Semua orang suka pada minyak wangi kan. Mana taknya, siapa yang tak suka wangi dan disenangi oleh semua orang termasuklah diri sendiri. Cuba kalau busuk masam mesti taknak orang dekat, kan? Walau apapun kalau pakai minyak wangi berpada-padalah jangan sampai keterlaluan. Kalau berlebihan sembur jadi tak sedap juga bau tu. Harini mama nak share tentang Tips Membeli Minyak Wangi. Sebenarnya ini adalah post mama pada tahun 2011 tapi memandang masa tu zaman buta blog maka mama bagi nafas baru sebab masa dulu ayat memang tak cun habis haha. So, mama tukar sikit ayat bagi mudah baca dan faham. Jom baca Tips Membeli Minyak Wangi
Sebelum kita baca Tips Membeli Minyak Wangi, Mari kenali dulu Jenis-jenis Minyak Wangi. Antara jenis minyak wangi yang selalu kita jumpa di pasaran ialah:
Parfum/Attar
Ia mengandungi kepekatan minyak wangian antara 20-50% membuatkan ia tahan lebih lama.
Eau de Perfume (EDP)
Kandungan minyak wangian antara 10-15%. Ia jenis wangian yang paling popular kerana harga lebih murah daripada parfum.
Eau de Toilette (EDT)
Kandungan
minyak wangi antara 8-10% dan tidak tahan terlalu lama. Harumannya
tidak sehebat EDP atau parfum. Ia boleh digunakan dalam kadar yang
banyak dan mudah dibawa.
Cologne
Mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu 5% sahaja. Ia juga wangian yang paling kurang kepekatan dan lebih murah.
Berikut adalah Tip Memilih Minyak Wangi:
Keadaan Iklim
Apabila musim panas, amat digalakkan menggunakan wangian yang lembut. Ini kerana kulit yang berpeluh akan menajamkan lagi bau wangian tersebut.
Usia
Bagi yang berusia, biasanya mempunyai kulit kering dan menyebabkan wangian akan menyerap ke dalam kulit. Wangian yang lebih tajam amat sesuai untuk dipakai.
Waktu Membeli
Waktu yang sesuai untuk membeli adalah pada waktu siang. Ini kerana hidung lebih sensitif dan peka pada siang hari. Jangan membeli minyak wangi selepas menghidu bau bawang putih atau menghidu wangian lebih daripadatiga. Ini kerana bau yang masuk ke dalam hidung berbeza dengan bauan sebenar.
Tekanan
Jangan membeli minyak wangi dalam keadaan tertekan atau terpaksa kerana pengaliran darah dalam badan lebih laju dan boleh mengubah selera kita. Bukan apa, takut terpilih yang kita tak suka pula nanti
Keserasian Bau
Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas kita memakainya. Sebaiknya, semburkan haruman itu pada kertas atau pergelangan tangan. Untuk mendapatkan keserasian bau, biarkan beberapa minit bagi mendapatkan bau yang sebenar.
Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas kita memakainya. Sebaiknya, semburkan haruman itu pada kertas atau pergelangan tangan. Untuk mendapatkan keserasian bau, biarkan beberapa minit bagi mendapatkan bau yang sebenar.
Tempat semburan
Semburkan wangian di pergelangan tangan, bahagian denyutan nadi atau leher untuk memastikan haruman tahan lama. Jangan sesekali menyembur minyak wangi di pakaian.
Kesesuaian
Setiap haruman yang dipakai bergantung kepada factor biologi dan hormon dalam badan seseorang itu.
masalah kegatalan atau kulit berwarna merah menandakan minyak wangi tersebut tidak sesuai dengan kita
Info: Kebanyakan minyak wangi berkekalan sehingga 4-5 jam sahaja bergantung kepada jenis kulit kita.
Tags
BEAUTY
wahh minyak wangi..patutla harum je entry ni..hehe :D
ReplyDeletenama pun minyak wangi,mesti wangi kan..tp maksud wangi tu setiap org berbeza2 kan..
ReplyDeletemulut orang berpuasa seharum kasturi hehehehe... jadi jangan lupa bangun sahur ye, banyak kelibihan bersahur ni. selamat berpuasa
ReplyDeletehanie ni spesis xminat minyak wangi ... yg kakak hadiahkn bertahun2 dulu pun ada yg xhabis2 lg .. tihihih :p so mmg xbeli minyak wangi kecuali klu tetiba teringin le pulok .. :p
ReplyDeletesaya juga suka minyak wangi..
ReplyDeletekesukaan saya terhadap minyak sejak dari zaman belum kahwin sehingga sekarang..
mana lebih sesuai untuk sembur minyak wangi..
kat badan atau kat baju..?
soalan umum je
Menurut oembacaan mama seeloknya sembur di badan mrhanafi. Jangan Di baju
Deletenice tips....tq share knn
ReplyDeleteselalu beli EDP
ReplyDeleteTerus terdetik nak beli minyak wangi bila baca post ni. Ngam2 lagi pula minyak wangi sekarang dah habis.
ReplyDeleteAna plg susah nak beli perfume sebab susah nk decide mana bau yg best. Bila dh bau byk2 pening jadi dia. Tp yg pasti ana suka perfume yg bau dia fresh dan bukan yg manis sebab tak kena dgn personaliti ana.
ReplyDeletebab minyak wangi kita cerewet sikit..ada certain minyak wangi je yg mampu menambat hati..kalau bau yang keras2 sikit mmg xblh cium..ting tong kepala sehari jawabnya hehehe
ReplyDeleteBanyaknya tips nak membeli minyak wangi, sebelum ni main ambik yang mana berkenan jer
ReplyDeletebagus tips ni mama...lina suka yang bau lembut2 dan segar...
ReplyDeletekekadang lupa nak pakai minyak wangi..terbaik tips ni,mama
ReplyDeleteyang penting murah dan baunya sedap
ReplyDeleteOh, minyak wangi elok dibeli waktu siang. GV suka bau honey watermelon. hihi. :D
ReplyDeleteMama lupa nak bgtau mama suka bau ygbmanis Dan lemak cth 5th avenue, Gucci. Suka.. bay jlo live yg dlm gambar Tu pun mama suka
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips ni. kadang main pakai je..huhu
ReplyDeleteTq azhafikah sudi baca
ReplyDeleteBaru tau apa beza parfum/attar,edp dgn edt...sblm duk pikir sama je..good sharing
ReplyDeleteTq Mimi sudi baca. Tambah ilmu sama2 ye
ReplyDeleteMai suka perfume! Prefer EDT je sebab senang bawak dan murah, hihi. Spray banyak kali pun tak rasa bersalah.
ReplyDelete