Klinik 1Malaysia Bantu Meningkatkan Taraf Kesihatan Penduduk Kuala Lumpur

Klinik 1Malaysia Bantu Meningkatkan Taraf Kesihatan Penduduk Kuala Lumpur. Zaman sekarang adalah zaman yang mencabar kerana dengan peningkatan kos yang terlalu tinggi terutama di bandaraya seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka ia akan menekan golongan berpendapatan rendah. Ini akan mendatangkan masalah bagi meneruskan kelangsungan hidup dan serta secara tak langsung akan mengganggu kualiti hidup mereka mengakibatkan kadar jenayah juga semakin meningkat. Namun begitu, penduduk Kuala Lumpur perlu bersyukur kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah banyak melakukan inisiatif bagi membantu mereka bagi mengurangkan beban ini. Antara inisiatif yang dilakukan DBKL adalah Klinik 1Malaysia Bantu Meningkatkan Taraf Kesihatan Penduduk Kuala Lumpur dan mengurangkan beban kewangan rakyat. 
Bukan sahaja pihak DBKL membantu menjayakan Klinik 1Malaysia, malahan pihak DBKL juga membantu dari segi memudahkan pengangkutan penduduk yang ingin ke Klinik 1Malaysia. Beruntungnya penduduk Kuala Lumpur kerana mendapat perhatian sebegini.


 Credit pic to Sinar Harian.

Tentang Klinik 1Malaysia.

Klinik 1Malaysia adalah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2010 yang mensasarkan hal ehwal penjagaan kesihatan bagi golongan miskin bandar. Inisiatif kemudahan rawatan kesihatan ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.


Bayaran yang dikenakan hanya RM1 bagi warganegara Malaysia. Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15. Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu. Oleh itu kita tidak perlu risau kerana klinik ini dibuka setiap hari sehingga malam pula tu.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital dan sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. 

Walaupun dengan harga yang amat murah, tahap kualiti Klinik 1Malaysia adalah setanding klinik swasta kerana ia sentiasa dipantau agar memenuhi Standard Operating Procedure (SOP) untuk merawat para pesakit.

Objektif Klinik 1Malaysia

Antara objektif Klinik 1Malaysia adalah menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

Sakit ringan seperti demam, batuk, selesema dan cirit-birit tidak boleh dipandang remeh dan perlu dirawat segera kerana ia boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik yang membahayakan jika berlarutan.  

Penubuhan klinik seperti ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat setempat dan menyedarkan mereka tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Ini kerana penyakit boleh menjangkiti kepada sesiapa tanpa mengira umur, pangkat, bangsa dan agama.

Skop Perkhidmatan


Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk dan selsema. Selain itu disediakan juga rawatan susulan bagi kes pesakit kronik terkawal seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi (Klinik 1Malaysia terpilih sahaja).

Selain dari merawat Klinik 1Malaysia juga ada memberikan khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan selain dari membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi.

Senarai Senarai Klinik 1Malaysia di Kuala Lumpur


Ini adalah senarai Klinik 1Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Terdapat 26 Klinik 1Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan kedudukannya amatlah strategik kerana berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk Kuala Lumpur.

Beruntungnya kita dengan adanya Klinik 1Malaysia ini. Jika pergi klinik swasta sekurang-kurang RM50 akan terbang melayang. Dengan adanya Klinik 1Malaysia kita tidak perlu risau untuk mencari klinik jika menghadapi kecemasan. Kita tak perlu tentang bayaran kerana kosnya jauh lebih murah berbanding klinik swasta.

Sambil-sambil tu jom kita tengok video berkenaan Klinik 1Malaysia.Boleh dapat gambaran lebih jelas tentang Klinik 1Malaysia.





Untuk maklumat lanjut berkenaan Klinik 1Malaysia bolehlah klik link di bawah ini:
http://www.1malaysia.com.my/product/klinik-1malaysia

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

43 Comments

Words of wisdom

  1. kalo kami demam2 biasa..memang ke klinik 1M jer.bila demam berterusan 3 hari br ke KK jumpa doktor.memang puas hati dr segi bayaran dan masa perkhidmatan.sebelum ada klinik 1M, kalo mlm2 nk dptkan rawatan utk sakit2 biasa, kami terpaksa ke hospital bahagian emergency.menunggu lama sebab doktor akan dahulukan patient yg kronik.tp dh ada klinik 1M ni...senang sikit.x payah nk mintak izin kt bos nk ke klinik time keje.

    ReplyDelete
  2. Nora selalu gak dapatkan rawatan dekat Klinik 1 Malaysia ni bila demam. Sebab ia mudah dan hanya bayar rm1 je. Buka sampai malam gak. Kalau kes tertentu sesiap dapat surat suh refer ke hospital atau klinik berdekatan. Baguskan.

    ReplyDelete
  3. RM1 untuk warganegara & percuma untuk warga emas? wahhh sangat bagus klinik 1Malaysia ni!

    ReplyDelete
  4. Klinik 1 Malaysia mmg sepatutnya ditubuhkan lama dulu...sekurang-kurangnya membantu rakyat kan

    ReplyDelete
  5. Kat rumah ada satu. Yang bestnya klinik ni bukak sampai malam. Ada sesetengah klinik tutup awal. Memang bagus klinik 1 Malaysia ni. Sepatutnya dah lama ada di Malaysia ni

    ReplyDelete
  6. Kewujudan klinik 1Malaysia ni sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua rakyat. Ia ternyata memudahkan dan byk manfaatnya...

    Terbaiklah..

    ReplyDelete
  7. Sampai jam berapa operasinya kot?

    ReplyDelete
  8. Berdekatan rumah Sha pun ada Klinik 1Malaysia. Murah & selesa. Sangat bermanfaat utk masyarakat sekitar =)

    ReplyDelete
  9. Good sharing Adda, Kak Sue pun kadang pi Klinik 1M juga dekat dengan rumah ja nie..

    ReplyDelete
  10. Klinik 1M ni dah murah, selesa pulak tu

    ReplyDelete
  11. Xthu pulak rawatan yg ditawarkan byk. Tq info

    ReplyDelete
  12. klinik 1 malaysia sangat membantu bg meringankan rakyat seperti kita yang sederhana ini...

    ReplyDelete
  13. RM1 je. Dulu masa belajar demam tak kebah, ambil ubat kat Klinik 1Malaysia je.

    ReplyDelete
  14. Klinik 1 malaysia sgt membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  15. bgus dpt mengurangkan beban kewangan rakyat best best...

    ReplyDelete
  16. Klinik 1Malaysia ni so far mmg service baik dan yuran perubatan pun sgt affordable.

    ReplyDelete
  17. kemudahan seperti klinik 1 Malaysia perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh semua

    ReplyDelete
  18. bgs utk mereka yg memerlukan... perlu di banyakkan lagi di kawasan yg ramai penduduknya....

    ReplyDelete
  19. memahami kos perubatan yg agak mahal kalau ke klinik swasta, good inisiatif bagi pihak berkuasa laksanakan klinik 1M ni..good job...

    ReplyDelete
  20. Bagus kan ada klinik 1malaysia ni.. murah dan ada di akwasan2 yg tiada klinik kerajaan

    ReplyDelete
  21. bagus ada klinik 1 malaysia ni kak.membantu golongan berpendapatan rendah untuk dapat kan rawatan.

    ReplyDelete
  22. Kemudahan dah ada,cuma kita sebagai rakyat je samada nak guna atau tak perkhidmatan klinik 1 Malaysia ni

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah. dengan adanya klinik mcm ni dapatlah ringankan beban golongan kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  24. kemudahan yang disediakan juga selesa, bertuah pada mereka yang menikmati kemudahan sebegini dengan penuh rasa syukur

    ReplyDelete
  25. Klinik 1M ni mmg byk membantu golongan yg kurang kemampuan kan

    ReplyDelete
  26. Klinik 1Malaysia ni mmg berbaloi! Jimat! 24hours kan??

    ReplyDelete
  27. oh, banyak jugak rupanya cawangan Klinik 1 Malaysia ni..

    ReplyDelete
  28. dekat kampung luqman pon ada klinik nih..ayah selalu jgk pergi sini sebab dekat and register pon byr rm1 jer..

    ReplyDelete
  29. Bagus sangat ada klinik 1Malaysia ni, muraah!

    ReplyDelete
  30. Salah satu pilihan lain dri menunggu kat hospital atau klinik yg lain.

    ReplyDelete
  31. Bonde suka klinik 1 Malaysia, bila emergency memang tuju ke situ , sangat membantu!

    ReplyDelete
  32. Dekat sgt dgn rumah.. jimat masa xperlu ke bandar. Org pon xramai.hehe. so far anak ok ubat serasi.

    ReplyDelete
  33. Perkhidmatan kesihatan yang sangat murah..

    ReplyDelete
  34. Hat ni setuju sgt laa, memang memudahkan

    ReplyDelete
  35. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  36. Mudah sikit sekarang dengan adanya klinik 1 malaysia kan k.adda.

    ReplyDelete
  37. Owh.. Family planning pun boleh juga rupanya... Tak perlu la nk pergi kkia

    ReplyDelete
  38. Banyak perkhidmatan yang disediakan. Alhamdulillah :) sini memang tak ramai orang biassanya.

    ReplyDelete
  39. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  40. Memang bagus klinik 1M ni sebab murah.

    ReplyDelete
  41. Ia bukan je murah tapi staf pun ok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post