Latihan praktikal yang juga dikenali sebagai Latihan Ilmiah (LI) atau Latihan Industri adalah satu peluang yang baik bagi pelajar universiti dan seumpama dengannya bagi mendapatkan pengalaman bekerja dan pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar. Seharusnya peluang begini harus di grab dengan sebaiknya. Di sini mama nak kongsikan Tips Latihan Praktikal yang boleh digunapakai oleh pelajar semasa melakukan Latihan Praktikal. Dengan mengamalkan tips ni korang Akan dapat the max benefit during latihan praktikal Dan boleh juga digunakan bagi orang Yang bekerja juga. Jom kita baca Tips Latihan Praktikal.
1 Fahami ciri-ciri pekerja yang dicari oleh organisasi
Organisasi pekerjaan pastinya akan ‘tertambat’ hati dengan pelajar praktikal yang bermotivasi dan mempamerkan sikap ‘go-getter’. Perlu diingat majikan biasanya mahukan pelajar praktikal yang mengamalkan etika pekerjaan yang baik, cepat belajar dan faham serta boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan boleh bekerjasama dalam suasana kerja berpasukan. Bukan sebagai ‘penumpang percuma’ yang melambatkan hasil pekerjaan.
Kebanyakan Jabatan Sumber Manusia melaporkan bahawa adalah lebih mudah mengambil pekerja sepenuh masanya dari kalangan pelajar praktikal yang berjaya mempamerkan kemahiran kerja yang baik semasa menjalani latihan dahulu. Ia mampu menjimatkan kos latihan kerana pelajar itu sudah terlatih dan telah pun menerima pendedahan awal mengenai kehendak kerjaya..
2 Anggap latihan praktikal sebagai kerjaya sebenar
Kikis tanggapan, “Ala...praktikal aja, suka-suka bukan ada gaji pun”. Sekiranya korang mempunyai persepsi begini korang sebenarnya telah merosakkan peluang untuk meraih ilmu dan mempelajari kemahiran baru di tempat latihan. Ini juga akan mengecilkan potensi untuk diambil sebagai pekerja. Tunjukkan bahawa korang seorang yang berdispilin, menepati masa dan ‘deadline’ dan menghormati peraturan syarikat.
3 Bersikap ramah dan sedia bertegur dengan semua kakitangan yang ditemui
Kejayaan sebuah hubungan kerja banyak bergantung pada kemahiran komunikasi yang baik seiring dengan sikap kerja yang positif. Penyelia dan rakan sekerja dipertanggungjawabkan kadang kala terlalu sibuk menyiapkan projek dan ‘deadline’ yang perlu dikejar hingga kehadiran korang mungkin kurang diberi perhatian. Mereka juga mungkin tiada masa untuk membimbing atau memanfaatkan khidmat dan peranan practical student disebabkan kesibukan masing-masing.
Jadi pastikan korang mengambil inisiatif untuk memperkenalkan diri dan tonjolkan sikap ramah kepada sesiapa yang ditemui sama ada daripada peringkat bawahan hinggalah kepada CEO. Sikap pemalu tidak bertempat perlu dikikis , jangan sampai kehadiran korang tidak disedari pula. Bukankah senyum itu adalah sedekah di sisi Islam? Maka senyumlah selalu ye
4 Jangan merungut dengan tugas remeh yang diberikan.
Jika korang diberi tugas menyelaras fail, mencatat rekod, mengambil minit atau kerja-kerja pentadbiran, jangan merungut dan harus berdepan dengan realiti budaya kerja. Bersikap positif dan anggap ia salah satu kemahiran kerjaya. Buktikan korang boleh melakukan tugas itu dengan lebih baik dan teratur berbanding pekerja tetap yang bertanggungjawab melaksanakan tugas itu sebelum ini. Malah korang juga boleh mencadangkan idea-idea baru untuk menambah baik kerja-kerja tersebut. Siapa tahu idea itu bakal mengubah cara mereka bekerja? Jadi, berusaha bersikap ikhlas dan tunjukkan kecemerlangan dan kecekapan diri. Ini dapat membuka dan menarik perhatian penyelia untuk menyerahkan tanggungjawab yang lebih besar lagi.
5 Lupakan ‘facebook’,’ twitter’ atau ‘blogging’
Statement paling win. Walaupun korang adalah dari generasi celik IT, elakkan merewang atau bergayut di alam maya ketika waktu pekerjaan, ia sama ibaratnya dengan tabiat suka bergayut di talian telefon bimbit lebih-lebih lagi lah menggunakan kemudahan pejabat. Mengatur temu janji hujung minggu di telefon bimbit pastinya mewujudkan tanggapan negatif pada penyelia dan kaki tangan Walaupun pada korang ia tidak mengganggu kerja tapi bagi penyelia ia boleh menjejaskan penilaian prestasi kerja apabila tamat latihan nanti.
6 Berpakaian kemas mengikut etika yang ditetapkan
Kiranya latihan amali dan industri banyak membabitkan interaksi dengan pelanggan atau ‘client’ amalan etika pakaian yang rapi dan sesuai perlu diberi perhatian. Bergantung pada tuntutan ,kesesuaian dan fungsi kerja korang, berikan lah imej yang menunjukkan korang serius dan prihatin dengan imej diri dan syarikat.
7 Rajin bertanya dan cari mentor
Ambil kesempatan untuk bertanya apa yang tidak difahami, korang kan pelajar, maka inilah masa untuk belajar. Kebanyakan majikan percaya pelajar yang rajin bertanya sangat berminat dan bermovitasi serta benar-benar ingin belajar apa sahaja mengenai kerja dan organisasi Usahakan mengenali dan mencari mentor yang kagumi dan wujudkan hubungan kerja yang mesra dan mantap dengannya.Mentor yang baik biasanya sedia berkongsi ilmu dan kepakaran dengan anak didiknya dan ingin lihat kamu berjaya dalam lapangan ini. Ia mungkin bos korang dan mungkin juga dari kalangan penyelia lain.
8 Susulan selepas kerjaya
Apabila latihan amali dan industri korang telah menghampiri pengakhirnya, jangan lupa memohon surat sokongan ‘recommendation’ daripada penyelia. Sentiasa berhubung bekas penyelia supaya korang boleh menghubunginya balik apabila memerlukan rujukan dalam ‘resume’ korang nanti . Tindakan ini juga akan menyebabkan ingatannya terhadap korang tidak luput kiranya ada ruang di organisasi berkenaan.
Tips Latihan Praktikal. Gambar hiasan je ni

Tags
LIFESTYLE
Tips yang bagus ni Mama. Yang baru nak masuk kerja kena ambik tahu supaya cepat boleh adapt dengan environment pekerjaan. Dunia pekerjaan ialah real world yang sebenar.
ReplyDeleteRajin mama share tips ni..semoga bermanfaat utk.graduan2 baru yg bakal.mencari kerja kan..☺
ReplyDeleteKadang kadang pelatih tidak menunjuk minat. Begitu juga pekerja atau pegawai di organisasi kurang memberi kerjasama untuk membimbing.
ReplyDeleteSetuju mama. Pelajar praktikal juga mesti sentiasa berfikiran positif, rendah diri dan tidak jemu mencari ilmu baru. Good tips mama. :)
ReplyDeleteBudak intern skrg ni tak sama mcm zaman kita dulu kak. Macam2 perangai. Dgn x dtg kerja nya, dgn yg sibuk dgn hp nya, dgn yg tak buat keje nya. Mcm2 hal. Huhu. Pening nak layan setiap kali intern baru masuk. Huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum sis mama pipie
ReplyDeleteApa khabar hari ni
Yang masuk U memang akan laui zaman praktikal
Salam khamis. Kejap je dah nak cuti
ada yang kurang serius bekerja..
ReplyDeletesebab mood belajar u..
masih tebal dalam diri mereka
selalu uruskan bdk2 prkatikal .. and setiap budak2 yg dtg ni mmg nampak sgt perbezaan mengikut kolej/universiti. bukan nak bias tapi.. itulah hakikatnya.
ReplyDeleteBagus tips nie Adda..
ReplyDeleterindu zaman intern dulu.. sbb seronok dpt belajar perkara baru sambil kerja.. cuma jgn bharap dpt curi tulang.. kalau xnak markah kena drop dgn supervisor. dpt elaun pon dah rsa seronok mcm dpt gaji walaupon kecik tp amat bernilai.
ReplyDeleteTime LI ni la kena rajin bertanya n tunjukkan komitmen pd kerja. Penting utk dpt markah baik dr penyelia.
ReplyDeleteSeronok LI ni sebenarnya tapi itulah kan..kekadang belum bersedia menghadapinya..berdebar pun ada.Apapun semuanya dah berlalu. LI adalah sesuatu yang seronok :)
ReplyDeletetips yang menarik..praktikal kalau buat betul-betul boleh memudahkan kita cari kerja. yelah, bos tempat praktikal boleh jadi referral. bab media sosial tu setuju betul. memang annoying tengok budak intern berkepit je dengan hp.
ReplyDeleteMasa praktikal mmg best Kan. Tak dinafikan Ada juga yg terikut perangai student masa buat praktikal. Seeloknya jadilah professional sikit simpan sikap bdk2 kat Umah dulu
ReplyDeleteMasa praktikal lah kena tunjukkan prestasi yg baik kan. Untung budak budak skang dh byk course yg boleh praktikal...
ReplyDeleteSy pun tengah cari tempat praktikal ni, duit tak cukup niii haha
ReplyDelete