Kata ahli hikmah "Seseorang yang sering bertaubat lalu dirinya bersih daripada dosa dosa yang pernah dia lakukan adalah umpama munculnya waktu siang setelah berlalunya waktu malam."
Ini adalah kerana, waktu siang pasti akan muncul setelah berlalunya gelap gelita malam. Begitu jugalah pendosa, pasti dia akan bersih daripada dosa dosa sekiranya dia sentiasa bertaubat.
Sememangnya gelap gelita malam adalah simbol bagi suatu kejahilan dan dosa. Tidak akan mampu sama sekali seseorang yang berada didalam kegelapan malam tanpa cahaya dapat melihat mahupun menilai dengan baik akan apa jua yang ada dihadapannya.
Bahkan jika kita sendiri yang berjalan didalam kegelapan malam yang tidak dibantu sebarang cahaya pun, sudah pastilah teraba raba hingga tersadung batu atau terpijak duri mahupun bahaya bahaya yang lain dek kerana tidak dapat melihat disebabkan tiada cahaya yang menerangi.
Begitulah orang yang banyak melakukan dosa, mana mungkin hatinya yang gelap tanpa cahaya ilahi itu mampu membeza bezakan perkara yang halal mahupun haram, arahan mahupun tegahan, kebenaran mahupun kepalsuan.
Gelap gelita hati hanya akan membuatkan hidup orang yang berdosa itu bertuhankan rasa dan agak agak, asalkan hawa nafsunya suka, lalu dia pun memenuhinya.
Melakukan dosa itu ada kelazatannya. Mungkin kerana itu pendosa amat sukar sekali untuk meninggalkan dosanya sehingga dia tidak mendapat petunjuk Ilahi. Jika ada pun inginnya kembali kepada Tuhan, dia sentiasa sahaja tewas melawan kuatnya kehendak hawa nafsu yang bertuhan didalam diri, yang mana akhirnya dia lebih memilih untuk berputus asa sahaja.
Inilah bahayanya! Pendosa lebih memilih untuk berputus asa daripada Rahmat Allah berbanding terus menerus mengetuk pintu pintu taubatNya.
Sedangkan Allah SWT berfirman didalam Surah Al-Hijr ayat ke 55 yang bermaksud : "oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa"
Jangan putus asa! Rahmat Allah sangat luas dan Allah Maha Pengampun akan segala dosa hamba hambaNya.
Taubat perlu berterusan dan ia mengambil waktu yang panjang. Bukan kerana Allah lokek terhadap pengampunanNya, tetapi kerana Dia mahu melihat dan menilai kesungguhan taubat hamba hambaNya.
Mungkir terhadap taubat bagi manusia itu adalah perkara biasa. Bukannya Allah tidak tahu bahkan Dia lebih mengetahui akan sikap dan kemampuan hamba hambaNya.
Apabila taubat dimungkiri, maka bersegeralah kembali memohon ampun kepada Allah kerana itulah yang dikatakan oleh Nabi SAW "sebaik baik orang yang beriman apabila dia melakukan dosa, dia bersegera bertaubat".
Taubat perlu diusahakan dan ia seharusnya dimulai dengan banyaknya melafaz kalimah istighfar kepada Allah. Jika Nabi SAW yang maksum tidak ada dosa itu pun melafazkan istighfar sekurang kurangyna 70 kali sehari, kita bagaimana ya? Mengenangkan dosa yang menggunung banyaknya, apakah cukup kita melafaz istighfar hanya sebanyak 70 kali sehari?
Maka kerana itu jangan kita bakhil. Lafazkanlah istighfar sebanyak banyaknya selagi mana kita mampu untuk melafazkannya kerana ia adalah langkah permulaan bagi taubat seorang pendosa.
Berusahalah bersungguh sungguh untuk meninggalkan dosa dan maksiat. Dosa yang telah lalu tidak mungkin lagi dapat diubah melainkan ia disesali dan ditinggalkan sama sekali. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak kembali mengulangi dosa dosa yang pernah dilakukan.
Mulakanlah langkah kaki ke masjid dan surau. Jinak jinakkanlah diri dalam menghadiri majlis majlis ilmu mengingati Allah kerana ia pasti melunakkan hati.
Sahabat yang menjerumuskan kita ke lembah dosa mksiat jauhilah mereka dan mulakan bersahabat dengan orang orang yang baik dan soleh.
Oleh kerana itu, sama samalah kita perbaiki diri. Segera bertaubat dan jangan kita menghina orang yang berdosa
Saya berpesan pada diri ini dan semua, janganlah dihina mereka yang gemar melakukan dosa dan maksiat, sebaliknya khabarkan berita gembira dengan adanya pintu pintu taubat yang sentiasa tersedia untuknya. Wallahu'alam.
Sumber: DakwahTanpaHenti
Tags
ISLAMIK
semua orang yang suka berbuat dosa masih ada kesempatan bertobat dan masuk surga
ReplyDeleteyang penting akhir dari hidupnya
Pintu kemaafan di buka sehinggalah saat ajal menjelma.
ReplyDeletelebih baik buat salah dengan Allah berbanding dengan manusia kerana taubat dengan Allah dosa dimakbulkan. Dosa dengan manusia sebaliknya.
terima kasih atas peringatan...
ReplyDeletepenuh berinspirasi..
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi..
mudah-mudahan kita tergolong dalam manusia sentiasa memohon ampun kepada Rabbnya
manusia tak pernah terlepas dari dosa, semoga rahmat allah yang satu ni tak pernah ditarik
ReplyDeleteTq atas peringatan.. Smoga kita semua sempat bertaubat sementara masih terbuka pintu taubat.. Smoga taubat kita diterima.. Aaminn..
ReplyDeleteTidak terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeletePerkongsian yang menyentuh..
ReplyDelete