Pernah tak korang terseliuh atau rasa badan tak selesa disebabkan angin etc? Kalau dah terseliuh tu memanglah tak selesa sangat kan. Selagi tak berubat memang menanggung kesakitan ajelah. Baru-baru Syafi terseliuh di bahagian tangan kerana terjatuh dalam bilik air. Kesian juga pada dia. Tangan dia tak boleh nak pegang kuat-kuat. So, kebetulan mama balik kampung minggu tu terus mama bawa dia pergi berurut dengan Ah Chan Tukang Urut Muar. Ah Chan Tukang Urut Muar pandai memberikan rawatan alternatif untuk sakit urat, patah Dan kesakitan. Pernah masuk TV dulu tau tapi tak ingat lah TV berapa.
Boleh juga baca entry mama yang berkaitan di sini
UPDATE 26/12/2019:
Ah Chan dah semakin sihat dan dia dah mula mengurut orang dah.Boleh juga baca entry mama yang berkaitan di sini
Signboard ke rumah ah chan
Sebelum ke sini mama syorkan check dulu kerana Yang mengurut sekarang adakah anak ah Chan. Ah Chan dah tak sihat dah sekarang. So, anak dia yang duduk Di gombak berulang alik dari gombak ke muar. So Ada Hari Yang dia balik gombak Tu maka tiadalah sesi mengurut ye
Di Dalam rumah ah Chan. Banyak kerusi luar Dan Dalam rumah. Boleh tunggu dengan Aman Dan tenteram
Syafi sedang diurut. Tengah tahan sakit tu. Minyak yang digunakan adalah minyak masak Yang disapu menggunakan halia
Ayah syafi Pula Di urut. Tangan dia pun macam terseliuh sikit. Macam janji Pula anak beranak
Setiap Kali lepas urut ah Chan Akan tampal ramuan Yang disediakan sendiri. Baunya memang mcm kedai ubat cina lah. Biasanya tampalan tu hanya boleh dibuang selepas 2 hari. Tapi kalau nak mandi atau ambil sembahyang bolehlah buka sekejap. Sebab Tu ah Chan Akan charge kepada sesiapa yg datang ke sini. Total charges dua beranak ni RM70.00
So far kepada sesiapa Yang nak berurut mama recommend kat sini. Ramai orang melayu berurut kat sini tau. Macam2 Gaya Ada. Yg berkerusi Roda ada, yang bertongkat ada dan macam-macam lagi. Ayah mertua mama masa tangan dia retak pun berurut kat sini alhamdulillah dah sihat dah. Sepupu mama pun dulu tetiba tak boleh berjalan tak tau masalah apa. Bila berurut kat sini dah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa yang nak pergi ke sini ini alamatnya ye;
Ah Chan Tukang Urut Muar
Kampung Pantai Layang,
84400 Sungai Mati, Johor
Kalau banyak kerusi menunggu mesti rawatannya bagus kan.
ReplyDeleteMoga tangan adik Syafi cepat sembuh ya.
asam urat agak lama sembuhnya
ReplyDeletejangan makan kacang
semoga cepat sembuh =)
ReplyDeletegood info. semoga cepat sembuh !
ReplyDeleteMama pipie bukan duduk melaka ke?
ReplyDeleteJauh jugak pergi muar tu
Ni mesti urutan kena dekat hati semua, tu yang ramai peminat ni.
ReplyDeleteWah menarik nie Adda, selalu orang melayu ja pandai urut kan.. rare nie!
ReplyDeleteSemoga anak cepat sembuh.
ReplyDeleteAnak dia mengurut di gombak tak mama? Macam nak suruh husband pegi kalau Ada...
ReplyDeleteGet well soon syafii
semoga syafi cepat sehat. kalau sihat walafiat nak pg urut2 legakan badan boleh jugak ke tu?
ReplyDeleteUlang Gombak- Muar tu. Kalau buka dkt gombak mesti ramai yg dtg tu kak.
ReplyDeleteKalau herba cina ni selalunya mujarab kan, Sebab ramua yang kaya dan berkualiti. Tapi apa apa pun semua dengan izinNYA
ReplyDeletedont usually go to berurut. takuttt
ReplyDeletePerubatan alternatif.. Bagus..
ReplyDeleteKira murah servis dia caj kak..berbaloi
ReplyDeletemesti best kan kalau bab mengurut ni.
ReplyDeleteoo..ada yeak tukang urut cina..adeh, ketinggalan betul..selalu duk set dalam kepala, kalau nak urut je mesti dengan melayu..
ReplyDeletetukang urut cina mmg bagus. ditambah pula kalau yang mmg mahir dengan herba cina. perubatan cina mmg antara terbaik di dunia ini.
ReplyDelete