Kempen 'March On' Khas Buat Wanita oleh Elizabeth Arden

Elizabeth Arden adalah satu jenama besar industri kecantikan dunia yang tak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan oleh Miss Elizabeth Arden seabad lalu di New York, Elizabeth Arden melopori dunia kecantikan dengan rangkaian kosmetik dan minyak wangi yang berkualiti tinggi dan disukai ramai wanita. Secara peribadi mama merasakan bahawa Elizabeth Arden mendapat pencapaian sebegini bukan hanya kerana produknya sahaja tetapi juga kerana keprihatinan jenama ini terhadap wanita, perpaduan dan kebebasan. Terbaru, Elizabeth Arden melancarkan Kempen 'March On' Khas Buat Wanita oleh  Elizabeth Arden.





Mengenai Elizabeth Arden

Sebelum mama terangkan mengenai Kempen March On, terlebih dahulu mama nak kenalkan founder dan jenama Elizabeth Arden. 



Sejarah Elizabeth Arden bermula apabila Miss Elizabeth Arden yang berasal dari Canada berhijrah ke New York dan membuka salon pertamanya di Fifth Avenue yang dinamakan Red Door pada 1910. Teras jenama Elizabeth Arden sememangnya melonjakkan kualiti dan halatuju yang bagus bagi jenama itu. Mama sendiri sangat menyokong prinsip Elizabeth Arden iaitu kecantikan bukan dizahirkan dari mekap tetapi dari kebijaksanaan menggabungkan sains dan sumber alami akan membangkitkan keunggulan aset semulajadi seorang wanita. 



"To be beautiful is the birthright of every woman."


Rangkaian produk yang meliputi penjagaan kulit, perfume dan mekap kini dijual di 120++ negara.


Kempen March On oleh Elizabeth Arden

Rasanya mesti ada antara korang yang pernah dengar Kempen 'March On' oleh  Elizabeth Arden kan. Ini kerana kempen ini sudah pun dilancarkan sejak 1 Mac yang lalu di New York. Kempen ini sangat bagus dan sewajarnya diberikan sokongan yang padu dari semua pihak. 

Kempen March On sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri dimana semasa abad ke 19 terdapat golongan wanita yang memperjuangkan hak mengundi semasa itu dan Miss Elizabeth Arden adalah seorang penyokong tegar. Beliau akan memberikan lipstik berwarna merah kepada wanita-wanita yang sedang berkempen dan marching di hadapan salon Red Door miliknya.

Kini, kempen March On menjadi satu platform bagi memperkasakan wanita.. Ia dijayakan bersama jurucakap ikoniknya iaitu Reese Witherspoon. Kempen #TogetherWeMarchOn ini didatangkan dengan satu lipstik edisi terhad dengan nama Red Door Red shape dan yang paling bestnya lipstik ini ditandatangani sendiri Reese Witherspoon. Sebenarnya perkara paling menarik tentang Kempen 'March On' oleh Elizabeth Arden ni bukan terletak pada lipstik itu, sebaliknya ke mana duit dari jualan lipstik itu pergi. Ya, kesemua hasil jualan dari lipstik Red Door Red shape ini akan didermakan 100% kepada UN Women.   

Cantiknya warna lipstik ni kan. Ada tandatangan Reese Witherpoon pula tu. Dapat menyokong UN Woman lagi. Tabik spring pada Kempen 'March On' dan  Elizabeth Arden.

Objektif Kempen March On

Kempen ini dilancarkan bagi meraikan pencapaian wanita. Melalui cagaran $1 million yang akan didermakan kepada UN Women, Elizabeth Arden mengajak wanita memberikan sokongan kepada wanita lain sebagai sokongan kepada usaha mereka membela isu wanita dunia. Lipstik Limited edition March On adalah satu simbol yang kuat perpaduan dan sokongan padu sesama wanita di dunia. 



Lipstik March On Beautiful Color Lipstick dengan warna Red Door Red sudah berada dipasaran dan boleh didapatkan dengan harga RM160 di ElizabethArden.com semua stor yang menjual produk Elzabeth Arden. 


UN Women

Sedikit berkenaan penerima sumbangan dari kempen ini iaitu UN Women. UN Women di tubuhkan pada Januari 2011sebagai salah satu agenda reformasi PBB yang memfokuskan kepada kesetaraan jantina dan pemberdayaan wanita. 


Kempen March On Di  Malaysia

Wanita-wanita kuat di Malaysia pun tak terkecuali untuk menjayakan kempen March On ini tau. Yelah kan, siapa lagi yang nak menyokong wanita kalau bukan wanita itu sendiri. Perasmian kempen #TogetherWeMarchOn telah diadakan di Cocott’ Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kempen 'March On' Khas Buat Wanita oleh  Elizabeth Arden

Acara utama adalah press release berkenaan dengan kempen #TogetherWeMarchOn di Malaysia dan yang paling menginspirasikan adalah melalui Sesi Dialog yang diadakan selepas itu. Ahli panel terdiri dari wanita hebat iaitu founder SushiVid, Yuh Wen Foong dan ahli politik YB Hannah Yeoh. Banyak perkara dan tips untuk menjadi wanita berjaya yang mama pelajari melalui sesi dialog ini. 

Kempen 'March On' Khas Buat Wanita oleh  Elizabeth Arden

Yuh Wen Foong dan YB Hannah Yeoh masing-masing berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai wanita dan sebagai pemimpin dalam bidang masing-masing. Cara bagaimana mereka membahagikan masa untuk kerjaya dan masa untuk keluarga memang patut dicontohi. Mereka amat mahir dalam bidang masing-masing dan sebagai pemimpin, mereka membuktikan bahawa wanita juga boleh memimpin setanding dengan kaum lelaki.
Barisan wanita-wanita kuat Elizabeth Arden Malaysia mengabdikan gambar kenangan bersama ahli panel. 


Berikut adalah antara point penting yang mama dapat melalui sesi dialog ini:
  1. Wanita perlu menjadi berani. Sebagai seorang wanita kita sentiasa mempunyai  pilihan dan pilihlah menjadi seorang wanita yang kuat. Jangan jadi wanita yang lemah sehingga kerap menjadi mangsa keadaan.
  2. Wanita perlu ada keyakinan terutama jika melibatkan masalah di rumah.  Walaupun bekerjaya, seorang wanita itu tetap seorang suri di rumah. Dengan itu Kita tak perlu rasa malu Dan bersalah jika terpaksa pulang ke rumah jika sesuatu keadaan terjadi. Beranggalah dengan peranan seorang wanita.
  3. Setiap peraturan dan undang-undang boleh diubah mengikut keadaan jika sesuai dengan perjuangannya. 
  4. Perkuatkan diri dengan sistem sokongan melalui rakan-rakan dan keluarga yang ada bersama kita di waktu susah dan senang
  5. Wanita perlu tegas dalam membuat sebarang keputusan walaupun jika terpaksa berkata TIDAK.
Jom kita praktikkan ramai-ramai. Tak mustahil kita pun akan jadi wanita kuat juga satu hari nanti kan. Kita cuma perlu serlahkan saja potensi diri dan dapatkan banyak lagi tips dari wanita berjaya di luar sana.

 Lipstik March On yang dipamerkan semasa event. Memang cantik sangat shade dia.  
White Tea Eau de Toilette ni pun wangi sangat tau. Gabungan dari bau white tea, iris dan banyak lagi padanan bauan menarik.


Setelah habis acara, disambung pula dengan acara yang paling mama suka.. makan! haha. Mama nak puji organizer kerana sesuai dengan tema, makanan yang disediakan juga adalah sihat dan sesuai untuk wanita. Sedap pun sedap.


Sandwich dan salad yang disediakan sangat sedap u ols.




Antara crowd yang hadir. Sememangnya ini adalah sesi yang sangat bermanfaat kepada semua. Terima kasih Elizabeth Arden kerana sesi yang bagus seperti ini. Kepada semua wanita di luar sana apalagi, JOM KITA MARCH ON sama-sama. #TogetherWeMarchOn

Makluman #TogetherWeMarchOn

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang #TogetherWeMarchOn bolehlah klik di salah satu link di bawah

#TogetherWeMarchOn Facebook | Instagram | Twitter | YouTube


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. wah..bagusnya dia sebab derma semua nya..paling ketara hat last sebab nampak makanan sangat sedap.hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah menarik nie Adda, cantik kan lipstik Elizabeth Arden nie..

    ReplyDelete
  3. baru tahu dan pertama kali dengar jenama nie..

    biasa la orang lelaki tak alert sangat

    ReplyDelete
  4. EA ni jenama yg cukup dikenali seiring YSL dan antara fav waktu belum beranak ramai hehee..wangian EA pun sedap kan..

    ReplyDelete
  5. cantiknya lipstik tu kak oi.... dana tak blh tgk lipstik color gitu... tergoda...

    ReplyDelete
  6. Brand yang saya guna semasa muda dulu. Bagus.

    ReplyDelete
  7. Love their splendor perfume.tp susah nk jumpa sekarang ni

    ReplyDelete
  8. Banyak dah program memperkasakan wanita sekarang ni kak. Bagus sgt. Menghargau jasa wanita gitu.

    ReplyDelete
  9. Dapat lipstick memang tak guna dah kak..simpan terus..hahaha

    ReplyDelete
  10. memang cantik la warna & design lipstick dia :D

    ReplyDelete
  11. Menggoda betul warna lipstick tu..

    ReplyDelete
  12. Pertama kali dgr nama jenama ni. Btw lawa lah colour merah dia.menawan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post