Keajaiban Susu Ibu

Penyusuan secara semulajadi dari ibu kepada bayi adalah satu momen yang terindah dan menjadi kenangan termanis dalam kehidupan seorang ibu. Ikatan dan hubungan mesra antara ibu dan bayi banyak di pupuk semasa proses menyusu dimana ibu akan mendakap erat si manja sementara si comel juga akan memeluk erat si ibu  dan proses menyusu pun berjalan dengan penuh kemesraan. Keajaiban Susu Ibu ini bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga memberikan kesan yang baik kepada dua pihak. Mama bersyukur kerana berjaya juga merasai pengalaman ini. Walaupun tak berapa berjaya memberikan penyusuan ekslusif selama 2 tahun tapi alhamdulillah dapatlah juga memberikan Syafi Keajaiban Susu Ibu untuk beberapa bulan.

Susu ibu memang terbaik untuk anak anak. Usaha sebaik boleh untuk pastikan anak dapat susu badan selama boleh. Kalau dah usaha dan tak ada rezeki, baru guna susu formula. Itu pun last resort. Ini list susu untuk baby baru lahir.




Ini adalah post mama tahun 2010 dulu. Saja repost balik..


Sebenarnya sangat banyak keajaiban susu ibu. Mama cuma senarakan beberapa sahaja kat sini. Jom baca:

  • Bayi memperoleh zat yang diperlukan kerana ia amat tinggi khasiatnya dengan kandungan protein mudah hadam dan komponen pertahanan badan semula jadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit.
  • Kolostrum, susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit.
  • Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol.
  • Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda. Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak.
  • Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Mengurangkan risiko ibu menghidap penyakit kronik. Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.
  • Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

So, kepada ibu dan bakal ibu marilah memberikan susu ibu ekslusif kepada baby kita. Sebanarnya memang ada yang kurang berjaya macam mama tapi kebanyakan perkara ini boleh diatasi jika kita punya ilmu yang cukup berkenaan penyusuan.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. zaman kita skang mudahkan nak dapat info tentang bf ni. kalau tak tau google je. jadi senang nak bagi kesedaran kat ibu2 muda dan bakal ibu tentang khasiat susu badan.

    ReplyDelete
  2. ye...masih ramai yang tak sedar dan tak mau sedar.. ibu menyusukan dan berkerjaya perlu kerjasama semua pihak terutama majikan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah sekarang ramai yg dah sedar betapa pentingnya memberi susu ibu pada bayi2 yang baru lahir...lina sendiri pun 2 anak menyusu badan sepenuhnya selama 2 tahun.

    ReplyDelete
  4. memang susu ibu lah yang terbaik.. untung mereka yang berjaya menyusu anak mereka sepenuhnya. yang penting mesti ada ilmu...

    ReplyDelete
  5. Susu ibu memang ajaib
    Anugrah Allah SWT

    ReplyDelete
  6. susu ibu lah susu yang terbaik

    ReplyDelete
  7. Mmg ajaib kak..saya suka bf anak..sb waktu tu. Kita pn dapat lelap.sekali hehehe.

    Pastu..mlm2 xyah susah masak aor pans

    ReplyDelete
Previous Post Next Post