First time guna Grab Car.. mudah aje rupanya

Semasa mama bermalam Di Anjung Penyayang, mama cuma bertiga aje dengan adik2 mama. Girls only! Ayah Syafi Dan Syafi balik rumah Malam Tu. Keesokkan harinya ayah Syafi suruh mama tunggu dia balik kerja Dan ambil mama Dari PPUM. Tapi memandangkan operation dah selesai pukul 3 ptg maka mama taknak tunggu ayah Syafi. Nak tunggu ayah Syafi alamatnya Maghrib lah Baru sampai. So, mama balik Shah alam guna pengangkutan awam je Dan Hari Tu adalah First time guna Grab Car.. mudah aje rupanya guna grab car ni.

Jangan gelakkan mama tau. Orang lain dah biasa guna grab tapi mama baru first time. So sini mama nak bagitau macam mana mana guna grab car aritu. Adik mama Yang tolong juga. Bestnya grab car ni ialah sangat convenience, tambang murah Dan Kita boleh tau awal-awal lagi berapa tambang Yang Kita perlu bayar.

Contoh grab car area kl central. Banyak tu. So xyah risau lah kalau nak ke mana2 tanpa bawa kereta sendiri.


First sekali mama install apps grab Dari Google play.

Lepas habis install mama pun buka apps ni Dan log in guna Facebook aje. Sekarang ni senang sebab banyak apps online yg boleh log in guna Facebook contohnya Shopee. So X payah lah Kita nak kena isi registration form bagai.

Isikan tempat kita nak grab datang ambil kita dan destinasi ke mana kita nak pergi.

Apps akan mulakan pencarian dan dia akan bagi pilihan perkhidmatan grab mana yang kita nak guna. Tentunya mama pilih yg ekonomi la kan



Tu dia dah jumpa pemandu grab yang sudi ambil mama.. Masa menunggu pun tak lama dalam 5 minit aje. Boleh chat sekali dengan pemandu kita kat apps grab ni.

Alhamdulillah, mama jumpa pemandu grab yang peramah dan rupanya adik ni baru 3 hari bawa grab. Eloklah tu, mama pun baru first time naik grab haha.. Wah, senang aje lah guna apps grab ni. lepas ni mama tau lah macam mana kalau nak ke sana sini tanpa perlu risau nak parking mana. Guna grab aje senang kan..

Err.. korang ada ke tips untuk naik Grab ni? bagitau la yek..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. sbb tu ramai yg pilih grab atau uber dr guna teksi

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah pake grab.. tapi baru sekali..

    ReplyDelete
  3. Kak Sue tak pernah lagi naik Grab Adda,ingat nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  4. saya Isnin nih baru nak naik
    dah lama tak naik
    nak kena belajar balik cara guna
    hahaha

    ReplyDelete
  5. Kak pun belum guna application yang ada. Naik uber pun anak yg buat dari phone dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advance anak tu, pandai guna apps untuk tempah uber.

      Delete
  6. Semasa isteri saya sambung belajar kat UM, setiap kali balik naik tren ETS mesti akan gunakan Grab. Saya pun dah pernah rasa naik grab, pemandu lelaki india masih muda. Katanya buat full time, rm3,000 leh dapat dalam sebulan!!

    ReplyDelete
  7. Ana dah beberapa kali naik grab kak. Memudahkan.Uber je ana tak pernah.

    ReplyDelete
  8. Lebih gemar gunakan Grab sekarang dari Uber.

    ReplyDelete
  9. Walaupun suami saya bawak grab saya tak pernah naik grab kak..

    ReplyDelete
  10. Guna grab memang mudah nak bergerak. Paling best takyah fikir pasal parking.

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah lagi naik Grab tapi selalu jadi pemandu Grab sapu. hahaha

    Mesti menarik kan sebab Mama first, pemandu tu pun baru 3 hari. hihih

    ReplyDelete
  12. Grab memang convenient. Saya pun bila malas drive, naik je grab

    ReplyDelete
  13. Kalau di KL, memang pilih Grab je, senang. Tak payah fikir pasal parking & bayar tiker parking yang mahal tu. Lagipun tak serabut sgt bila sesak.

    Mai lagi suka grab berbanding UBER.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post