Nama panggilan Yang baik

Sebagai manusia biasa tentulah kita diberikan nama yang baik-baik oleh ibu bapa kita kan. Nama panggilan merupakan sebutan atau panggilan yang lebih banyak dipakai untuk memanggil. Kebiasannnya juga kita sering dipanggil dengan nama panggilan selain dari nama sebenar seperti nama jolokan atau nama manja orang kata. Agar seorang memperoleh Nama panggilan Yang baik, maka namanya pun perlu baik. Oleh itu, memberi nama yang baik disunnahkan. Boleh ke Kita sebarang-barang memanggil Nama orang? Ada adab memanggil nama panggilan  sebenarnya. Seeloknya biarlah dengan Nama panggilan Yang baik.


Nama panggilan telah ada digunakan sejak zaman nabi dulu. Pada zaman Rasulullah, memang terdapat gelaran-gelaran yang diberikan baginda kepada para sahabatnya. Contohnya, Abu Hurairah (Bapa Kucing) diberikan kepada Abdul Rahman Bin Saqr, Humairah (Pipi Merah) diberikan kepada Siti Aisyah, Asadullah (Singa Allah) diberikan kepada Hamzah Abdul Muttalib, Saifullah (pedang Allah) diberikan kepada Khalid al-Walid. Semua gelaran di atas bukan bertujuan menghina tetapi menunjukkan rapatnya hubungan Rasulullah s.a.w. dengan mereka.

Nama panggilan Yang baik

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya kalian di panggil di hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian. Maka perindahlah nama-nama kalian.” (Riwayat Abu Daud)


Tidak Memanggil Dengan Nama Jolokan yang Dibenci
HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.

Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al Hujurat [49]: 11).

Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa para ulama telah sepakat bahawa dilarang memberi jolokan buruk kepada pihak lain. Jolokan “si buta”, “si pincang” atau jolokan lainnya yang tidak disukai, tidak boleh disematkan kepada pihak lain.


Tidak Memanggil Ibu Bapa atau Guru Hanya Dengan Nama

Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada seorang anak lelaki, “Siapa ini?” dia menjawab, “Ayah saya.” Baginda bersabda, “Janganlah engkau berjalan di depannya. Jangan pula melakukan perbuatan yang boleh membuat ia bercelaru. Dan jangan pula duduk sebelum ia duduk terlebih dahulu. Serta jangan pula memanggilnya dengan namanya (sahaja).”

Dari hadis di atas, Imam An-Nawawi menyimpulkan bahawa anak atau murid, tidak boleh memanggil orang tuanya atau gurunya hanya dengan nama mereka.


Memanggil Orang Tidak Dikenali Dengan Panggilan yang Baik
Walau tidak mengenal nama asli pihak lain, seseorang masih dibolehkan memanggil dengan panggilan selain namanya. Tentu, ini boleh dilakukan dengan syarat bahawa panggilan yang digunakan adalah panggilan yang baik. Ibnu Sunni meriwayatkan, tatkala Rasulullah s.a.w tidak kenal dengan seseorang maka beliau memanggilnya dengan sebutan “Wahai Ibnu Abdillah.” Maknanya, “Wahai anak hamba Allah.”


Dibolehkan memanggil dengan panggilan buruk, dengan tujuan mendidik

Panggilan “anak jahat” pernah digunakan oleh Abu Bakar, disebabkan Abdurrahman tidak menyediakan makan malam untuk para tamu. Padahal mereka sudah lama berada di rumah, menunggu kedatangan Abu Bakar.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. huhu
    pernah ad kwn aku nyer umi bernama ummi..
    ak ttaw sbb biase gelar umi utk ibu jadi aku tnyer la umi dia kerja ap
    xsngka plop soalan tuh bole menimblkn kcik ati xD

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Mama Pipie ^^ salam jumaat :)memang berdosa panggil orang dengan nama yg diaorang tak suka.Boleh mencetus perbalahan,kan?

    ReplyDelete
  3. Good sharing Adda.. suka baca entri Adda, banyak nasihat dan pengajaran yang boleh kita cuba perbaiki dalam hidup kita kan..

    ReplyDelete
  4. good info.. kalau kita pon, kita tak suka kan kalau org panggil pelik2. lagi pulak org lain.

    ReplyDelete
  5. Ini namanya adab kan mama, semoga kita jadi orang yang berakhlak mulia

    ReplyDelete
  6. Setuju kak....nama ni sangat penting.Ringkas atau panjang nama yang diberi yang UTAMA maknanya elok..sebab jadi doa.

    ReplyDelete
  7. thanks sharing. true indeed kak !

    ReplyDelete
  8. Betul mamapp. Dulu ustaz ada pesan. Jangan panggil orang dengan panggilan yang dia tak suka.

    ReplyDelete
  9. betul. people used to call me with various of nickname. im okay with it but sometimes it makes me sad as if they're playin' with my name

    ReplyDelete
  10. entry yang bagus sekali untuk di kongsi.

    ReplyDelete
  11. “Janganlah engkau berjalan di depannya. Jangan pula melakukan perbuatan yang boleh membuat ia bercelaru. Dan jangan pula duduk sebelum ia duduk terlebih dahulu. Serta jangan pula memanggilnya dengan namanya (sahaja).”

    Allahu,,, zaman skrg ni susah nak jumpa lagi anak-anak yang taat sampai tahap macam ni T_T.

    ReplyDelete
  12. Beri nama yang baik kepada anak salah satu tanggungjawab ibu bapa kerana nama tu kelak akan dipanggil di sana nanti. Great sharing kak.

    ReplyDelete
  13. Panggilan nama yang baik amat penting dan menunjukkan hubungan akrab antara dua orang.

    ReplyDelete
  14. Setuju mama. Nama panggilan baik mmg sangat dalam menjaga silaturahim sesama manusia. Ianya seperti kita menghormati seseorang bila kita memanggil seseorang dengan nama yang baik dan sedap di dengar. :)

    ReplyDelete
  15. Nabi Muhammad beri nama panggilan yang baik baik tapi org kita sekarang panggilan nama pelik pelik sungguh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post