Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.
Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci
1 Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2 Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3 Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4 Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5 Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-
Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee
1 Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3 Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4 Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5 Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee
Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.shopee.com.my
Best kak Shopee ni..saya dh terjebak sama dah hahaha
ReplyDeleteCikyan tak pernah lagi beli dgn shoppee ni.. nnt nak try jugak..
ReplyDeleteSama laa bukak shoppee ritu cari kasutt, cari bajuu. Tunggu je kalau kalau ada sale best ^^
ReplyDeleteSuka shopee sebab murah hahahaha pastu website dia universal...nk beli barangan dari China pun senang...
ReplyDeleteJom shopping dkt shopee kak. Murah-murah woo barang dia. Rambang mata dibuatnya.
ReplyDeleteMacam bakal terjebak je ni..bahaya sungguh...
ReplyDeletesaya suka main fortune dia
ReplyDeletedapat gold ticket dengan coins
hehehe
time festive season ni memang best lah nak shopping sebab sales mengancam
ReplyDeletesopi free ongkir
ReplyDeletemeskipun tidak imlek
Ramai kaki shopping pakai hp saja sekarang ni
ReplyDeletesaya belum pernah shopping guna shopee..
ReplyDeletebahaya ni..
ReplyDeleteMemang selalu shopping online kat Shopee.
ReplyDeletewow... selamat bersopimm.. hehe
ReplyDeletesemua barangan wanita..nampak sangat tau dah siapa yg rajin membeli tu..haha
ReplyDeleteSyok sgt shopping kat shopee kak...
ReplyDeleteBest sangat shopping kat shopee. Tambah sempena CNY ni, byk diskaun.
ReplyDelete