Pokok mulberry adalah sejenis pokok hutan yang senang di tanam dan mudah aje penjagaannya. Even mama yang tangan panas ni pun boleh tanam haha.. Kalau nak tau Mulberi terkenal akan penggunaan dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera, buahnya pula digunakan dalam masakan seperti pai, tart dan minuman kordial. Mula-mula mama ingatkan mulberry adalah tumbuhan yang biasa-biasa aje sampailah bila mama bawa balik tanam di kampung dan jiran cina mama nampak dan bagitau tentang pokok Mulberry dan Khasiatnya. Mama nak share sedikit tentang Mulberry dan Khasiatnya di sini. Rupanya memang banyak khasiat pokok mulberry ni.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok mulberry ini telah dimanfaatkan sepenuhnya. Dari buah, daun, dahan dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan dan juga digunakan dalam kehidupan kita. Buahnya boleh terus dimakan, pucuk dan daunnya boleh dibuat ulam dan bancuh sebagai air teh, dahannya diguna dalam peyediaan bahan binaan juga.
Pokok mulberry depan rumah.
Senang aje menanamnya tau.. cuma cucuk batang kat tanah. Disebabkan mulberry ni memang pokok liar, so memang mudah saja cara menanamnya. Dah banyak orang ambil.batang pokok mulberry ni Dari mama untuk Di tanam Di rumah, contohnya beberapa orang kawan mama, makcik2 mama Di kampung Serta juga arwah mak mama Yang tanam Di depan rumah Di kampung. Alhamdulillah semuanya gemuk2 belaka.. kalau nak suruh dia cepat berbuah senang aje, potong dahan pokok ni dan dalam masa beberapa hari nanti putik bunga Akan keluar Dan selang beberapa minggu lagi dah boleh petik Dan makan buahnya.
Kalau nak makan buah Yang kaler hitam Tu baru petik. Kalau merah cerah Tu rasanya masam.lagi tau
KHASIAT POKOK MULBERRYI
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.1. Batu karang dan kencing tak lawas,
caranya rebuskan air daun mulberry dan minum.
2. Darah tinggi dan diabetes,
caranya rebuskan air daun mulberry dan minum.
3. Mencegah strok & jantung -
Kandungan nutrisi dalam buah mulberry boleh menguatkan tubuh sehingga boleh mengelakkan tanda-tanda stroke.
4. Membersihkan darah kotor -
Ia mampu membersihkan darah yang kotor kerana ia mampu filter darah sehingga kotoran yang masuk boleh dikeluarkan dan dibuang ke luar tubuh.
5. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
6. Membantu dalam kehilangan berat badan
7. Baik untuk hati -
Ia membantu dalam menyingkirkan toksid dan racun yang masuk ke hati
8. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
9. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
10. Meredakan senggugut dan membantu perjalanan haid yang tidak teratur
11. Menambahkan susu badan bagi ibu-ibu menyusu
12. Menguatkan imun sistem dan sebagai anti-kanser
Teringin nak tanam kat laman rumah... ^^
ReplyDeletegood sharing..adik cik nor ada tanam..:)
ReplyDeleteAkak suka buah mulberry ni..biasa petik je kat kampung..memang tgh musim kan sekarang..lagi gelap warna dia lagi sedap dan juicy
ReplyDeleteBuah dia kalau banyak boleh buat juice atau jem. Pengalaman saya, taklah berapa sedap. Selain itu ia hanya menjadi tarikan kapada burung burung.
ReplyDeletesaya belum pernah rasa itu mulberry.. enak ke??^^
ReplyDeletemullbery ini rupanya teralu banyak sngat khasiatnya , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
ReplyDeleteMana nak cari ni...nak tanam jugalah...
ReplyDeletekat kmpung ada..tp xtahu pon khasiatnya apa...tahu mkn ja..
ReplyDeletebuah boleh mkn, daun boleh mkn 1 pokok berfaedah
ReplyDeletesy penah bc 1 artikel ni katanya apa sahaja 'berry' ia pasti makanan yg mengandui ribuan zat utk keperluan manusia dan haiwan...
ReplyDeleteteringin juga nak tanam pokok ni, mana dapat benih pokok ni mama? cari dekat nurseri dekat rumah tu takde pulak
ReplyDeletepernah makan rasa, tapi tak tahu nama.. hehehe nice sharing!
ReplyDeleteDekat kg ada pokok ni, hidup dengan subur sekali... Buahnya pon lebat... tapi tak pernah rasa hasilnya... nnt balik kg Bonde nak tuai he he he
ReplyDeletewow banyak sekali khasiat dari buah ini
ReplyDeletekayaknya hampir mirip dengan buah blueberry namun fisiknya agak lebih panjang ya
Mampu obati diabetes ibu saya
untunglah kalau ada sapa2 yang tanam pokok mulberi ni, buahnya manis dan berkhasiat :)
ReplyDeleteDulu2 saya slalu makan buah mulberry nie kat rumah member, nak tanam tapi tangan saya nie jenis panas, dan takleh tanam pokok., kalu tanam jea mesti pokok tue mati...
ReplyDeleteRumah ayah ada tanam juga kak. Masak je cepat2 kitorang makan. Masam manis rasa dia. Khasiat pun bagus.
ReplyDeletetengok gambar nya terus kecur air liur...
ReplyDeleteoo..byk yeak khasiat dia..saya lagi la, sebelum ni ingatkan mulberry ni tak boleh makan tau..haha..adeh..sian..budak Kay Ell sangat..#takkenalbuahnidulu...
ReplyDeleteingat2 kan species species berry ni hanya boleh tanam di negara sejuk jea..tak tahu pulak ada berry yang boleh ditanam di sini
ReplyDeleteMemang senang tanam pokok nie.. Buahnya sedap.. Pucuk dia boleh buat ulam..Daun muda boleh celup tepung..
ReplyDeleteBaru Kak Sue tau banyak rupanya kelebihan Mulberi nie ya, kat rumah Kak Sue pun ada pokok nie Adda..
ReplyDeleteNenek sy siap tanam dekat rumah..makan mcm tu je
ReplyDeleteanak aku suka sgt buah ni tau.. tapi aku tanam asyiklah tak hidup je
ReplyDelete