Cuti sekolah tahun ni mama takde plan nak bawa Syafi jalan-jalan ke mana-mana. Yelah kan, sibuk dengan kenduri kahwin adik mama dan juga sedara-mara yang lain. So, kami cuma jalan dekat-dekat aje. Memandangkan Syafi memang dah lama mengidam nak ke Zoo Negara Malaysia maka ke sinilah kami Ahad lepas. Korang rasa pelik tak kalau mama bagitau ini adalah first time kami ke Zoo Negara Malaysia? Haha, jangan pelik ye, itulah hakikatnya. Scroll laju-laju di bawah untuk tengok harga tiket Zoo Negara dan operating hour.
Zoo Negara Malaysia
Jalan Ulu Kelang,
Kemensah Heights,
68000 Ampang, Selangor
Operating hour:
Dibuka setiap hari Dari 9 pagi - 4.30 petang. Sabtu Dan ahad ditutup pada 5.30 petang.
Pintu masuk. Suka gambar ni. Background cantik sangat kan.Syafi dan sepupunya Yasmin. Memandangkan Syafi anak tunggal, inilah kawan bermain dan bergaduh dia sedari kecil lagi.
Mana tak sure beruang ni memang suka berenang kat Dalam air ni atau dia tak jumpa jalan nak ke darat. Sebab nampak dia macam blur aje dlm air. Rasa macam nak tolong angkat ke atas darat aje
Satu perkara yang obvious, mama tengok haiwan-haiwan di sini adalah super besar dan gemuk2 belaka. Fuh, mesti Zoo Negara bagi makan cukup untuk depa. Kami kan selalu pergi ke Zoo e.g. Zoo Melaka, Zoo Taiping, dan beberapa lagi taman tema yang ada haiwan2. So, kami dapat lihat perbezaannya. Memang gumuk2 semuanya. TQ Zoo Negara jaga depa dengan baik.
Animal.show sedang berlangsung. Seronok gak tengok Animal show ni. Rasa terhibur.
Suatu kelainan dalam persembahan Animal show, iaitu ada persembahan dari sea lion. Tempat lain tak jumpa sea lion ni. Selain dari sea lion ada juga penguin Di sini. Menarik kan
Tarikan Yang paling menarik dan ramai pengunjung ni Zoo Negara iaitu Panda. Takde kat Zoo lain tau. Bayaran masuk dah termasuk Dalam tiket so, jangan lepaskan peluang tengok diorang. Tapi diorang tido aje lah dalam tu. So, tengok diorang tido ajelah hihi
Masa mama tengok pemandangan ni Rasa Aman dan tenteram sekali. Zirafah Dan Zebra semua nampak tenang aje buat hal memasing
Malaysia river journey. Banyak ikan Dalam ni Dari sekecil ikan hingga yg besar. Seronok sebab dalam ni aircond haha. Satu lagi tempat berair one yg mama suka Di area butterfly park.
Di tepi tasik. Percaya tak Di sini Ada 400 ekor burung pelikan Dan species beburung Di tasik ni. Mama tengok atas pokok pun penuh dgn burung saja
Tarikan Yang menarik 6D motion adventure. Kami bayar RM30 harga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Berbaloi rasai pengalaman 6D kat sini. Syafi siap minta masuk sekali lagi tapi tak dapek lah mama nak tunaikan anak oii.
Kalau korang nak tau harga tiket masuk ke zoo negara RM44 dewasa Dan RM 16 kanak2.
Sesiapa Ada kad aeon/plusmile/the store/rapidkl boleh dapat 10% diskaun. Jangan lupa ke kaunter 6. Mama guna kad Aeon so, jimatlah beberapa ringgit.
Sekarang Zoo Negara sedang mengadakan promosi Bulan Disember. Sesiapa Yang lahir Bulan disember masuk free Dari 1-31/12/17 tapi bagi tarikh birthday saja tau. So jangan lepaskan peluang ni. Untung jimat RM 44 kalau dewasa.
Kepada Yang nak pergi zoo negara boleh ikut address ni
Jalan Ulu Kelang,
Kemensah Heights,
68000 Ampang, Selangor
Operating hour:
Dibuka setiap hari Dari 9 pagi - 4.30 petang. Sabtu Dan ahad ditutup pada 5.30 petang.
waa seronoknya jalan jalan
ReplyDeletedah lama sgt tak pergi,last pergi masa zaaman sekolah rendah zoo nii
ReplyDeleteDah lama tak pegi Zoo Negara.
ReplyDeleteSelalunya pegi zoo Melaka aje.
Seronok ya dapat jalan-jalan dengan keluarga..
ReplyDeleteZoo Lokkawi di Sabah juga menarik..aktiviti sihat masa cuti2
ReplyDeleteanak saya paling bongsu paling suka binatang.
ReplyDeletemungkin bawa ke zoo negara Malaysia paling dia seronok..
mudah-mudahan dapat pergi ke sana nanti
zoo-nya leb ih indah dan tertata rapi
ReplyDeleteBaca entri ini terasa nak pergi zoo juga.
ReplyDeletebila la nak bawa teh ilhams ke zoo negara ni..hehehe
ReplyDeleteDulu masuk zoo negara ada pilihan untuk tak tengok panda
ReplyDeleteSekarang ni dah wajib kan
kena bayar juga