Glow Gelenggang Penyelesai Masalah Kulit

Panau, kurap, kudis dan penyakit kulit yang lain boleh menjatuhkan self confidence seseorang, betul tak?  Kalau ikut petua zaman dulu cara menghilangkan panau dan penyakit kulit lain ialah dengan meramas daun gelenggang dan sapu airnya pada kulit yang bermasalah. Walaupun produk skincare banyak dijual difarmasi (sumber), tapi khasiat herba kita tetap tidak kurang hebatnya.Tapi zaman yang serba moden ni mama pun tak kenal daun gelenggang macam mana.. Mujurlah mama bertemu dengan produk Glow Gelenggang Penyelesai Masalah Kulit. Glow Gelenggang Penyelesai Masalah Kulit bukan hanya masalah panau tapi masalah kulit lain juga tau. Jom baca.

 Produk Glow Gelenggang. Comel kan.

DAUN GELENGGANG

Credit pic to http://myagri.com.my

Inilah rupa daun gelenggang u ols. Mama google baru tau hihi.. Sebenarnya khasiat daun gelenggang ni banyak tau. Antaranya membantu masalah kulit termasuk panau, kurap, kudis dan luka. Daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembelit dan juga sebagai balutan tungku wanita selepas bersalin. Selain itu ia juga mujarab untuk merawat penyakit cacing serta ulser mulut. Bahan aktif dalam daun senna iaitu sennoside diekstrak dan digunakan sebagai ubat.

Sekarang ni dengan adanya inovasi tak perlulah kita bersusah payah mencari daun gelenggang. Produk seperti Glow Gelenggang tentunya lebih memudahkan kita merawat penyakit kulit.

PRODUK GLOW GELENGGANG


Glow Gelenggang adalah produk berasaskan bahan organik tanpa steroid dan bebas bahan kimia yg membantu melegakan gatal-gatal kulit yg disebabkan oleh panau, bisul, eczema, kurap, psoriasis, kudis buta, resdung & masalah kulit lain (kecuali chicken pox yang belum kering). Ia boleh digunakan pada seluruh badan dan juga muka. Terdapat 2 produk Glow Gelenggang iaitu Sabun Herba Organik Glow Gelenggang dan Minyak Herba Organik Glow Gelenggang.


Sabun Herba Organik Glow Gelenggang
Sabun ni wangi sangat tau. Bau dia seperti cocoa butter. Setiap kali mama atau syafi pakai mesti ayah Syafi tanya, kenapa bau cekelat ni? haha. Berbentuk 4 segi dibuat dgn penuh kasih sayang siap ada love lagi kat sabun tu. Teksturnya lulur / berscrub. Ianya sesuai pada kulit hatta sensitif skin sekalipun.


Minyak Herba Organik Glow Gelenggang
Minyak herba ni pun wangi sama macam sabun herba juga. Tak sangka bau mintak herba boleh wangi macam ni. Selalunya bau herba ajer kan.. Ni memang wangi tau.

Kandungan utama Glow Gelenggang

Produk Glow Gelenggang mengandungi bahan-bahan organik terbaik untuk kesihatan kulit. Kandungan utama dalam produk Glow Gelenggang ini adalah seperti di bawah
  • Herba Gelenggang - Membantu mengurangkan radang dan menyembuhkan penyakit luaran
  •  HABBATUSSAUDA - bertindak untuk mengurangi radang dan mempercepatkan proses luka luar.
  • MINYAK ARGAN - menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menyerap dengan baik ke dalam kulit.
  • MINYAK ZAITUN - bertindak sebagai pelembap yang kekal lama pada kulit.
  • SUSU KAMBING - berfungsi untuk mencerah, melembut, melembap dan mencegah kulit dari menjadi kasar, kering dan kusam.
  • CRYSTAL MENTHOL - bersifat antiseptik yang membantutkan pertumbuhan bakteria serta mempunyai kesan dingin bagi memberi kelegaan ke atas kulit.

Cara Menggunakan Produk Glow Gelenggang

Cara menggunakannya pun sangat mudah, hanya dua step sahaja iaitu:


Sabun Herba Glow Gelenggang
Guna sabun herba setiap kali mandi, 2-3 kali. Sabun ni selamat digunakan untuk muka dan badan.


Minyak Herba Glow Gelenggang
Picit dan sapu minyak herba sehingga meresap ke dalam kulit. Minyak ini boleh digunakan selepas mandi, sebelum tidur dan bila-bila perlu / semasa gatal.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN GLOW GELENGGANG

Setelah beberapa minggu menggunakan produk Glow Gelenggang mama mmg rasa excited nak share pengalaman mama sepanjang menggunakan produk ni.

Resdung

Sejak beberapa tahun lepas mama menjadi penghidap resdung. Setiap kali allergy tu datang memang rasa merenyam sangat kat hidung dan kulit di beberapa bahagian badan. Resdung mama ni akan datang sebagai salah satu simptom PMS mama juga tau. Pelik tak. Alhamdulillah setelah hampir sebulan mama konsisten menggunakan sabun Glow Gelenggang memang takde simptom tu semua. Lagipun mmg suka cuci muka guna sabun tu. Muka terasa lembut, tak mengeringkan dan bau pun wangi. Bila mama mengemas rumah dan terhidu habuk selalunya akan bersin non stop sampai keluar air mata. Tapi perbezaannya sekarang mama cuma bersin tanpa rasa gatal keluar air mata tu. Bersin pun dah jadi kurang kerap.

Masa balik kampung baru-baru ni mama belasah makan seafood udang dan sotong bagai. Tak lupa juga makan mee rebus muar yang banyak guna udang kering. Tiada pula kegatalan yang mendatang sampai ayah Syafi tanya, eh tak gatal ke makan seafood? Tak sangka dengan cuci muka secara konsisten guna sabun herba gelenggang dan sapu minyak herba ketika nak tidur boleh menyelesaikan masalah resdung mama. Sapu je kot, treatment secara luaran boleh solve problem mama rupanya.. Sejak guna produk glow gelenggang mama dah tak makan ubat resdung mama dah. Alhamdulillah.

Panau

Nampak tak peta kat pipi dia tu

Syafi ada masalah panau. Setelah 4 tahun bersekolah sekarang baru merasa ada masalah ni. Rupanya dia kerap cuci muka semasa cuaca panas di sekolah. So, sebelum tidur mama selalu sapu minyak herba glow gelenggang di tempat panau tu. Alhamdulillah ada nampak perbezaannya. Mama rasa mesti lagi cepat kalau mama turut cuci tempat panau tu dengan sabun gelenggang tapi masa syafi mandi mama tak dpt buat facial tu utk dia.. Rupanya mudah saja zaman sekarang nak ubati panau dengan daun gelenggang kan..


Ruam


Mama ni jenis yang tak boleh berpeluh. Bila berpeluh lama dalam keadaan panas memang naik ruam di kulit mama ni. So, mama cubalah letak minyak herba glow gelenggang di tempat ruam gatal tu. Alhamdulillah berkurangan. Bila balik ke rumah, mama cuci pula tempat yang kena ruam tu dengan sabun. Rasa lega sangat sebab tekstur scrub pada sabun tu umpama menggaru kulit beruam tu. Syok sangat takyah menggaru. Dalam masa 24 jam terubat ruam mama ni. Syukur. Tengok gambar bawah sebelah kanan. Berbeza kan sebelum dan selepas 24 mama apply glow gelenggang.

DIMANA BOLEH DAPATKAN PRODUK GLOW GELENGGANG

Produk Glow Gelenggang ni sesuai digunakan oleh semua peringkat usia. Ia tak merengsakan kulit, tak mengeringkan kulit dan wanita yang berhamil dan boleh digunakan tanpa was-was. Kalau korang nak merasai pengalaman sendiri menggunkan produk Glow Gelenggang bolehlah hubungi no di bawah;

Kalau siapa Yang nak order boleh guna kod SUHADA10 untuk dapatkan diskaun RM10.


WhatsApp: 014-5445951


- Glow Gelenggang

"DAH TAK GATAL LAGI.."

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. baru pertama kali juga mendengar produk ini...

    boleh cuba bagi yang rasa perlu

    ReplyDelete
  2. dah selalu baca review pasal produk ni..confirm terbaik ni sbb ramai sharing...

    ReplyDelete
  3. Kak Sue pun suka guna Glow Gelenggang nie Adda.. wangi pulak tu..

    ReplyDelete
  4. Ciktie suka produk Glow Gelanggang ni. Bau ia pun best! Rasa cam nak makan pun ada hehe

    ReplyDelete
  5. wah boleh jugak untuk resdung ya.. bagus betul!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post