Assalamualaikum semua. Di sana sini mama lihat ramai yang sedang diuji dengan kesakitan termasuklah ahli keluarga dan rakan mama sendiri. Mama doakan semoga sesiapa yang sedang diiuji ini sentiasa tabah, diberikan kesabaran dan beroleh kesembuhan. Ni mama nak share blogpost lama mama yang pernah mama share sebelum ni. Untuk refresh diri mama.
Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa
melindungi kehidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" –
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa
menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian,
kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin
hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha
Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah
kasih-sayangNya?
Jangan.
Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir
Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk,
hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah,
segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak
begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya
apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.
Untuk
mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu
bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian
adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun
dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian.
Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji.
Firman Allah s.w.t.:"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."(Surah al-Mulk: 3)
Apa itu musibah?
Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala
sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan,
kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah
pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah).
Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada
mati? Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati
kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya
musibah?
Musibah
ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah.
Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha
Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita
dan amalan kita.
Sabda rasulullah SAW:"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."
Jenis-Jenis Musibah
Sekurang-kurangnya
ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama
sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang
menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah
tersebut.
1. Kifarah.
Yakni
musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan
kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka
musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk meng¬hapus¬kan dosa dan
ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk
melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di
dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.Ringkasnya, kifarah
adalah ujian untuk "orang baik yang terbuat jahat". Dengan ujian itu,
"orang baik" tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas
kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada
Allah.
Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah al-Zukhruf, 43: 48)
Firman Allah swt:
"Dan
kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara
mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan
Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang
buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." Al A'raf 168
2. Bala.
Yakni
ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah
datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih
berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan
kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang
yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.
Ringkas¬nya,
bala ialah bentuk ujian ke atas "orang jahat yang buat jahat". Umat
Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir'aun yang ditenggelamkan di Laut
Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah
antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula
seksa di akhirat.
Firman Allah s.w.t.:"Dan
jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab
yang pedih di dunia dan di akhirat."(Surah al-Tawbah, 9: 74)
Firman
Allah lagi:"maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan
dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan
batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang
mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi,
dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali
tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri
mereka sendiri." Al Ankabut: 40
3. Ibtila'
Yakni
musibah ke atas orang baik ketika melakukan kebaikan. Ia adalah tanda
kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila'
hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di
sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala
syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka
baik dan sebagainya.
Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba
yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah
daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para
rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh,
Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih,
sabar dan berani menanggung musibah.
Ringkasnya,
ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang buat baik". Golongan para
nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji
dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan
kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini
Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
"Apakah
kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum
datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu
daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan
ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya
merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek
kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana
Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu.
Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau
mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku
telah terpilih."Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi
Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.
Untuk
orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu
diganjari dengan pahala tanpa hisab.Bagi mereka yang syahid pula,
Rasulullah saw telah bersabda:"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid
setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).
Atas
dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:"Andaikan tidak ada musibah
di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa
pahala."Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa
musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah
dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk
kebaikan.
Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa
yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari
kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi
brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." HR Abu Daud.
- Artikel iluvislam.com
Tags
ISLAMIK
Semoga kita semua diberikan kesabaran sekiranya menghadapi musibah sebab semuanya datang dari Allah SWT.
ReplyDeletebelajar new thing. IBTILA. tq for sharing.
ReplyDeleteTakut sangat kalau dilanda musibah2 ni. Takut sebab tak banyak duit kalau apa2 jadi. Dunia ni semuanya duitttt... hurmmm
ReplyDeleteTK perkongsian ilmunya
ReplyDeleteinsafnya baca yang ni "Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan." tq atas peringatan adda
ReplyDeleteGood sharing Adda.. masa Kak Sue jumpa terapi hari tu, perawat tu cakap.. kalau musibah nie kita anggap bala, maka bala lah dia. Tapi kalau kita anggap musibah nie ujian, teguran Allah dan redha dengannya.. InsyaAllah.. pasti ada hikmah besar menanti..
ReplyDeletesemoga musibah/ujian akan bertukar ganjaran pahala daripadaNYA
ReplyDeleteada kebaikan yang kita dapat pastinya. Saya sudah pernah merasakan akibat musibah dan mendapatkan sebuah kebaikan yang kalau dipikir, hal itu tidak mungkin bisa terjadi. Tetap bersyukur ketika diberi nikmat maupun musibah
ReplyDelete