Mango Shake Muo Pak Lah Bakri Muar

Ada sesiapa kat sini pernah rasa Mango Shake Muo Pak Lah Bakri Muar tak? Dah jadi aktiviti wajib kami pergi beli Mango Shake Muo Pak Lah Bakri Muar setiap kali balik kampung. Sebabnya mango shake ni menjadi kegemaran ayah Syafi dan memang kewajipan lah dicari kalau balik kampung.

Asalnya kami terjumpa kedai ni secara tak sengaja dan disebabkan keinginan nak mencuba rasanya maka memang tak rugi lah sebab memang sedap. Selalu nampak jual di tepi jalan dan nampak sedap aje buah mangga tu beratur cantik haha.. Syafi pula sukakan ayam goreng yang di jual di sini. Boleh tahan sedap juga tau. Tapi mama tak ambil gambar pula ayam tu.

Ada 3 pilihan saiz gelas. Boleh pilih small, medium atau large. Small RM3.50, medium RM5 dan large RM7. Kalau beli small pada mama pun dah puas hati dah.

Keadaan di depan kedai. Kedai ni terletak betul-betul di tepi jalan

Sekali beli banyak ni haa.. malangnya tutup ada yg bengkok2 sebab letak dalam plastik.


Pinjam gambar dari FB Pak Lah sebab gambar mama punya mango shake tak cantik kan.

Ini lah kejadiannya yang sebenar. Memang sedap tau. Ada potongan mangga fresh dalam mango shake ni. Combine pula dengan aiskrim.. fuh bila minum di musim panas ni memang terangkat.

Kalau nak merasa bolehlah ke sini ye.

Lokasi kedai berdepan dengan Petronas Bakri Batu 6

PAK LAH FOOD INDUSTRY
No 92 Jalan Bakri Batu 5 3/4,
84200 Muar,
Johor

Waze Search : Pak Lah food Industry (M) Sdn Bhd
Land mark : Pak Lah Food Industry / Petronas Bakri Batu 6
Waktu Operasi Perniagaan : 10 pagi - 7 Malam (setiap hari buka)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. sekarang tengah trend Mango Shake dengan Mango Float
    hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap nya minum tengah panas panas ni perghhh

    ReplyDelete
  3. uih sedap nyaaa terliur tgk...mana ayam goreng...ayam gorengg hahah

    ReplyDelete
  4. Uishhh sedapnya. Pekat menggoda mango shake tu.

    ReplyDelete
  5. nikmatnya rasa klo pekena mango shake ni masa panas lit2 ni...

    ReplyDelete
  6. sedap nampaknya tapi aku lebih suka yg takde susu.. yg pure tu.. huhu. .sedut2 tak sedo dah abis

    ReplyDelete
  7. kat kampung saya ni..hari tu lalu je tak berenti. tetibe menyesal. adeh

    ReplyDelete
  8. Akakkkkkk...kenapa buat entry mcm ni...mango shake feveret sy tau...leleh air liur ku ini..hukhukhuk

    ReplyDelete
  9. Adui.. Terasa nyaman tekak ni.. Musim2 oanas ni kan..

    ReplyDelete
  10. Fuyoo..

    boleh terliur juga saya tengok nie

    ReplyDelete
  11. alamak...sedapnya lahaiiiiii ! terliur tengok !

    ReplyDelete
  12. time panas-panas tak cukup satu ni he he he

    ReplyDelete
  13. Mmg sedap minum.time panas2 ni tau. Alamak tetiba craving pula

    ReplyDelete
  14. Dapat minum time ini memang ohsem lah kak..

    ReplyDelete
  15. The reservation office started by the eateries spares valuable time of a man as well. rotolos broussard la

    ReplyDelete
Previous Post Next Post