Assalamualaikum semua. Terima kasih atas doa kalian. Semalam ayah mama telah selamat di bedah dan sekarang masih di CICU. Semoga dia kuat, sabar dan cepat proses penyembuhannya. Sejak beberapa bulan lalu bila ayah checkup atau warded di PPUM kami adik beradik ada yang menggunakan Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM. Dengan adanya kemudahan begini maka ia memudahkan ahli keluarga pesakit especially yang duduk luar dari KL untuk melawat dan menjaga pesakit. Tapi berdasarkan perbualan mama dengan ahli keluarga pesakit rupanya ramai yang tak tau tentang Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM ni.
Contohnya, ada sorang uncle cina ni ulang-alik dari Teluk Intan untuk menjaga isterinya yang juga pesakit jantung. Kesiannya dia. So, ada baiknya kalau yang duduk jauh tu book lah di Anjung Penyayang ni. Tak mahal pun cuma RM 74.00 inc gst tau. Cuma preferably booking la dulu sebab ada tarikh yang tetiba ramai pula yang duduk sini. No telefon dan alamatnya mama letak di bawah. .
Area lobi Anjung Penyayang. Anjung Penyayang ni terletak di dalam kawasan PPUM bahkan boleh diakses melalui laluan dalam bangunan PPUM pun.
Boleh tahan juga landscape di Anjung Penyayang ni. Dulu banyak ikan dalam kolam ni tapi sekarang dah takde dah.
Mama tak sempat nak ambil gambar dalam bilik tapi boleh refer pamplet di bawah ni. Memang sebijik macam gambar dalam tu. Terdapat kemudahan seperti air panas, 2 tuala, 2 Katil single Dan aircond. Walaupun tiada TV di dalam bilik tapi ada bilik TV disediakan kat situ. Parking pun jangan risau. Kat sini FREE parking. Kat sini pun ada kedai makan yang boleh tahan sedapnya juga.
Detail package di Anjung Penyayang
Harga Standard Room : RM 74.20
Masa Check-in : 2.00 petang (Additional RM30.00 will be charged for early check-in)
Check-out Time : 12.00 tengah hari (Additional RM30.00 will be charged for late check-out up to 6.00 pm)
No Tel: 03-79494611 / 79582649
Masa Check-in : 2.00 petang (Additional RM30.00 will be charged for early check-in)
Check-out Time : 12.00 tengah hari (Additional RM30.00 will be charged for late check-out up to 6.00 pm)
Anjung Penyayang PPUM
Pusat Perubatan UM (Lembah Pantai, Petaling Jaya)
59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Malaysia
59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Malaysia
semoga ayah mama cepat sembuh dan sihat seperti biasa
ReplyDeletealhamdulillah ada penginapan murah
ReplyDeleteAllah permudahkan urusan
Memudahkan buat mereka yang memerlukan.. :)
ReplyDeleteSangat membantu dan memudahkan keluarga yang datang melawat...terutama yang anak anak-anak kecil...
ReplyDeleteBagus ada kemudahan seperti ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah ayah mama dah selamat dibedah. Moga cepat sembuh aamiin.
ReplyDeleteBagus ada tempat macam ni, mudah utk ahli keluarga menginap kan. Very good initiative.
Singgah blogwalking. Selamat pagi puan mamapipie
ReplyDeleteMurah banding sewa hotel
bagus ada perkhidmatan macam ni. kita bukan nak apa..dapat tidur cukuplah kan
ReplyDeletemujur ada perkhidmatan macam ni kan...harga pun berpatutan
ReplyDeletecukup berkelas penginapannya dan cukup murah.
ReplyDeletekalo di hotel mahal..
bagus ada service macam ni so family tak payah la penat cari bilik untuk disewa
ReplyDeleteOh bgs ada penginapan murah mcm ni.. Tkla terbeban keluarga pesakit if kena menunggu pesakit dlm jangkamasa yg lama
ReplyDeletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
Alhamdulillah, ada penginapan macam ni, sedikit sebanyak kurangkan beban keluarga pesakit yang datang melawat. Tak perlu nak cari susah2 sangat
ReplyDeleteBagus usaha dari hospital untuk memudahkan urusan keluarga pesakit ni
ReplyDeleteBgaus ada kemudahan macam nih memudahkan keluarga pesakit.
ReplyDeleteBaru tahu ada kemudahan macam ni, terima kasih kongsikan ada juga info PPUM sebab tak pernah kesitu
ReplyDeletealhamdulillah smua di permudahkan. :)
ReplyDelete