Sukaneka Sekolah Dapat nombor 1

Assalamualaikum semua.. bila mama blogwalking Sana sini nampak mak Pak update tentang Hari sukan anak memasing. Event wajib Ada sebelum cuti sekolah panjang ni kan. Elok juga sebab budak2 dah habis belajar, Ada Yang dah pulang buku teks pun. Syafi semalam dah buat jamuan akhir tahun kelas dah. So, aktiviti sukan atau sukaneka no memang bagus untuk buat budak2 beraktiviti Dan merasa keseronokan acara fizikal.

Hari khamis baru ni adalah Hari sukaneka bagi tahap satu Di sekolah Syafi. Mama Dan ayah tak pernah lagi miss untuk menyaksikan anak mama bersukan. Masa tahun satu dulu dapat no 3. Masa tahun 2 Pula cuma dapat no 4 maka tak dapat medal cuma dapat bekas air plastic saja.

Semasa perarakan permulaan Majlis. 

Masa ni ntah macam mana mama Rasa terharu betul tengok anak2 Dari pendidikan khas. Seronok pun Ada tengok telatah diorang. Ada yang dah besar juga duduk dalam kelas khas. Ada juga yang kecil macam umur PRA sekolah. Tanpa disedari bergenang air Mata mama. Bukan calang-calang orang dapat membesarkan anak istimewa ni. Kadang-kadang nampak ibu bapa excited melambai anak Yang  Dalam barisan. Tahniah kepada ibu-ibu Dan bapa-bapa Yang mempunyai anak istimewa. Anda memang luarbiasa!! Cikgu-cikgu pendidikan khas Pula, anda memang terbaik!!

Tahun ni Syafi masuk acara lari dalam guna Dan tiup belon kemudian letupkan belon Tu. Acara terakhir Dalam program sukaneka. Maka bertabahlah mama dan ayah menunggu masanya Tiba haha.

Akhirnya acara yg mama tunggu pun tiba. Maka berlari.. eh melompat anak mama Dalam guni Dan tiup belum Serta pecahkan Pula.. Kami ibu bapa ni sibuk beri galakan sambil tergelak-gelak tengok kerenah diorang. Sempat juga berborak dgn mereka 

Ni video masa Syafi tgh bersukan


Comel je anak mama terlompat-lompat dengan badan gitu haha

Alhamdulillah dapat no 1. Merasa jugalah dapat pingat emas. Next year belum tentu sebab bila dh tahun 4 kena acara sukan betul Pula.

Cuma mama Ada satu perkara nak bagitau. Masa sukaneka Tu Ada juga yg budak tak perasan belon dia x pecah walaupun dah dudukkan 2 Kali. So girl Tu teruskan lah acara dia Kan. Ada sorang mak budak ni ternampak Dan kecoh announced kat Cikgu 
"foul.. foul.. belon dia tak pecah... Belon dia x pecah.."

Bila pengadil tak layan dia sibuk bagitau MC Pula. Pastu bagitau ibubapa kat situ. Alahai semua orang mmg nampak lah tapi mama Rasa dia patut take it easy. Sukaneka aje kot. Maka kat sini mama jadikan pengajaran, jangan lah mama pun jadi macam Tu.





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdullilah tahniah yer...memang pelbagai acara sebelum cuti ni ha...

    Sekadar berkongsi pengalaman bagaimana saya mendapatkan kembali kulit yang cantik dan licin setelah hampir 2 Tahun Menghidap Penyakit Psoriasis

    ReplyDelete
  2. Syafi sebaya anak saya.. Tahun depan darjah 4.. Tahniah dapat no. 1..

    ReplyDelete
  3. bab tengok anak2 ppki tu memang boleh mengalir air mata, ibu bapa ada anak ppki mmg ibu bapa yang kuat,... bersyukur kita kerana anak2 semua sihat dan membesar cergas dan cerdik di hadapan kita, terima kasih ya Allah atas nikmat dan amanah-Mu ini...

    ReplyDelete
  4. Dah hujung tahun nih biasalah penuh acara sukan sekolah.wajib kan. Baca entry ni teringat pula x up lg entry acara sukan tadika anak..hahaha

    ReplyDelete
  5. Kadang2 mak bapak yag excited mengalahkan anak2 yang amek bahagian.

    ReplyDelete
  6. acara paling seronok untuk parents dan anak-anak. tahniah dapat no.1 :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...
    semoga bisa mempertahankannya

    ReplyDelete
  8. tahniah syafi kerana mengharumkan nama negara..... hikhik

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, rezeki Syafi dapat medal emas. Tahniah Syafi. Keep up untuk tahun depan dan seterusnya jgak. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah!!!

    Hari Sukan sekolah anak pula suka buat awal belum masuk pertengahan tahun.

    ReplyDelete
  11. wahhh tahniah syafi... majulah sukan utk negara eh eh... ;-)

    ReplyDelete
  12. Iye.. majulah sukan utk negara haha. Tq Audi baca Dan Komen. Hari sukan mmg mak ayah he yg over Kan haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post