Rojak Petis Dan Rojak Buah Muar

Assalamualaikum semua.. harini tak tau nak cerita pasal apa. Tapi tetiba mama craving Rojak Petis Dan Rojak Buah Muar Pula Hari ni. Agaknya sebab adik mama Ada sebut Hari sabtu lepas suruh Cari Rojak Petis kat sini. Alahai susah nak Cari Rojak Petis Yang sedap kat Shah alam ni. Rojak Petis pun memang sangat rare nak jumpa. Pada mama Rojak Petis Dan Rojak Buah Muar lah Yang paling menawan kalbu huhuu.. kena balik kampung lah ni cari...

Favourite mama sejak dulu memanglah Rojak Petis Muar. Kalau dulu zaman kecil-kecil senang aje nak jumpa orang meniaga Rojak Petis. Diorang Naik motor aje meniaga Di pasar Malam atau Di tepi jalan. Sekarang ni Ada juga Yang jual tapi rasanya tak sama mcm dulu Yang selalu mama makan..

Rojak Petis Muar. Bila mama tengok gambar ni sendiri Yang ngences haha.. gambar ni mama ambil masa makan Rojak Petis kat muar beberapa Bulan lepas. 

Mama sangat suka tepung Dan sayur kangkung Yang terdapat Dalam Rojak Petis ni. Sedap sangat

Ni Pula Rojak buah. Sedap tau. Tak Sama macam Rojak buah Di Selangor ni. Ni favourites ayah Syafi

Inilah tempat Yang mama selalu beli Rojak Petis Dan Rojak Buah Muar. Tempat ni berada Di tanjung emas muar berdekatan dengan Jeti Muar river cruise Tu. Satu lagi tempat Yang mama suka Cari Rojak Di benteng area tanjung emas Tu. Walaupun rasanya tak mencapai tahap Yang mama nak tapi boleh buat lepaskan rindu jugalah.

Dulu mama pernah buat sendiri Rojak Petis dengan arwah mak, memang sedap. Rasanya nak kena Cuba buat sendiri lah juga nanti. Yg dapat memenangi citarasa mama. Mama suka kalau Ada Rasa masam, manis Dan pedas. Kadang2 banyak yg kurang Salah satu Tu. Tu Yang mama Rasa kurang Tu.

Ni mama tepek resepi dari cik mat gebu untuk rujukan mama nanti. Dulu rasanya tak guna kicap Dan belacan. Lagi satu, kena make sure Ada bahan favourite mama iaitu tepung goreng tu ngam dgn selera mama..

Resepi Rojak Petis
Sumber Dari Mat Gebu

BAHAN-BAHAN SOS PETIS :-)
1 bekas petis @ otak udang
1 inci belacan + 1/4 cawan air = larutkan
1/3 cawan gula melaka, hiris halus
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
1 cawan air

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :-)
Kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
Pes asam jawa secukupnya
Cili kisar secukupnya
Cili padi kisar secukupnya(optional)
Gula jika perlu

BAHAN-BAHAN ROJAK :-)
Kangkung, siang, cuci dan toskan, kemudian celur sekejap, toskan
Taugeh, dibersihkan, celur sekejap dan toskan
Timun, hiris nipis
Nenas, hiris nipis
Sengkuang, hiris nipis
Tauhu, goreng dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan2 untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat, kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan.
  2. UNTUK ROJAK PETIS :- Dalam satu bekas, masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata. Jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata2
  3. Masukkan taugeh dan kangkung, gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas. Gaul rata2 dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Hidangkan segera....


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

27 Comments

Words of wisdom

  1. Ngences jugak haha...
    Mama, kalau ada tmpt penginapan (hotel/home stay) ke di muo yg best share ye. Kita nak turun muo cuti sek nanti :)

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaa...macam complicated jer ni...macam susah je nak buat..apa kata mamapipie buat utk akak...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. waaa ada resipe kuah petis..boleh try buatlah..

    ReplyDelete
  4. Ana tgk pun ngences juga kak. Nampak menggoda sungguh warna rojak tu. Susah nak dpt yang sdp mcm dulu2.

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan rojak petis.. Selalu jumpa rojak buah je..

    ReplyDelete
  6. ohh..baru tau.ingatkan rojak petis tu.. rojak kaki lembu.Rupanya sos dia yer.Tq mamapp

    ReplyDelete
  7. adui..petang-petang macam ni tengok gambar rojak,terliur =)

    ReplyDelete
  8. Rindu nk mkn rojak buah.last makan kt chiken rice shop.tp dh x best sebab byk bahan dh x de.mempelam pun sikit jer dia letak.yg byk cuma timun
    Kalo beli yg kat luar srlalunya kuah rojak pedas sangat

    ReplyDelete
  9. Terima kasih resepinyaaa. Saya ambik yee. Rasanya ni akan jadi blog fav kut sebab banyak resepi. Hihi

    ReplyDelete
  10. Fuhhh mamapp. Terus rasa meleleh air liur tengok :p

    ReplyDelete
  11. Entry ni membangkitkan rindu pada Muar. Sedapnya rojak petis. Alergik tp hadap jugak

    ReplyDelete
  12. ya Allah terliur tgk rojak petis tu
    kat sg buloh susah nak dpt rojak petis sedap

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak makan rojak . Baca entri ni dan- dan terliur . Bagi CCL keenakkan rojak terletak pada sosnya .. kuasa sos penyedap rojak

    ReplyDelete
  14. alalala tiba-tiba jadi mengidam pula ni.
    Malam-malam hujan lebat ni tak dapat nak keluar mencari.

    ReplyDelete
  15. sesekali g muar nnt boleh laa nk rasa rojak sn... asik mkn mi bandung je kannn ;-)

    ReplyDelete
  16. mamapp citer tentang rojak petis teringat masa saya dibesarkan di Muar, selalu ayah saya bawa ke Tg Emas lepas sekolah makan ABC dan rojak tepi benteng Sg. Muar.. Kenangan terindah..

    ReplyDelete
  17. Dah lama tak pergi Muar,nanti nak cari rojak petis juga...

    ReplyDelete
  18. Sedapnya Adda.. Kak Sue suka buat sendiri juga, kadang beli kat adik Kak Sue yang berniaga kuah rojak buat stok kat rumah..

    ReplyDelete
  19. Rojak buah mkn.. Rojak petis xmkn

    ReplyDelete
  20. Bahaya ni.. mama tgk balik entry ni tetiba teringin nak makan Rojak Petis lah pulok.. haha no kena balik kampung la gamaknya

    ReplyDelete
  21. Raya baru2 ni, sempat makan rojak petis & rojak buah tg emas. Mmg sedap!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post