Teh 1: Teh hijau

Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Teh yang senang didapati dan banyak khasiatnya. Manfaatnya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Teh ini juga bersifat anti-oxidant yang boleh melawan kanser. Selain itu, teh ini boleh membuang sel lemak. So, kepada yang ada banyak lemak untuk disingkirkan bolehlah cuba minum teh ni.

Teh 2: Teh oolong

Teh ini berasal dari China dan dikonsum secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari boleh menurunkan risiko obesiti dengan membakar lemak lebih cepat, menurunkan kolesterol, diabetes dan penyakit arteri koroner.

Teh 3: Teh mint (pudina)

Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera tau. Jika terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Ia dapat membantu kita mengelakkan overeating dan juga obesiti secara tak langsung mengawal makanan yang dimakan. Ia juga membuatkan kalori dibakar dengan lebih cepat.

Teh 4: Teh putih

Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes yang dapat memperlambat penyerapan kandungan lemak yang berada dalam tubuh. Selain itu, teh ini juga dapat meredakan stress. Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih.


Walau apapun, mama sarankan kalau nak amalkan minum teh-teh di atas biarlah berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang kita ambil. Boleh tambahkan kekerapan minum teh tapi jangan le sampai seharian minum teh ini je tanpa minum air kosong pula.

Rujukan: P.Pengantin