Ibu bapa adalah orang yang memainkan peranan yang paling penting dalam mencorak dan menyediakan anak-anak untuk masa depan mereka. Sejurus sahaja mereka mengakhiri zaman prasekolah dan seawal dari mereka di sekolah rendah lagi ibu bapa sudah perlu menyediakan anak-anak untuk masa depan mereka. Di sini mama ingin berkongsi tentang 5 Perkara Ibu Bapa Perlu Buat Semasa Anak Masih Di Sekolah Rendah. Jika korang ada anak yang sedang bersekolah rendah maka ikutlah panduan 5 Perkara Ibu Bapa Perlu Buat Semasa Anak Masih Di Sekolah Rendah ini.
1. Akademik
Sebagai ibu bapa seharusnya kita mengetahui dan memahami tuntutan akademik terkini dan keperluan pembelajaran di samping mengetahui potensi anak- anak dan keperluan kemahiran mereka Contohnya sekarang adalah zaman KBAT maka ibu bapa seharusnya melatih anak-anak agar mereka mampu berfikir secara kemahiran aras tinggi ini. Kita boleh melatih dan sering bertanya soalan yang membuat mereka berfikir. Walaupun pada zaman mama dulu tiada KBAT macam sekarang tapi nak tak nak kita kenalah menyesuaikan diri dan anak kita dalam zaman serba mencabar ini.
2. Tanggungjawab
Sejurus saja menjejakkan kaki ke sekolah rendah, ini adalah masa yang sesuai untuk menitipkan sifat bertanggungjawab terutamanya dalam melaksanakan tugasan sekolah dan membantu ibu bapa di rumah. Sifat tanggungjawab adalah penting kerana dengan dengan adanya kesedaran bertanggungjawab ini, secara automatik sifat positif yang lain akan datang dengan sendirinya dan menjadi amalan anak kita. Insya Allah sifat ini akan berkekalan sehingga mereka dewasa nanti.3. Komunikasi
Memberi kata semangat dan galakan agar anak memberikan komunikasi yang berkesan adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana komunikasi adalah satu medium yang paling penting untuk menyampaikan apa juga maklumat. Kita perlu ajar mereka berkomunikasi dan bantu mereka menunjukkan cara komunisai yang betul dalam sesuatu situasi. Ajar mereka berkomunisi dengan orang asing (dipantau oleh diri kita) insya Allah anak akan lebih yakin dan berjaya memperbaiki komunikasi selain menaikkan jatidiri mereka sendiri.4. Cita-cita dan Kecenderungan
Sentiasa memantau kecenderungan dan minat anak-anak. Dengan itu kita boleh mengetahui dan memahami apakah cita-cita anak kita. Dengan itu kita boleh memberikan mereka peluang dan menghantar mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan minat mereka. Dengan saluran yang betul ini akan mengembangkan minat mereka dan menjadikan mereka bersedia untuk menggapai cita-cita mereka.5. Menabung Untuk Pendidikan
Ini adalah perkara paling penting semasa anak-anak masih di sekolah rendah. Perbelanjaan pelajaran semakin mahal maka kita perlu mula menabung untuk anak-anak sedari mereka masih di sekolah rendah lagi bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS nanti. Pada mama tabungan yang terbaik adalah melalui PTPTN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M).
Tahun ini lagi best sebab ada Insentif Geran Menabung Sepadan RM500 atau GS500 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. Memang menarik kan sebab bila kita menabung RM500, kita dapat lagi RM500 secara percuma. Untung sekali ganda tu. siapa taknak kan.
Tahun ini lagi best sebab ada Insentif Geran Menabung Sepadan RM500 atau GS500 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. Memang menarik kan sebab bila kita menabung RM500, kita dapat lagi RM500 secara percuma. Untung sekali ganda tu. siapa taknak kan.
PTPTN atau SSPN1M
Semoga kita semua berjaya menjadi ibu bapa yang berjaya menyediakan anak kita kepada masa depan yang lebih baik. Itu sajalah yang mama nak share hari ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua..
Bagus daftar sspn ni kan.kemudahan mse depan ank. ade pulak insentif baru rse berbaloi.
ReplyDeleteBetul Tu nora.. dgn Ada insentif baru ni mmg lagi la untung kita
DeleteWah Untung ni kak. Tabung rm500 dapat rm500 lagi. Ana duit syafi dr dia lahir sampai skrg semua dh masuk TH dia. Senang sikit hati ana.
ReplyDeleteWalaupun apapun caranya menabung utk anak itu mmg penting Kan ana
DeletePerkongsian yg bagus. Terima kasih mamapp..
ReplyDeleteTq ira sudi baca 😘
Deletethanks adda ingatkan semua ni.. biasa orang pentingkan yg no satu tu je dan lupa yg lain2
ReplyDeleteTu la Kan.. sebagai ibu bapa Kita kena fikir masa depan anak2.. Tu yg penting sailing nengingatkan
Deletemenabung tu penting sangat nak pulak sekarang dah mudah boleh masuk terus ke dalam acc
ReplyDeleteSekarang mmg semakin mudah urusan perbankan jadinya tiada Alasan LG dah
DeleteHehehe...anak-anak sekarang memang selalu tanya soalan yang mencabar...saya pun ambil masa nak proses dalam kepala.
ReplyDeleteBudak2 sekarang makin advance Kan tk
Deletezaman sekarang ni memang kena menabung dari kecik...
ReplyDeleteZaman susah skrg ni kak kan
DeleteInfo bagus..saya pn maskn anak sspn juga
ReplyDeleteSapna skrg dah jadi jeperluan Kan linda
DeleteGood sharing kak. Bagus kan sspn utk masa depan anak.
ReplyDeleteMmg bonda.. Tq ye dtg baca
DeleteMemang bagus menyimpan dengan SSPN1M-i nih
ReplyDeleteYe Kan Mimi
Deletekomunikasi juga important
ReplyDeleteIya betul pak
DeleteKanak kanak apabila keperingkat remaja macam mana pun akan sedikit "seleweng" mungkin kerana peer pressure. Tetapi jika sedari umur rendah kita didik dia tentang baik buruk dia somehow akan kembali baik.
ReplyDeleteHow true.. sebab Tu lah sedari awal hidup mereka lagi Kita perlu Ada plan utk diaorang
DeleteSelamat pagi rabu sis mamapipie. ilmu keibubapaan ni memang luas dan memerlukan seni dalam mengurus anak anak
ReplyDeleteBetul Tu mama.. ilmu sgt Luas. Sampai bila2 pun tak habis.. setiap hari Kita belajar menjadi ibu yg baik
Deletebagus info ni ada skim simpanan SSPNIM..ni sangat membantu dimasa kecemasan
ReplyDeleteBetul bonde.. kenalah menabung utk anak sejak skrg
DeletePerancangan kewangan pendidikan anak-anak memang penting, selain itu LZ akan pastikan anak dilindungi dengan insurance dan medical card.. By the way good info mamapp..
ReplyDeleteInsurance Dan medical card mmg sgt penting lz. Mama v like insurance masa anak Masih baby lagi. Tq lz baca posting mama
DeleteMemang kita perlukan untuk menabung supaya ianya menjadi kesenangan untuk pendidikan anak-anak kita.. Informasi yang baik mama..
ReplyDeleteTq shikin singgah Dan baca
DeleteMelentur buluh biarlah dari rebungnya kan, hehe. Menabung utk masa depan anak memang ibu bapa perlu titikberatkan.
ReplyDeleteBetul mai. Biar sifat positive Dan aura positive debating Dalam diri anak baru mudah Bina jatidiri mereka
DeleteTips yang ohsem sis.. Terutama sekali yang no 5 tu.. Sha buat start dari mereka lahir sebab pendidikan sekarang makin mahal.. huhuhu..
ReplyDelete