Rahsia wanita yang lelaki perlu tahu

Kepada lelaki Di luar Sana mama nak share post lama mama dulu iaitu Rahsia wanita yang lelaki perlu tahu. Wanita itu unik Dan marilah kita ketahui sama-sama apakah Rahsia wanita yang lelaki perlu tahu Tu. Kebanyakannya Ada betulnya juga. Kaum wanita pun boleh baca sebab dengan oembacaan ni Kita boleh mengenali diri sendiri juga.

image ihsan dari google

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuhtak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggangdiletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semuarakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyumsebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasaterharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka danbaik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. sgt setuju la dear...hehhe..best baca n3 kali nih...pasni wat entry ttg lelaki plk ye...sbb kaum wanita yg bnyk baca...so blh la kita lebih mengenali kaum adam ni plk....(pd sesapa yg rasanya lom khatam psl kaum adam ni la...hikhik)

    ReplyDelete
  2. nice info. tapi apa yang wanita tak suka, lelaki pon tak suka gak. :)

    ReplyDelete
  3. sebelum ni mmg tak banyak sgt yg tahu ttg wanita ni :-) nice info

    ReplyDelete
  4. menarik...

    moga saya bertemu wanita yang saling menyukai hehehehe

    ReplyDelete
  5. banyak yg betul ni..hahahhaa..

    ReplyDelete
  6. 1001 misteri wanita dah terbongkar. Haha.betul pula tu semuanya.

    ReplyDelete
  7. nombor 7 tu selalu dipraktik di dalam drama Akasia
    hahaha

    ReplyDelete
  8. nomor dua pernah saya lakukan dan saya sangat menyesal karenanya
    sudah meminta maaf tapi tidak dihiraukan

    ReplyDelete
  9. Hahhh..ingat senang ke jadi perempuan...perempuan ni complicated tau..hahaha

    ReplyDelete
  10. Wah wanita nih penuh dengan kode dan misteri yang sulit dipecahkan

    ReplyDelete
  11. wanita adalah orang terhebat yang pernah awak tahu.

    Persebaya Surabaya


    ReplyDelete
Previous Post Next Post