Salah siapa?

Pagi tadi mama terbaca tulisan Di bawah dan tiba-tiba terusik rasa Di Hati. Adakah Kita dah telah berjaya menjaga amanah Yang diberikan Allah dengan sebaiknya? Adakah Kita telah menyerahkan tanggungjawab Kita kepada tablet, handphone Dan TV untuk mendidik mereka? Memang Ada kebenaran Di setiap ayat Di bawah. Salah siapa? Anak kah Yang Salah? Atau Salah ibu bapa? Renung-rrenungkanlah.. Salah siapa? Mari Kita menjadi seorang ibu atau bapa Yang terbaik buat anak2 Kita.

Syafi kecit. Rindu laa budak kecit ni. Sekarang gomol budak besar aje. Tp dah besar ni X suka dah digomol2 haha

Jom renungkan...

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.

#cp
Sesiapa Yang tahu sumber asli bagitau mama ye

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. comel. semoga syafi jd anak soleh..

    ReplyDelete
  2. Wah comelnye.. main bedak yea, seronok yea.. ok nnt besar sikit main tepung pulak dekat dapur.. La ni Bonde diperingkat pertama dapat rasa macam mana.. bila Fatin dah tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha fatin main tepung kat dapur ye bonde. Bagus lah Tu confirm membaking tu

      Delete
  3. Replies
    1. Haha.. mama kalau tgk.gambar ni mesti naknsengih mcm budak ni

      Delete
  4. betul2
    kadang2 ada sesetengah ibu bapa nih terlalu mengejar sesuatu seperti akademik sampai lupa bg kasih sayang pada anak2
    itu yang bnyk budak2 sekarang rasa terabai dan rasa kosong tu
    mmg besar tanggungjawab jadi ibu bapa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hand. Besar cabaran ibu bapa skrg ni

      Delete
  5. idiiih...lucung bayi kecil itu
    menggemaskan

    ReplyDelete
  6. comelnya syafi masa kecik dulu. Sekarang pun comel jugak :D

    ReplyDelete
  7. Hahahaa alahai comelyaa. Bahagia betul!
    Takde pengalaman anak sendiri lagi, takut jugak nak hadapinya satu hari nanti.

    ReplyDelete
  8. Thanks mama. Sangat menusuk pesannya esp titipan Dr Anayasmin tu.

    Alahai montelnya syafii :)

    ReplyDelete
  9. memang penat jaga anak2 skrg. tp itu adalah utk menguji cabaran kita..

    ReplyDelete
  10. Apa apa jadi pada anak anak, sedikit sebanyak ada salah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan anak atau org lain

      Delete
  11. Cute baby tu..

    Kadang-kadang kita selalu menyalahkan, menakutkan, memberi amaran, bagi sebelah pihak saja, sedangkan dua-dua pihak perlu ada usaha sebaik mungkin. Contohnya seperti puan kata, diberi amaran tentang anak derhaka kepada ibubapa tetapi kurang seimbang dengan amaran tentang ibubapa tidak mendidik anak-anak dengan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul naziman.. sama2 kita jadikan pedoman ye

      Delete
  12. Comel syafi.thank kak untuk peringatan

    ReplyDelete
  13. artikel ini mengingatkan saya dengan anak saya..

    ReplyDelete
  14. semoga syafi jd anak soleh..
    semoga perkongsian ini mengingatkan sesama kita akan tanggunjawag yang sebenar.. Bukan mudah mendidik anak-anak tambah zaman sekarang..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post