Makan Di Port Bujang Junction@11

Baru-baru ni mama sekeluarga pergi Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam. Dulu kami selalu juga lepak Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam tapi dah lama tak ke sini. Macam dah terlupa pun ada kewujudan kedai ni padalah dulu selalu sangat melepak kat sini. 

Asalnya, kami nak pergi ke kedai baru yang dulu mama pernah nak pergi tapi tutup tu. Baca kat sini http://www.mamapipie.com/2018/03/restoran-cahaya-seksyen-11-shah-alam.html. Nampak gayanya malang lagi nasib kami sebab kedai baru tu tutup pukul 6.30 ptg. Maka secara automatik terlintas nak makan di Junction@11 ni. Kat sini ada banyak kedai. Antara tempat favourite kami ialah di Port Bujang.

Hotdog daging kaw berharga RM8.00 saja. Memang kaw rasanya. Macam makan coney dog A&W. Syafi pun suka juga sebab tak pedas.



Grilled chicken chop berharga RM11. Boleh tahan juga rasanya yang sedap untuk tekak Syafi memang kenalah. Gambar chicken chop ni tanpa kuah sebab kuahnya kami minta asing. Faham-faham saje lah anak bujang mama tu kan..

Air ni beli kat gerai lain, Lemonade yang menyegarkan.. yummy!


Kat sini menu yang dijual memang western. So far mama dan family suka makan kat sini. Kena dengan tekak kami anak-beranak. So, kalau korang nak makan kat Port Bujang Junction@11 bolehlah ikut alamat di bawah ni ye

Port Bujang Junction@11
Jalan Wau 11/1, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 6 petang ke 12 pagi.




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. memang sesuai sgt namanya port bujang ngn menu tu... nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. grill chicken tu rm11 jeeee. fuhhhh harga berbaloiii. nampak sedapnyaaaaaaaaaaaa. lapoo belum lunch lagi. haha

    ReplyDelete
  3. alaaa apa ni mamaaaaa. terliur den nengoknyaaa memalam nii hahaha

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu Adda, boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. klu nengok pd menu2 tuh mmg menggoda dan mengiurkan kkak

    ReplyDelete
  6. chiken chop tu sangat mengoda, lapar pulak tiba-tiba he he he

    ReplyDelete
  7. Menu 1st tu tgk hotdog dh mcm kt a&w..yummy

    ReplyDelete
  8. Western food, I loike :)
    Harga pun boleh tahan, masuk dlm list! Hehe

    ReplyDelete
  9. Sebijik mcm a&w kak. Besar. Harga pun murah sgt dah tu.

    ReplyDelete
  10. laaa...menarik dah tu..sekali kat S/Alam daaa..kita kat Kay Ell..hehe

    ReplyDelete
  11. sesekali makan western memang sedap.
    then, ending dgn air limau gojes tu.
    wow! memang akan cut off semua lemak lemak makanan tadi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post