Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah Melaka adalah antara tarikan menarik Di Melaka dan jika lalu Di area klebang bolehlah singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah Melaka. Kali ni adalah pertama Kali mama membeli Di sini.
Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah Melaka. Panas-panas lagi ni.
Bukan mudah nak beli kuih keria ni tau. Tengok Tu, panjang beraturnya Dan kena beratur tengah panas Pula Tu. Sebenarnya panjang lagi barisan Tu tau. Memasing pegang paying macam pesta payung Pula
Setelah beratur hampir satu jam, maka berhasil lah juga mendapat kuih keria antarabangsa hajah Rahmah... Berbaloi rasanya beratur Di tengah panas dengan peluh menitik-nitik Tu.
Untuk sesiapa Yang nak beli kuih keria Di sini perlu ambil perhatian. Limit untuk sorang pembeli hanya boleh beli 20 biji je saja tau iaitu sebanyak RM12.00. Makanya, kalau nak beli lebih Dari 20 biji maka kenalah ajak orang lain untuk beratur sama-sama tau.
Puas hati dapat makan keria antarabangsa. Di dalamnya lembut Dan diluarnya garing bersira gula Melaka. Boleh tahan sedap juga
Selain Dari kuih keria, Di sini Ada juga Di jual laksa Dan minuman. Mama tak pernah try lagi laksa ya tak tau lah sedap ke tidak. Tapi mama Rasa mesti sedap sebab Di situ tertulis laksa popular Limbongan. Lain Kali nak cubalah.
Untuk ke sini boleh ikut alamat berikut:
Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah
5466 C, Jln Klebang Kechil,
75200 Melaka
+60166821054
75200 Melaka
+60166821054
Dibuka setiap hari kecuali jumaat Dari jam 2 petang hingga 7 Malam.
Tapi kalau datang beratur Dari sebelum pukul 2 pun boleh juga sebab ramai Yang datang awal.
Tags
FOOD
Betul-betul sedap la tu kalau ramai yang beratur..
ReplyDeleteLamanya beratur! Sejam untuk kuih keria kalau saya tak sanggup hehe.
ReplyDeletenurulrasya.com
Wah Adda dah merasa, kalau sedap berbaloi kut beratur ye.. tapi lama gila gak tu.. ehehe..
ReplyDeletesedapnyaaaaaa.. terliur pulak tgk. sbb dah lama tak makan kuih keria.
ReplyDeleteRamainya yang beratur, mesti rasanya sedap, tngok gambar pun dah rasa sedap.
ReplyDeleteTeringin juga . . .
ReplyDeleteKeria yang viral tu eh..dulu takde la ramai macam ni..apapun bagus perniagaan mereka..
ReplyDeletemesti beli bila ke Melaka ni..
ReplyDeletetak pernahnya tak beratur kalau ke sini.. huhuhu
ReplyDeleteUiksh sedap cuaca panas pekena kuih keria sambil makan laksa dan cendol..
ReplyDeleteBerbaloi beratur panjang mamapipie ;-)
teringin nak makan yang melaka punya....tapi malas nak beratur la mama...haha
ReplyDeleteana setiap kali lalu panjang nye lah org beratur. memang tak sanggup kak. tu yg sampai skrg x merasa lagi kuih keria tu. huhu
ReplyDeletehahaha..lalu ja..malas nak beli bila tengok ramai orang beratur =)
ReplyDeleteWalaupun ibu orang sana
ReplyDeletetapi ibu tak sanggup nak beratur lama
Hehe
Baik makan tempat lain
Feveret kitaaa ni. Nyumnyum!
ReplyDeletelama tak melaka..
ReplyDeleteWalaupun suami org Melaka xpernah pun dtg sini nak makan keria
ReplyDeleteHaha semua org xmau beratur ye. Tunggu mam update pasal keria hj jalil Pula. Lagi dasat haha
ReplyDeletesedapnya, memang viral la ni. tapi saya tak pernah sampai lagi
ReplyDeleteHaah viral kan. Bolehlah kalau nak try. Sedap tau
DeleteVvaaah! Lama tak makan ni. Rindu pula nak buat kuih. Tehee.
ReplyDelete