Haram Mengambil Sebarang Manfaat Daripada Arak

Arak yang dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram dan juga Haram Mengambil Sebarang Manfaat Daripada Arak. Kerana itu kita kena berhati-hati, jika minum tentunya haram tapi apakah mengambil manfaat dari arak pula? Terlebih dahulu, kita kena tahu apakah itu Haram Mengambil Sebarang Manfaat Daripada Arak?

Islam mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan seperti yang tertulis di dalam dalil Al-Quran surah al-Maaidah ayat 90 : Yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesunguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".


Haram Mengambil Sebarang Manfaat Daripada Arak
Gambar ambil dari google

Berikut adalah detail tentang Haram Mengambil Sebarang Manfaat Daripada Arak
Islam mengharamkan umatnya mengambil sebarang manfaat daripada arak seperti minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lesen penjual arak kepada orang Islam dan lain-lain berkaitan dengannya.

Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak).

Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan arak adalah haram. Orang Islam haram memberi sebarang perkhidmatan arak kepada orang Islam atau kepada orang bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar.

 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1- Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperoleh daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2- Manakala alkohol yang diperoleh bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3- Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras satu peratus adalah harus (boleh) diminum.

4- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5 peratus.

7- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.


Rujukan: Wiki, e-fatwa & Mufti Selangor

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Sekarang ni lesen arak berleluasa kak. Berat tanggungannya nanti tu kalau ada yg muslim meluluskan lesen tu. Lg satu ana dgr kalau kita bekerja dgn kedai yg jual arak mcm 7e dah kira mcm syubhah. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. betul. good sharing here mama.

    ReplyDelete
  3. selalu konfius bila bab perfume. at last, paling malas nak pakai perfume.

    ReplyDelete
  4. info yg baik sangat mama. zaman sekarang ni dah makin melampau2 isu ni. sampai kadang tu kita sendiri konfius mana satu arak atau tak. kalau dah ragu2 tu better avoid terus ja kan

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat bagus dan bermanfaat..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post