Makan Nasi Kandar Di Makan Channel

Sabtu pagi yakni semalam mama dikejutkan dengan panggilan Dari CICU PPUM. Masa Tu mama tengah get ready untuk pergi kerja. Sambil Tu Minta dengan bos nak masuk lambat sikit sebab nak bawa Syafi pergi klinik. Musim tak menentu ni memang senang lah dia diserang asma. Disebabkan call itu maka Kami anak beranak terus berkejar ke PPUM tanpa sempat sarapan. Akhirnya semalam secara tak sengaja Kami Makan Nasi Kandar Di Makan Channel Yang terletak Di Petaling Jaya. Tak tau nak pergi makan kat mana agaknya jodoh nak Makan Nasi Kandar Di Makan Channel.

Masa Tu dah hampir pukul 11 pagi. Selepas menguruskan pembelian ubat Di PharmaUUMC Dan sambil tunggu ubat Tu habis IV Dalam badan tok Mat Kami Kami Yang kelaparan ni cabut sekejap cari makanan. Sebab Kami kena datang balik untuk bagi consent buat CT scan tok Mat nanti. So, kenalah Cari makan area dekat2 situ je. Kebetulan dapat parking betul2 depan Makan Channel Dan bila tengok kedai Yang nampak proper Dan kemas maka Kami pun decide makan Kan sini. Mula-mula takut juga Rasa nak singgah sebab masa Tu cuma Ada 1 je customer. Manalah tau Mahal Kan sebab takde ramai customer macam kedai lain, tapi rupanya harga standard je kat sini. Selepas Kami makan baru nampak Ada orang datang makan. Agaknya Kami datang awal sangat kut.

Menu Yang Kami ambil...

Menu untuk mama tentulah Yang banjir Dan berwarna warni. Sedap u ols memang tak mengecewakan tekak mama ni. Malas nak makan Saturday lain mama kutip kentang Dan teringin je Dalam Kari 

Menu untuk ayah Syafi Pula mesti Ada Sayur peria goreng tepung ni. Inilah Sayur favourite dia kalau makan nasi. Mama Rasa kedai ni adalah kedai melayu sebab pekerja semua melayu Dan Kari dia bukan Rasa macam kari mamak. Nasi kandar melayu mungkin

Menu untuk Syafi semestinya ayam goreng upin ipin. Dimakan bersama letak Dan suun goreng Tu. Memang sedap

Nampak menyelerakan sangat ayam goreng ni kan

Antara menu Yang siap selepas Kami habis makan.. haha Tu laa sapa suruh datang awal sangat. Orang pun belum siap masak lagi.

Antara lauk lain Yang Ada. 

Pemandangan span kedai. Cantik kedainya.

Overall mama recommend korang kalau nak makan kat sini. Makanan Yang sedap Dan rasanya Ada juga makanan goreng2 dijual Di sini. Kalau lepas ni tak tau nak makan kat mana, bolehlah mama singgah makan Yang goreng2 Pula.

Kepada korang Yang nak merasa makan kat sini, boleh ikut alamat Di bawah ye

Makan Channel
18, Jalan 14/14, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor

Dibuka setiap hari Dari 7 pagi hingga 12 tengah malam




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Kat tempat kak susah nak dapat nasi kandar original. Kalau nak puas makan kena balik kampung la jawabnya.

    ReplyDelete
  2. santap saja makanannya
    biar kenyang

    ReplyDelete
  3. menyelerakan nampak ayam grg tu kak, pastu menu syr tu pun lahai nampak geram

    ReplyDelete
  4. lamak tak makan nasi kandar, sedapnya walaupun lauknye simple2 je kan

    ReplyDelete
  5. menyelerakan sungguhhhhh!dah lama tak pekena!

    ReplyDelete
  6. Alaaaaaa...apesal la tengok ayam goreng tu time2 ni....terus lapar perut akak padahal akak tgh diet nasi ni

    ReplyDelete
  7. sedapnye.. makin sedap kalo makannya bersama dengan keluarga

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis mamapipie.

    Jalan jalan nasi kandar

    ReplyDelete
  9. sedapnya nasi kandar. makan pulak aaym madu. perghhh

    ReplyDelete
  10. tengok menu2 ni time lapar skrg..mmg berkeroncong laju je perut..hehe

    ReplyDelete
  11. Nasi kandar ni kalau pekena dengan kuah campur pun sedap jugak kan mamapp ..? Ayam goreng dia nampak tempting sungguh.

    ReplyDelete
  12. Lama tak makan nasi kandsr. Tengok akak share terliur saya..ermmm

    ReplyDelete
  13. nasi kandar adalah makanan sedap.
    menarik.
    kenyang.
    aida jarang makan tau.
    tapi bila craving, terus ajak mr.asben gi.
    abis sepinggan!!!

    ReplyDelete
  14. Sedapnya Adda, Kak Sue pun suka sayur peria macam tu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post