Mios Kitchen Shah Alam

Rasanya ramai dah datang dan cuba makan di Mios Kitchen Shah Alam kan. Mama tau tentang restoran ni melalui mak mertua mama yang selalu sebut-sebut nama restoran ni pada mama. Katanya makanan kat sini sedap. So akhirnya setelah lama mengidam nak ke sini, Ahad lepas barulah berkesempatan pergi ke Mios Kitchen Shah Alam untuk dinner.

Sebenarnya Mios Kitchen ni sangat dekat dengan office dan umah mama. Cuma, kesempatan tu je yang takde. Kalau ikutkan nak pergi hari-hari pun boleh hahaha. Mula-mula tu mama, ayah dan syafi bawa mak mertua mama dan anak sedara mama dinner di sini. Tengah makan tu tetiba kakak ipar mama dan abang ipar pun nak join. So, kami susun meja utk 8 orang siap-siap. Bila dah nak habis makan tetiba anak sedara mama yang baru balik dating pula join kitaorang sekali dengan girlfriend dia. Makanya, meriahlah meja kami sampai ke meja belakang pun jadi penuh. Dan kami lepak sini sampai kedai dah nak tutup dah haha..

Sementara tunggu anak sedara makan, kitaorang enjoy dessert pula seperti creme brule dan

NASI GORENG LAMB CHOP RM18.90
Menu untuk ayah Syafi. Pada mama memang sedap lamb chop dia. Big portion pula tu. Cuma kalau ikutkan ayah syafi dia lagi suka kalau nasi goreng dia pedas sikit.

SET COMBO IRON MAN RM49.90. 
Ada  Lamb, Chicken , Beef. Dia tulis untuk 2-3 orang tapi mama syorkan kalau perut kecil especially perempuan baik makan 3-4 orang. Sebab mama share menu ni dengan mak mertua.. lepas paksa ayah syafi yang semua yang ada habiskan pun masih tak habis juga huhuu..

DEEP FRIED CHICKEN CHOP RM13.90
Budak-budak sukalah chicken chop jenis deep fried macam ni. Rasanya OK. Mama suka sangat rasa whipped potato dia sedap tau.

FISH & CHIPS RM13.90
Menu untuk Syafi. Sedap dan mama suka salad dia, Salad ni Mios Kitchen ni mama suka sebab sayur dia fresh. Rangup aje masa makan tu

GRILL CHICKEN CHOP RM13.90


Air blended Oreo 

Carotid Susu Dan strawberry smoothie

Alamak, tak ingat namanya. Lebih kurang Zulu bunyinya hihi

Keseluruhan feedback inc family kakak ipar, rasa makan di Mios Kitchen adalah typical western taste dan semuanya sedap. Sambil makan dihidangkan pula dengan nyanyian dari busker di sini.


Memang mama puji sangat suara penyanyi ni sebab suaranya sedap dan cara nyanyian dia pun rileks dan santai aje. Abang ipar mama sap request lagu lagi dan dilayan dengan sebaiknya oleh mereka. Ada birthday pun dia nyanyikan lagu birthday sekali.


Alamat: 13, Jalan Tukul N15/N,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor
Telefon : 012-592 0082
Dibuka Dari Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) 10 pagi hingga 10 malam.
http://www.mioskitchen.com/




No Tel: 03-5523 6946

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Ana suka burger dia kak. Sedap dan portion pun besar. Kalau dekat repeat dah tu.

    ReplyDelete
  2. Hadoiii sedapnye... Semua sekali sedap... Dah la peminat western.. Tgk pulak gambar cenggini.. Kasi kecur air liur jerk.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaaaa.. Tengok pon dah ngencess hihi

    ReplyDelete
  4. wahhh.. ada sedara duduk shah alam.. nanti boleh lah nak singgah! ^^

    ReplyDelete
  5. menarik pula tengok menu nya. kitenpun duduk shah alam. maybe akan datang jugak time nak makan sedap.

    ReplyDelete
  6. Hana teringin smoothie tu je hahah! ^^

    ReplyDelete
  7. Alaaa...jauhnya..kalau dekat dah lama akak terjah dah

    ReplyDelete
  8. peminat mskn western wajib terjah ni

    ReplyDelete
  9. wah menarik menunya tu, eh dah dekat juga dengan ofis saya ni ha, bila-bila boleh dating dengan mamalah makan dekat sini hehehe

    ReplyDelete
  10. grill chicken chop tu macam menarik :)

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap sungguh Nasi Goreng Lamb Chop tu, mama 😍

    ReplyDelete
  12. Nampak menyelerakan menu-menu nie, nanti boleh la nak rekemen kat member..

    ReplyDelete
  13. Ala..jauh pula ke Shah Alam...nampak macam sedap sangat tu... kebetulan ke sana..bolehlah try

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. boleh bookmark nie.. manalah terlencong ke sini nanti..

    ReplyDelete
  15. Sedapnya Adda, kalau ke Shah Alam boleh singgah nanti..

    ReplyDelete
  16. Kemain lagi set combo Iron Man tu...craving terus sy dibuatnya

    ReplyDelete
  17. aku paling berkenan tengok Zulu tu ha... mengancam.. haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post