My Sahabat Blogger Suria Amanda

Nama Suria Amanda tentu sekali tak perlu diperkenalkan dalam dunia blogging. Sebagai seorang Lifestyle Blogger, merangkap mommy dan food blogger, Kak Suria Amanda tentu sekali menyerlah dalam kepakarannya. Sahabat Blogger Suria Amanda empunya domain http://www.suriaamanda.com/ juga adalah sorang sepermak blogger dan mempunyai seorang anak remaja si manis Dania, semanis ibunya juga Sahabat Blogger Suria Amanda.

My Sahabat Blogger Suria Amanda
Cantiknya dia


Uniknya kak Suria Amanda atau dikenali dengan SA ada channel ping sendiri dimana mama rasa confident nak ping entry di channel ping google plus dan FB suria Amanda, even sebelum mengenali kak SA lagi tau. Ramai yang sertai group kak SA tau. Sebab tu mama konfiden sure ramai yang akan visit blog kita kalau ping dari 2 channel ni.

Selain dari itu, sebenarnya mama selalu stalk blog kak SA sebab kat situ ada list blogger AFB (hehe kantoi). Nak buat bloglist sendiri malas so, mama klik kat situ aje untuk blogwalking blog geng AFB. Kak SA aktif berblog dari 2010.

My Sahabat Blogger Suria Amanda
Sweet mommy and daughter

Dari segi keperibadian pula, mama yakin kak SA seorang yang baik tak kiralah baik sebagai seorang kawan, anak, ibu, kakak dan sebagainya. Mama boleh katakan kak SA adalah seorang family person dan tentunya mama suka sangat tengok kak SA yang comel, cantik dan pandai bergaya. Walaupun tak pernah jumpa tapi mama dapat rasakan kak SA juga seorang yang cepat mesra dan outgoing person orangnya.

My Sahabat Blogger Suria Amanda
Suka fesyen kak SA masa ni


Kalau korang nak tau kak SA rajin bagi hadiah bagi top commentator setiap bulan tau. So, kalau nak hadiah kenalah rajin komen di blog kak SA. Kak SA juga rajin masak dan masakannya semua sedap-sedap walaupun kadang-kadang ada resepi nya simple aje. Kalau tak pandai masak takkanlah boleh menang pertandingan memasak uii.. Boleh baca kat NZTE Taste Of New Zealand AEON | SA & Henry Di Nobat Pemenang Cabaran Memasak Blogger.

Mama ingin mencontohi ketabahan dan kesabaran kak SA. Walaupun mempunya cabaran dari orang sekeliling tak kiralah di tempat kerja atau dari orang yang rapat tapi kak SA tak cepat melatah. Dia tetap bertabah dan bersabar atas apapun ujian. Kak SA juga pernah diuji dengan ujian kesihatan. Dia pernah koma sebulan akibat H1N1. Share pengalaman semasa di ICU. Masa buat post ni baru mama buka link http://www.suriaamanda.com/2017/10/penampakkan-roh-seram-selepas-bangun.html.

Boleh follow kak SA di Media Social di bawah
Facebook Suria AmandaInstagram Suria Amandaemail Suria Amanda

Popular Post yang harus di terjah di blog http://www.suriaamanda.com/

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. tengok kak SA ni rasa teruja nak ikut tahap konfiden dia kan adda.. bila kita nak konfiden macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mengunyit dgn kak SA ni Kan. Jom request kak SA buat kelas

      Delete
  2. Ana pun kagum dgn ketabahan kak SA.dia seorang wanita yang cekal dan kuat kan kak.

    ReplyDelete
  3. teringin nak jumpa SA. Termasuk la tuan punya blog ni

    ReplyDelete
  4. Kak Sue rasa bertuah dapat kenal SA.. seorang blogger yang hebat tapi sentiasa merendah diri..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih mama kongsi serba sikit tentang SA terutama gambar yg cntik2. Tengok gambar dia pun dah tertawan. Itu baru tengok gambar kan kan.

    ReplyDelete
  6. Senang berkawan dengannya..hrp persahabatan kekal abadi

    ReplyDelete
  7. Alahai mamapipi so sweet of you...malu ai tau..i biasa2 je..review mama ni luar biasa plak..SA x hebat mana pun mamapipie masih banyak yg perlu belajar lg..kita sama2 belajar utk majukan diri dan blog kita ye..thanks for your thoughts dear...

    ReplyDelete
  8. Untung SA. Ramai blogger yang review

    ReplyDelete
  9. Rajin juga menyinggah di blok kak SA ni, kagum dengan semangatnya

    ReplyDelete
  10. Sepermak pun boleh..hahaha...

    Kak SA memang tak sombong dan tak lokek ilmu ok

    ReplyDelete
  11. Kak SA ni memang pandai sungguh memasak. saya pun kagum dengan dia

    ReplyDelete
  12. suka jgak terjah blog SA kalau blogwalking. siap masuk bloglist tau. Ain suka blog yg update hari2. Walaupun Ain sendiri kadang2 tak terupdate hari2. Wahaha

    ReplyDelete
  13. Beberapa kali dah jumpa dengan SA .. :) geng2 blogger lama ni.

    ReplyDelete
  14. Sha pernah dapat hadiah dari sis SA sebab jadi pengomen terbanyak.. Suka tengok resepi yang sis SA kongsikan di blog..

    ReplyDelete
  15. Rabia pernah jadi top pengomen blog kak SA ni dan pernah dapat hadiah dari beliau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post