Anak merupakan anugerah Allah dan diamanahkan kepada ibu bapa untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Solat pula adalah tiang agama. Sebaiknya solat dan perkara wajib yang lain perlu diajar dan dipupuk sedari kecil lagi. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin mengajar anak solat sedari usianya masih kecil. Ada ke Tips Didik Anak Belajar Solat ? Berikut adalah antara Tips Didik Anak Belajar Solat yang boleh kita cuba.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
p/s: Perbuatan merotan di sini lebih kepada pendidikan dalam Islam bukan sampai mendera dan mencederakan ye.
Ketika dalam kandungan - amalan doa Nabi Ibrahim a.s
Memang benar, doa ibu adalah yang paling makbul untuk anaknya. Maka, sedari dalam perut boleh lah kita amalkan doa nabi Ibrahim a.s agar anak keturunan zuriat kita tak lalai dalam melaksanakan solat ini. Kalau anak dah besar pun boleh diamalkan juga doa ini
“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
Seruan Azan
Didik anak tentang azan iaitu seruan untuk mengerjakan solat serta beritahu anak bahawa setiap kali azan kita perlu segera mengambil wuduk dan solat di awal waktu. Jangan putus asa dan jangan jemu untuk beritahu perkara ini setiap kali azan supaya tersemat di dalam fikirannya dan secara tak langsung dah ada jam solat untuk dia. Boleh juga ceritakan sejarah azan dan Bilal bin Rabah yang best tu.
Wuduk
Ajar anak step by step cara berwuduk dan lihat bagaimana anak mengambil wuduk. Tegur dan betulkanlah dia jika ada yang tidak betul. Lakukan setiap hari dan insya Allah lama kelamaan anak akan mampu lakukan sendiri dengan sempurna.
Solat bersama
Selalu ajak anak solat bersama-sama. Secara tak langsung kita boleh tunjukkan diri sendiri sebagai role model kepada anak. Selain itu datang perasaan seronok jika selalu dapat solat bersama dan lagi afdhal lah jika berjemaah bersama-sama.
Pujian
Berikan anak pujian atas setiap setiap usaha yang di lakukan sepanjang mengajar dia walau hanya sedikit improvement. Ia akan memberikan semangat dan motivasi kepada anak agar dapat memperelokkan lagi solat mereka.
Sabar
Sudah semestinya kesabaran itu penting dalam apa jua yang dilakukan. Berkomunikasi dengan lembut dan jangan marah-marah anak agar dia rasa seronok dan tak terasa macam diajar sangat. Kena sentiasa ulangi setiap perkara di atas agar tersemat di fikiran anak. Bila selalu diingatkan secara tak langsung ia akan jadi amalan.
Selain dari solat, puasa dan ibadah lain, kita juga boleh didik anak tentang amalan soleh seperti perkara halal haram sejak mereka kecil lagi sebagai didikan dan membentuk jiwa yang beragama yang dapat mengawal diri mereka dari kesesatan. Oleh itu, kita perlu sentiasa menunjuk ajar anak-anak kita perbezaan baik dan buruk, masalah halal dan haram, antara hak dan batil. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi tauladan seperti melakukan apa yang dihalalkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan rotan mereka apabila enggan mengerjakan solat ketika mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (riwayat Abu Daud)

CONGRATULATIONS MAMA !
ReplyDeleteAlhamdulillah giveaway Ray dah berakhir.
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/12/congratulations-my-lucky-winners-for.html
membiasakan sholat bersama akan mendidik anak untuk terbiasa dalam sholat,
ReplyDeleteSabar paling utama kak. Syafi ni skrg kalau ajak solat mula2 je elok diri kat sejadah lepas tu byk mende dia buat. Bila org dah tahiyat akhir time tu lah dia dan dan dtg bg salam sekali. Haha
ReplyDeleteAlhamdulillah mama. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Yang penting kena banyak sabar kan. Kita sebagai role model ank ank kena mulakan dulu. Good sharing :)
ReplyDeleteIya kan, dari kecil lah kita nak pupuk kenal Allah
ReplyDeleteSemoga dengan tips inu, ibubapa lebih peka dalam membimbing anak-anak melakukan solat fardhu :)
ReplyDeleteterkadang ketika azan berkumandang, anak-anak masih suka bermain
ReplyDeleteBetul tu setuju dengan entri ni :D
ReplyDeleteKalau anak masih skip solat walau dah besar sikit sebenarnya risau juga..huhu
ReplyDeleteMemang kena mendidik dari usia kecil, ambil masa berdikit-dikit. Kene didik start usia 7 tahun kalau ikut saranan nabi kita..
Betul tu Adda, kena didik dari kecik.. InsyaAllah akan terbiasa bila meningkat dewasa nanti..
ReplyDeleteTerima kasih sharing...reminder yang bagus.
ReplyDeleteKekadang ibubapa pun terlupa juga.
Biasa kalau kat rumah,time kita solat tu,bentanglah sejadah tepi-tepi kita,walaupun pada awalnya anak akan duduk main,tapi lelama anak akan terikut gerakan solat tu sendiri,macam anak kecik saya usia 3 tahun dah boleh buat gerakan solat sujud,rukuk tu,bila mama solat dia ikut sekali..
ReplyDeleteJemput baca artikel terbaru saya 9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Boleh Mengancam Nyawa