7 Mitos Mengenai Kemoterapi

Ramai Yang salah anggap berkenaan Kemoterapi Dan ramai Yang menganggap Kemoterapi Akan lebih memudaratkan kesihatan. Di sini mama nak beri sedikit info berkenaan 7 Mitos Mengenai Kemoterapi. Ini adalah sedikit sebanyak antara pemerhatian mama Dan research Yang mama buat semasa ayah Syafi menjalani Kemoterapi dulu. Mari Kita tengok 7 Mitos Mengenai Kemoterapi.

Fakta Dan Mitos  Mengenai Kemoterapi
Gambar ambil dari google. Inilah ubat chemo yang ayah Syafi ambil dulu masa buat treatment


Sebenarnya mama tertarik nak buat entry ni sebab Salah seorang office mate mama sekarang ini diuji dengan kanser. Bukan dirinya tapi Suami dia Yang disahkan menghidap kanser tahap 4 dimana asalnya kanser berada Di tengkuk Dan kini sudah merebak ke otak. Mama tumpang sedih Dan sama-sama menangis dengan dia. Mama tau sebaik sahaja orang terdekat dengan Kita menghidap kanser, pasti kehidupan Kita berubah 360 darjah. Dah bukan mudah untuk menghadapi masa Yang amat sukar ini. Kita sebagai kawan2 perlu beri semangat Dan galakkan dia meluahkan perasaan. Orang Yang menjaga pesakit Sama penting Kita beri semangat Dan bersikap positive tau.

Kemoterapi adalah proses memasukkan ubatan yang Akan membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka. Ini akan membunuh sel-sel kanser yang berada di dalam tubuh badan kita. Malangnya ia juga akan merosakkan sel-sel sihat di dalam badan kita juga. Tapi jangan risau, bila seai Kemoterapi Tamat, sel Yang sihat Akan sembuh semula.

Terdapat pelbagai jenis kemoterapi dan digunakan untuk tujuan yang berbeza. Kemoterapi boleh diberi sama ada sebelum pembedahan (neo-adjuvan) untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor, selepas pembedahan (adjuvan), untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin telah terlepas, atau palliatif bagi kanser tahap akhir untuk mengawal sel kanser.


Rambut gugur Dan botak

Tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Mengikut pemerhatian mama, selalunya ubat kemo untuk kanser payudara menyebabkan keguguran rambut. Tetapi jangan risau, ia akan tumbuh semula (kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci sebulan) selepas rawatan selesai. Dalam beberapa kes, pertumbuhan semula berlaku sebelum rawatan selesai. Dan rambut Yang tumbuh adalah lebih halus seperti bayi tau (based on sepupu Yang survive kanser payudara)


Kemoterapi adalah menyakitkan

Ramai yang menyangka kemoterapi menyakitkan. Tapi sebenarnya kemoterapi ini hampir tidak menyakitkan. Walaupun terdapat beberapa kesan sampingan akibat kemoterapi tetapi sakit bukanlah salah satu daripadanya. In fact, tak semestinya kena warded semasa buat kemo.


Sentiasa merasa sakit dan loya

Ya, memamg akan terasa loya semasa kemo dijalankan. Tapi takdelah asyik muntah, ia bergantung kepada individu. Malahan, tahap loya dan muntah juga berbeza antara satu pesakit ke  pesakit Yang lain. Ayah syafi dulu Rasa seperti air liur terkumpul Di Dalam mulut Dan tekak Dan ia mengakibatkan loya Dan tak lalu makan.


Immunisasi terjejas.


Memang terdapat pengurangan dalam bilangan sel darah putih (ketika rawatan). Bagaimanapun, pengurangan ini tidak berlaku untuk tempoh yang panjang dan tidak juga meletakkan pesakit pada risiko yang besar untuk jangkitan kuman.

Pesakit mungkin berasa lebih letih atau lesu daripada biasa, tetapi tidak ada bukti yang menyatakan kemoterapi melemahkan sistem imun dengan ketara, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan kuman terhadap pesakit.


Kemoterapi menjadikan diri toksik

Kemoterapi adalah ubat yang kuat dan memudaratkan jika tidak diambil dengan berhati-hati atau tidak dipantau oleh pakar. Kemoterapi tidak membuatkan pesakit tidak boleh disentuh. Ramai pesakit berfikir mereka perlu tidur di katil berbeza dari ahli keluarga atau menggunakan tandas berbeza. Seorang pesakit kemoterapi tidak membahayakan maka tidak ada isu untuk mengekalkan gaya hidup biasa. Malahan tiada isu jika berkongsi berus Gigi, tuala, etc dgn diorang.


Masa terbuang di hospital dan membebankan

Ubat kemoterapi diberi dalam pelbagai cara, bergantung kepada keadaan dan keperluan pesakit. Kebanyakan kemoterapi diberikan secara intravena melalui jarum atau kateter, tetapi kadang-kadang ubat boleh diberikan dalam bentuk pil yang boleh diambil di rumah. Hanya beberapa jenis kanser dan rawatan memerlukan rawatan di hospital. Ramai pesakit yang masih boleh bekerja ringan dan melakukan senaman di luar rumah. Malah, senaman adalah cara yang baik untuk berasa kurang letih.


Makanan tambahan dan herba tidak boleh diambil

Sesetengah herba dan makanan tambahan boleh membuat rawatan kanser kurang berkesan atau meningkatkan kesan sampingan. Maka seeloknya beritahu doktor Dan dapatkan pendapat doktor Dari segi perubatan. A big NO to Gamogen ye.


Secara keseluruhannya, Kemoterapi boleh menjadi penawar, memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan simptom. Doktor tidak memberi kemoterapi untuk membuatkan hidup pesakit lebih buruk. Kebaikan dan keburukan sesuatu rawatan itu biasanya dilihat dengan teliti sebelum keputusan dibuat. Jika Di syorkan Oleh doktor untuk jalani kemo, maka buatlah. Jangan lari Dari kemo. Sebab beberapa rakan Dan orang sekeliling mama Yang mengelak Dari kemo kebanyakannya kanser Akan datang semula Dan masa Tu sudah tahap 4.


Ini adalah pandangan dan pendapat peribadi mama. Maka terpulanglah kepada u ol nak Terima atau Tidak. Kalau nak baca lagi tips berkenaan kanser boleh baca di link ini http://www.mamapipie.com/2011/07/panduan-tentang-kanser-based-on-experience.html

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dan mereka yang menghidap kanser sentiasa di beri kekuatan. Betul, slalu kalau drama, kemo je mesti hbis gugur rambut.

    ReplyDelete
  2. Takut dengar penyakit2 ni. Semoga kita semua dihindarkan dari penyakit2 ni. amin... 😕😕

    ReplyDelete
  3. tq share mama... kawan mrs pip pun breast canser survivor juga ...

    ReplyDelete
  4. thanks mama. kakak abam kie pun kena kanses usus. baru2 ni dia buat pembedahan.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing this mamapipie! Kalau tengok drama rasa macam teruk benar kemoterapi ni sampai ramai yang terkesan dengan mitos ni.

    ReplyDelete
  6. Arwah sepupu ana salah seorang cancer survivor. Walaupun amik kemo dia tetap kuat dan aktif. Macam2 dia buat siap boleh amik tempahan kek lagi. 2 tahun juga dia amik kemo. Tapi ajal dia dah sampai. 2 minggu lepas dia meninggal. Semangat dia patut dicontohi kita yg masih sihat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah.. semoga sepupu ana dikalangan org beriman. Sel kanser mmg Ada yg terlalu aktif jadinya kemo x berapa berkesan. Apapun atas kuasa Allah Dan gak Allah utk menyembuhkan

      Delete
  7. Miza memang takut bila sebut bab kanser ne sebab dah 2 orang kawan miza meninggal asbab kanser. Pape pun ajal maut di luar bidang kita

    ReplyDelete
  8. info yang sangat baik mama. ramai betul orang salah paham bila cakap pasal kemoterapi ni. dalam tv pun tunjuk benda yang bukan-bukan

    KAU ILHAMKU

    ReplyDelete
  9. Arwah abang suami meninggal kena kanser

    buat kemo sampai habis

    memang menderita di hujung usia

    ReplyDelete
  10. Bagus juga info ni, terkadang mereka yang tiada sedara mara yang sakit menjalani kemoterapi ni banyak yang salah faham

    ReplyDelete
  11. Betul...kalau nak ambil apa2 suplemen, elok bincang dengan Dr dulu..

    ReplyDelete
  12. mintak jauh la kalau kena benda nih.

    tak kiralah mitos atau tidak. haha

    ReplyDelete
  13. Sangat kasihan kepada penderita penyakit kanser.Bukan mereka nak tetapi itulah takdir dan ujian kehidupan buat mereka.

    ReplyDelete
  14. Minta dijauhkan semua Kita dan keluarga Kita Dari pntakit ni. Mama tgk semakin ramai penghidap kanser. Kanser dh jadi penyakit biasa skrg

    ReplyDelete
  15. thanks sharing! kebanyakan yang buat mitos sendiri ni terpedaya dengan drama dan filem. Apa pun, semoga pesakit cancer akan survive dan jadi inspirasi kepada orang lain

    ReplyDelete
  16. I every time spent my half an hour to read this weblog's articles or reviews
    every day along with a mug of coffee.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post