Cara Komunikasi Berkesan Dengan Anak

Cara Komunikasi Berkesan Dengan Anak. Mendidik Dan membesarkan anak-anak adalah satu cabaran besar buat ibu bapa termasuk mama sendiri. Sebagai seorang ibu, proses mendidik bukan sahaja terhadap anak-anak tetapi ibu bapa sendiri perlu mendapatkan pendidikan dan ilmu dalam mendidik amanah Allah Yang tidak ternilai ini. Banyak pendekatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ada yang tegas dan ada yang beri muka sangat. Kerana itu kita perlu tau apa itu Cara Komunikasi Berkesan Dengan Anak.

Ibu bapa hendaklah memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang mulia dan memaparkan ciri-ciri tersebut dalam bentuk perbuatan supaya dapat dicontohi oleh anak-anak yang menerima didikan. Ciri-ciri dan sifat mulia ini secara tak langsung akan melahirkan bibit-bibit kemuliaan di dalam diri anak-anak. Ini kerana tingkah laku atau perbuatan ibu bapa yang baik atau sebaliknya tanpa disedari dilihat dan diikuti oleh anak-anak.

Gambar kenangan 5 tahun lalu semasa diorang melawat new cousin, Raissa yg berusia baru sehari. Dulu halus-halus budak ni, sekejapan aje dah besar.


Berlemah-lembut terhadap anak-anak sangatlah dituntut. Berlemah-lembut ini dapat ditunjukkan melalui pertuturan dan juga melalui perbuatan dan tingkah laku.

Perkara yang perlu dilakukan adalah;

  • Bertuturlah dengan nada suara yang rendah. Tak perlu memekik-mekik semasa berkomunikasi. Cukuplah sekadar anak memahami apa kehendak kita.
  • Gunakan bahasa yang menggambarkan kehalusan, adab sopan dan tatasusila. Secara tak langsung ini akan mengajar anak-anak berkomunikasi sebegitu dengan orang lain.
  • Jadikan unsur memujuk sebagai salah satu bentuk komunikasi yang berkesan. Namun pastikan ianya dilakukan secara berhemah dan jangan keterlaluan. Sharing apa jua fakta jika ada supaya dia dapat membayangkannya.
  • Tunjukkan minat untuk mendengar apa yang disuarakan. Jadilah pendengar yang baik. Berikan pendapat atau soalan jika perlu. Ini menunjukkan kita berminat dengan topik yang anak ingin kongsikan dan dia akan merasa dihargai. Galakkan anak memberi pandangan dan pendapat dan jangan lupa memuji atas setiap pendapat mereka.
  • Komunikasi 2 hala adalah penting. Pastikan anak faham apa yang kita nak sampaikan dan minta mereka ulang apa yang kita cakapkan.

Perkara yang perlu dielakkan pula adalah;

  • Elakkan melakukan perbuatan yang boleh dianggap kasar dan bertentangan dengan prinsip-prinsip budaya umpamanya memekik-mekik, bergopoh-gapah, pergerakan yang kasar, cara makan yang gelojoh dan sebagainya. Kita perlu tunjukkan sifat murni kepada anak-anak.
  • Elakkan sama sekali bertengkar atau bergaduh di hadapan anak-anak kerana mereka akan memerhati dan emosi mereka akan terganggu.
  • Elakkan memandang rendah kepada anak-anak. Setiap anak perlu dilayan dengan respek dan tidak dengan emosi. 
  • Elakkan menuduh anak-anak. Tanyalah dengan bijak.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Betul sangat.. Anak2 sekarang bnyak yg kna gunakan pendekatan psikologi..

    ReplyDelete
  2. ye mama....kena berlembut dgn anak2 walaupun hati tgh panas haha...sakit jiwa kdg2 kan...tapi sebagai ibu kena banyak sangat bersabar dgn anak2 ni..

    ReplyDelete
  3. Good sharing Adda, memang kena banyak sabar dalam mendidik anak-anak kan..

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing. .Ada juga pernh terbaca psl ni org share .. .mmg kita ibubapa kena byk sbr dlm mendidik ank2

    ReplyDelete
  5. komunikasi dengan anak sangat penting

    ReplyDelete
  6. setuju ngn semua yg dikongsi, bdk2 bila di puji dia punya semangat lain mcm... lenkali diaorg buat sungguh2 buat betul2 sbb suka bila dipuji

    ReplyDelete
  7. Bagus perkongsian, jgn bergaduh depan anak..jgn memekik...oh tu semua kena fikir dulu sebelum buat kan...nampak byk kena ubah lifestyle kebiasaan ni

    ReplyDelete
  8. setuju sangat... tq ya..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  9. Komunikasi dan cara berkomunikasi tu yg penting kan kak. Anak2 mereka perhati je cara dan tingkah laku kita.

    ReplyDelete
  10. satu panduan yang boleh dijadikan rujukan bersama..

    paling penting tunjukkan kasih sayang dan tegas dalam menegakkan disiplin

    ReplyDelete
  11. betul tu Adda..kita kena mengajar anak secara psikologi dan bukan dengan mengertak sebab nanti mereka akan jadi memberontak pulak..bukan macam kita dulu2..kena gertak dah takut kan. hehe

    ReplyDelete
  12. Setuju...walau kdg2....ada juga hilang tahap kesabaran, meletup juga hehehe

    ReplyDelete
  13. anak-anak harta no 1.
    tq for all those tips.
    kena sentiasa muhasabah diri kita sebagai mak kan.
    kekadang tu kita terlebih dari tahap kesabaran. sian anak.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post