Kami anak beranak ni memang penggemar makanan western. Acah-acah mat saleh la konon haha.. Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto ni mama dapat dari kawan mama. Tak tahan lah tengok dia selalu buat dan nampak sedap sangat. Rupanya mudah aje nak buat Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto ni. So, mama letak sini untuk koleksi mama ye.
Buat pengetahuan korang pesto ni adalah sos yang berasal dari Genoa, Liguria Italy. Ia di buat dari campuran basil, olive oil, bawang putih dan pine nuts. Tapi mama guna cara senang aje iaitu guna paste ready made je beli kat supermarket haha.. sebab tu lah mudah haha.. Kalau nak buat sendiri pun boleh sebenarnya kerana teramatlah mudah. Boleh tengok resepi di bawah sekali post ni.
Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto |
Jom kita tengok macam mana nak buat Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto.
Spagetti (direbus sehingga lembut, di tos dan di gaul dengan olive oil)
3 ulas Bawang putih - dicincang
Segenggam Tomato cherry (dibelah 2)
3 sudu Pesto brand Agnesi (kalau nak guna brand lain pun takde masalah) - lagi banyak lagi sedap
Kupang - rebus dulu sehingga masak
Isi ayam - di gaul dengan sedikit garam dan pepper dan digrill asing
Keju parmesan
Sedikit garam
Cara Buat:
1. Tumis bawang putih yang dicincang dengan olive oil.
2. Masukkn tomato cherry yang dibelah dua beserta kupang yang telah direbus. Boleh juga letak udang, etc ikut mana yang korang suka.
3. Masukkn pesto dan spagetti, kacau sehingga rata dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga keju cair dan melekat di spagetti.
5. Siap.
Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto
Bahan-bahan (3 orang makan):Spagetti (direbus sehingga lembut, di tos dan di gaul dengan olive oil)
3 ulas Bawang putih - dicincang
Segenggam Tomato cherry (dibelah 2)
3 sudu Pesto brand Agnesi (kalau nak guna brand lain pun takde masalah) - lagi banyak lagi sedap
Kupang - rebus dulu sehingga masak
Isi ayam - di gaul dengan sedikit garam dan pepper dan digrill asing
Keju parmesan
Sedikit garam
Cara Buat:
1. Tumis bawang putih yang dicincang dengan olive oil.
2. Masukkn tomato cherry yang dibelah dua beserta kupang yang telah direbus. Boleh juga letak udang, etc ikut mana yang korang suka.
3. Masukkn pesto dan spagetti, kacau sehingga rata dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga keju cair dan melekat di spagetti.
5. Siap.
Haa.. mudah aje kan.. cubalah. Mama guna Pesto ready made brand agnesi. Refer gambar di bawah.
Pesto ready made brand agnesi
Kalau nak buat paste Pesto sendiri pun boleh tau.
Resepi Pesto buatan sendiri
Caranya:
- Campurkan daun basil, bawang putih, pine nuts (kalau korang jumpa laa) dan keju Parmesan dalam food processor (blender pun boleh).
- Letak sedikit garam dan pepper secukup rasa.
- Masukkan olive oil dan blender sehingga hancur.
- Simpan paste ini dalam bekas kedap udara dan bolehlah disimpan dalam peti ais. (guna dalam masa seminggu)
- Siap!
Tags
Resepi
mak suka pasta. tapi tak pernah guna pesto agnesi ni. sedap tak? kat mana beli?
ReplyDeleteKat supermarket Ada jual mak
Deletetak pernah guna pesto agnesi. Kalau teringin makan oder kedai jew sekali sekala
ReplyDeletetakpernah jumpa lagi pesto agnesi ni, nampak senang je eh masak dengan sos pesto ni
ReplyDeleteAlahai sedapnya nampak. Lapar terus perut ana ni haa.
ReplyDeleteanak2 punya menu ni pasta..bule cuba resipi ni pulak nanti..
ReplyDeleteIbu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis mamapipie.
ReplyDeleteWah sedapnya spagetti masak sendiri.
Sedapnyaaa. Boleh try jugak nanti :)
ReplyDeleteaduuhhaii sedap nye.. ^^
ReplyDeleteSedapnya...saya ni...kadang2 beli hat prego je 🙈
ReplyDeleteWahhh menyelerakan... ape rse yg ni erk mamapip. xpenah try.. nampak mcm aglio olio erk tp bukan. hehehehhe suka spaghetti ni tau
ReplyDeleteWahh tak caya semudah itu je caranya, 5 cara sahaja.. Thanks for sharing this recipe
ReplyDeleteAlaaa..terus rasa nak makan pasta...kat umah ada sos bolognese je..
ReplyDeleteSedapnya Adda, kat rumah nie pun anak-anak Kak Sue suka makan pasta. Boleh cuba nanti..
ReplyDeletesedappppnya
ReplyDeletetq for sharing.
ReplyDeleteaida tak pernah guna pesto ni.
maintain aje dgn bolonis.
boleh try berdasarkan entry mamapp ni.
Selalu masak spaghethi bolognese ja kak dgn carbonara. Yg ni xpenah cuba lagi. Nak cuba lah nnti. Tq kak share resepi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete