Thistle Port Dickson Promotion Deal

Port Dickson adalah salah satu tempat pilihan kami sekeluarga untuk bercuti. Ini kerana selain dari pantai untuk mandi-manda, terdapat banyak kedai makan dan tempat menarik di sekitar Port Dickson. Begitu juga dengan tempat penginapan di situ. Banyak pilihan terbaik dan kita hanya perlu pilih mengikut kesesuaian dan bajet kita sahaja. Salah satunya adalah Thistle Port Dickson Resort. Yang menariknya terdapat Thistle Port Dickson Promotion Deal yang membolehkan kita mendapat penginapan selesa di Thistle dengan berbaloi-baloi. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Thistle Port Dickson Promotion Deal boleh klik link di atas ni..

Baca cerita Port Dickson lagi di sini

Thistle Port Dickson Promotion Deal

Cantik kan Thistle Port Dickson ni. Ada swimming pool dan private beach. Boleh pilih nak mandi di swimming pool or pantai yang berpasir..


Sebelum tu mama nak cerita dulu tentang tempat menarik di Port Dickson. Antaranya juga tempat yang wajib kami singgah bila lalu ke situ. Syafi memang suka sangat kalau pergi ke Port Dickson. Jom kita lihat antara tarikan di Port Dickson.

Pantai Teluk Kemang 

Terdapat beberapa pantai yang sesuai untuk beriadah dan mandi mandi di Port Dickson. Salah satunya adalah Pantai Teluk Kemang. Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan paling popular di Port Dickson. Di sepanjang pantai Teluk Kemang memang banyak penginapan seperti hotel, resort dan apartment. Kedai makan juga banyak di sepanjang jalan Teluk Kemang. Memang convenient dan memenuhi keperluan kita sewaktu bercuti.

Cantik kan Teluk Kemang. Seronok sangat berbarbeque sambil menikmati sunset di Pantai Teluk Kemang.

Menariknya, terdapat juga aktiviti menarik di Pantai Teluk Kemang seperti Jet Ski, Banana Boat dan macam-macam lagi. Senang kata, memang happening bila ke sini. Selain dari Pantai Teluk Kemang, terdapat juga pantai lain seperti Blue Lagoon, Tanjung Tuan, Pantai Saujana, dan Tanjung Gemuk di Port Dickson ini.

Ostrich Farm


 Gambar kredit to pd.com.my

Ostrich Farm adalah lokasi yang sesuai dikunjungi oleh semua orang terutama keluarga yang ada anak-anak yang sedang membesar. Kerana di sini terdapat banyak binatang selain burung ostrich/ burung unta seperti arnab, iguana, burung merak, ikan, landak dan banyak lagi binatang. Tentu kanak-kanak suka ke sini kerana pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta juga di sini.

 Gambar kredit to pd.com.my

Lokasi Ostrich Farm terletak di Batu 9, Jalan Pantai berdekatan dengan PoliTeknik Port Dickson.

Muzium Tentera

Ini adalah tempat favourite Syafi. Memang dia sangat suka ke sini. Pertama kali ke sini semasa dia berusia 5 tahun. Semasa tu memang dia minat sangat dengan tentera. Sehingga sekarang kami dah pergi ke Muzium Tentera sebanyak 3 kali tau. Di sini kita boleh pelajari mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera Negara kita serta mengenal pejuang negara yang berjuang mempertahankan kemerdekaan negara kita..

Gambar kredit to pd.com.my

Sangat berbaloi jika ke sini kerana yuran masuk adalah PERCUMA. Terdapat 9 galeri berbeza yang membawa kita ke zaman penjajahan Portugis, Jepun hingga ke zaman penjajahan British. Disamping itu, kita dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium. Banyak sangat koleksi di luar muzium ini dan kita bebas mengambil gambat di keretapi, trak askar, atau kapal terbang tentera di situ.

Syafi Dan kereta kebal berpisah tiada. Semua kereta kebal, keretapi Dan kapal terbang Di explorenya semasa Di Muzium Tentera ini.


Kedai Makan Cowboy Place

Seperti yang mama beritahu sebelum ini, makanan tidak menjadi masalah jika kita ke Port Dickson. Antara tempat yang mama suka singgah ialah Cowboy Place. Selain dari makanannya yang sedap dan murah, pemandangan dalam kedai ni juga sangat best kerana bersuasana seperti di dalam zaman koboi. Nasi kukus dengan ayam bakar yang dimasak dengan kayu arang memang sedap dan dihidangkan pula dengan sos istimewa yang lazat.

Credit pic to tripadvisor

Kalau nak cari Cowboy Place boleh ke alamat berikut:
Lot 1360 6 Jalan Pantai.

Muzium Lukut

Selain dari tempat di atas, kita boleh juga pergi ke Muzium Lukut. Seperti Muzium Tentera, Muzium Lukut juga tidak mengenakan sebarang bayaran. FREE aje tau. Di sini terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Di sini, kita boleh melihat pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut.

Gambar kredit to pd.com.my

Sesiapa yang ingin ke Muzium Lukut boleh ikut alamat ini:
Batu 4, Jalan Seremban - Port Dickson.

Rumah Api Tanjung Tuan

Sumber mpag.gov.my

Kalau korang nak tau, Rumah api Tanjung Tuan yang dikelilingi hutan simpan ini telah di bina oleh Belanda pada tahun 1817 dan merupakan rumah api yang tertua di Malaysia. Landscape di sini sangat cantik dengat panorama flora dan faunanya. Terdapat lebih dari 54 spesis burung dan merupakan tempat persinggahan kira-kira 300,000 burung setiap tahun di hutan simpan itu. Lebih menarik lagi, di sini kita boleh melihat sempadan laut Sumatera yang merentasi Selat Melaka tau. Kepada peminat alam semulajadi dan peminat burung mesti suka ke sini.

Senang saja kalau ingin ke Rumah Api Tanjung kerana ia berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson.

Tempat Penginapan

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Port Dickson, tentu sekali kita inginkan tempat bermalam bagi merehatkan diri setelah puas berjalan-jalan disiang hari. Tentu sekali tempat yang menjadi pilihan adalah tempat yang selesa, banyak kemudahan, mempunyai pemandangan yang mendamaikan dan tentu sekali berbaloi harganya. Di sini, mama nak syorkan  Thistle Port Dickson.



Thistle Port Dickson

Bertempat di KM16 Jalan Pantai , Teluk Kemang Port Dickson, tentu sekali lokasi Thistle Port Dickson adalah amat strategik kerana berdekatan dengan tarikan di Port Dickson seperti yang mama ceritakan di atas. Menariknya Thistle Port Dickson kerana ia mempunyai kolam renang dan private beach sepanjang 3 km. Jadi, kita tak payah bersesak dengan orang luar jika ika berehat dan mandi manda atau bermain istana pasir. Sangat convenient, bukan?


Bilik yang menepati standard internasional. Luas, bersih dan kemas

Bilik di sini boleh juga di tempah sebagai pakej berbulan madu. Tentu ceria dan romantik dengan pakej ini kan.

Hotel ini sangat besar kerana menempatkan 251 bilik dengan kemudahan bertaraf antarabangsa antaranya wi-fi, spa, restoran, kolam renang kanak-kanak, Lego room dan 9-hole Golf Course. Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Kalau nak buat majlis kahwin di sini pun boleh.

Boleh buat perkahwinan secara garden wedding 

Juga, boleh buat di dalam dewan. Luas dan selesa dewannya kan.

Sangat berbaloi menginap Di Thistle Port Dickson, Kan? So kepada sesiapa Yang ingin mendapatkan Thistle Port Dickson Promotion Deal Yang hebat maka silalah klik link Di perenggan pertama post mama ni. Jom cuti-cuti Port Dickson!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. menarik juga hotel ni kak. next time boleh lah try stay dekat sini pula bila ke PD.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis mamapipie. Ibu pernah menginap di sini 10 tahun lepas. Ok lah

    ReplyDelete
  3. Hihii bestnye lama x g pd.. Hotel ni pun cantik..

    ReplyDelete
  4. takpernah sampai pd lagi. aduh teringin nakpi

    ReplyDelete
  5. mmg best n sesuai betul utk menginap situ, cumanya jgn pg time cuti skeolah atau cuti umum mmg penuh... jln2 kt area PD pun bizi

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kalau dapat bercuti kt Thistle ni..

    ReplyDelete
  7. Thistle Port Dickson nih memang popular

    ReplyDelete
  8. dulu dah pegi sini...layanan mmg 5 star laa....nak pegi lagi la nnt..

    ReplyDelete
  9. banyak kali ke PD tapi tak tahu pulak PD ada beberapa muzium

    ReplyDelete
  10. Thistle hotel yang sangat selesa bagi mereka yang mampu.

    ReplyDelete
  11. wahh yang kedai makan cowboy place tu macam best je! :D

    ReplyDelete
  12. Wah menarik jugak tempat ni akak kan. Tq for sharing kak.

    ReplyDelete
  13. cantik gak,ada duit duit boleh la pergi nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post