7 Tanda Hati Sudah Mati

Salam hari Jumaat Semua. Mari baca sama-sama 7 Tanda Hati Sudah Mati sebagai ilmu dan peringatan untuk diri kita hari ini. Hati kita sangat unik kerana ia berhubungan terus dengan pencipta kita. Kerana itu, kita perlu menjaga hati kita sebaiknya dan jangan dibiarkan ia mati begitu saja.. Apa itu 7 Tanda Hati Sudah Mati? Mari kita baca sama-sama. Semoga kita saling ingat-mengingatkan.



1. Berani Meninggalkan Sembahyang.

Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.

2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa

Firman Allah :
‎كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)

3. Jauh Dari Al-Quran

Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.

Firman Allah :
‎أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)

4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama

Firman Allah :
‎أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Mereka itulah orang-orang yang hati mereka,  telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” (An-Nahl : 108)

5. Hidupnya Hanyalah Membuat Sangkaan Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang

Firman Allah :
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)

6. Tidak Suka Mendengar Nasihat

Firman Allah :
‎وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)

7.Tidak Takut Dengan Mati dan Azab Kubur

Firman Allah :
‎وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah  : 12)


(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Thx for sharing this. Semoga kita dpt menghayati bln Ramadhan ini dan mendekatkan diri kpd Allah

    ReplyDelete
  2. takut pulak, bila baca entri akk ni hehehe. Dosa saya banyak ni :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah memelihara dan menjaga hati kita ye kak. InsyAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Mama ucapkan kepada sis mamapipie.

    Jagalah hati semoga hidup, subur dengan bunga iman

    ReplyDelete
  5. Semoga kita diberi taufik dan hidayah.

    ReplyDelete
  6. kadang2 ada jugak tanda2 macam ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian mama pada saya.. Semoga kita semua takde sifat-sifat sebegini tapi mempunyai sifat-sifat ketaqwaan dan menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah..

    ReplyDelete
  8. thnk you for sharing and the reminder mama

    ReplyDelete
  9. kalau dinasehati selalu saja marah
    itu ciri yang terlihat pada diri

    ReplyDelete
  10. nauzubillah.. semoga jauhla kita dari memasuki golongan ini..

    ReplyDelete
  11. Nauzubillah.. Semoga kita tidak terglong dalam golongan ini..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post