato Siti Hamil 4 bulan

Tahniah Dato Siti Hamil 4 bulan. Assalamualaikum semua. Semalam bila buka media sosial sana sini share berita gembira dari Dato Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Mama pun tumpang gembira juga. Tahniah kepada Dato Siti sudah Hamil 4 Bulan. Mama tumpang gembira kerana selepas 11 tahun akhirnya Dato Siti berpeluang menimang cahayamata sendiri.

Dato Siti ni sebaya mama tau. Beza tarikh lahir Kami cuma 10 Hari aje. Arwah mak Dan ayah mama memang minat sangat pada dia sejak dia bula masuk bintang rtm lagi. Mama pun suka semua lagu-lagu dia. Kadang2 Terasa macam mak ayah lagi sayang pada dato siti Dari mama sendiri haha..


Lintas langsung sesi khas bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. YouTube Dari channel bharian. Mama pun terasa excited bila dengar pengumuman ni.

Semalam dato Siti share berita gembira melalui siaran langsung Instagram Live miliknya, @ctdk dan YouTube Siti Official Video dari kediamannya kira-kira jam 10 malam.  "Alhamdulillah saya dan suami tak pernah putus berusaha untuk memiliki cahaya mata, termasuk melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat rawatan swasta. "Pada usia 38 tahun dan ulang tahun ke-11 perkahwinan, Tuhan makbulkan impian untuk bergelar ibu tidak lama lagi. Fokus saya sekarang semua hal membabitkan anak dan tidak ambil sebarang kerja atau aktiviti," katanya.

Katanya, tujuan utama pengumuman adalah supaya pihak yang berurusan dengan Siti Nurhaliza Production memahami keadaannya yang tidak dapat memenuhi undangan sejak beberapa bulan lalu dan untuk tempoh akan datang.


Credit photo BHarian.Glowing sangat dato siti pada kehamilan ni. Ntah2 gegirl Dalam Tu. Kalau kembar pun best juga kan. Comel je baby bump..

Mama memang sokong dato Siti berehat dulu Dari sebarang aktiviti. Biar dia fokus kesihatan baby Dan kesihatan dirinya. Enjoy your pregnancy ya Dato' Siti. Tak sabar nak tunggu baby keluar.





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

23 Comments

Words of wisdom

  1. tahniah ya
    Dijaga kandungannya dengan baik

    ReplyDelete
  2. Saya pun happy dpt tau she is pregnant. Kesian jugakkan kat dia sebelum ni.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang sambut gembira bila tau Dato Siti hamil... sebb lama dia kahwin kan...

    ReplyDelete
  4. tahniah tahniah
    selamat dan selamat ye
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. rezeki beliau setelah menunggu lama:)

    ReplyDelete
  6. tahniah siti...semua peminat gembira diatas berita baik ni kan...

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk beliau, moga dipermudahkan urusan sehingga melahirkan....in sya Allah

    ReplyDelete
  8. best kan dapat tau dia pregnant. kita pun teruja. hehe

    ReplyDelete
  9. 11 tahun sabar menanti, akhirnya Allah kurniakan jg hadiah dr kesabaran mereka

    ReplyDelete
  10. seluruh malaysia tumpang gembira dgn berita ni

    ReplyDelete
  11. Satu Malaysia gembira apabila tahu berita ini. Dato' Siti mmg ikon Malaysia yang sangat disegani dan disukai ramai. :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, akhirnya direzekikan.

    ReplyDelete
  13. Maka... lengkaplah hidup seorang insan bernama Siti Nurhaliza... sebak dapat tau siti dah pregnant 4 bulan... alhamdulillah... syukur ya Allah...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga rezeki Tok Ti. So happy for her.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah siapa ygbtak tumpang gembira Kan. Lama penantian 11 tahun tu

    ReplyDelete
  16. tahniah Datuk CT. Rezeki Allah nak bagi, lambat ngan cepat je kan

    ReplyDelete
  17. Tahniah sesungguhnya kita amat terharu gembira kesabarab insan ini dikabulakn oleh Allah..Subahanallah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post