Mesti ramai dah tau apa itu pinggan mangkuk fine bone china kan. Memang cantik-cantik design nya dan kalau tengok memang terasa nak beli aje. Tetapi mama came across dengan persoan Hukum menggunakan set pinggan mangkuk "fine bone china". So, info yang mama ambil ini adalah dari laman web Mufti Selangor so mama raja wajar juga mama share dengan korang semua tentang Hukum menggunakan set pinggan mangkuk "fine bone china".
Kalau nak tau Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti.Di tambah pula dengan lukisan seni yang halus memang menjadi kegilaan bagi ibu2 di luar sana, betul tak?
Sekadar gambar hiasan.
Soalan
Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.
Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.
Jawapan
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.
Bererti :
Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.
Sumber: Mufti Selangor
Ini pula petikan dari Utusan Malaysia, kalau nak baca Artikel Penuh di sini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120508/dn_07/Pinggan-mangkuk-Bone-China-kanta-ICL-haram#ixzz55qsiAQ5u
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang
babi atau Bone China adalah haram.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata,
biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga
menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.
Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa jua peralatan diperbuat daripada babi.
"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan mangkuk yang
dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak dibenarkan.
"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi disembelih untuk
tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti cawan
hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak muzakarah membenarkan sekiranya peralatan
diperbuat daripada tulang haiwan yang halal dan disembelih mengikut
hukum syarak.
"Jika tulang itu daripada haiwan halal contohnya lembu, maka ia
dibenarkan dan tiada masalah dengan syarat ia disembelih mengikut syarak
terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, jika haiwan itu boleh dimakan dalam Islam tetapi tidak
disembelih hukumnya haram. Perkara-perkara subahat kita patut elakkan,"
katanya.
Tags
ISLAMIK
hiasannya bagus sekali
ReplyDeleteSaya tak minat sangat pinggan ni..pinggan viral kan? Pakai pinggan apo yg hado je..tak lawa pun xpe lah heheheh
ReplyDeleteOhhh... better guna pinggan lain...
ReplyDeleteInfo Terbaru !!
ReplyDeleteAyo ikuti Kontes Seo dan menangkan hadiahnya dengan total uang 30juta rupiah.
Tunggu apa lagi ? Segera daftarkan diri anda dan raih hadiahnya !!
Pendaftaran dimulai pada Tanggal 22 Januari 2018
Pendaftaran berakhir pada Tanggal 22 April 2018
Pemenang akan diumumkan pada Tanggal 7 Mei 2018
Hadian akan dibagikan pada 8 Mei 2018
Info lebih lanjut silahkan hubungi kami di : seoitu99@gmail.com
Bisa juga kunjungi : http://www.itu99.host/kontes/
Syarat dan Ketentuan Berlaku !!
baik kita guna pinggan yg terbukti halal pembuatannya.
ReplyDeletedesign cntik...wat hiasan je la...
ReplyDeleteViral kan pinggan ni kak. Selamat lah ana tak terbeli juga. Cantik memang cantik.
ReplyDeletepakailah pinggan mangkuk dari tupperware .. hehehe..
ReplyDeletedesign cantik dah tapi kena hati2 menggunakannya. kalau mufti dah keluarkan haram, kena betul2 alert :) tq mamapipie atas perkongsian
ReplyDeleteNice sharing, kena periksa betul2 sekarang ni...
ReplyDeletesudah jelas dan nyata.
ReplyDeletekena la kita ikut hukum syara', kan.
Tq for sharing Adda, Kak Sue pun risau juga nak beli..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian nya ye mama..
ReplyDeleteSayangnya kalau ada..nak kena buang la kan.
ReplyDeletepernah dgr pasal pinggan mangkuk ni, tapi xtahu pula mmg btul btul diperbuat dr "bone" thanks for the share....
ReplyDeletejadi tak boleh guna la eh.. huhu..mujur aku tak beli lagi..
ReplyDelete