Hari ini genaplah 6 Hari pemergian Tok Mat Syafi ke rahmatullah. Semoga rohnya Dan roh Nenek Milah juga dikalangan kesayangan Allah. Semoga Allah menjaga mereka sebaiknya dan kurniakan nikmat kubur buat mereka. Moga syurga buatmu Tok Mat Dan Nenek Milah. Pemergian Yang tiada galang gantinya. Semoga Kami adik beradik tabah mengharungi hidup tanpa mereka. Ini adalah entry Yang berhari2 Dalam draf. Setiap Kali nak tulis mesti mengalir air Mata ni.
Walau apapun alhamdulillah semuanya telah selesai. Dari pengurusan jenazah, urusan van jenazah, pengebumian Dan Majlis tahlil telahpun selamat Di buat. Syukur sangat2 kerana kubur tok Mat Dan Nenek Milah berhampiran saja. Maka senang lah Kami nak menziarah.
Saudara mara Dan jiran banyak sangat membantu urusan pengebumian. Kebetulan urusan memang nak disegerakan kerana orang2 kampung nak pergi mengundi Hari Tu. Kubur ni adalah kubur nenek Milah
Sebenarnya dah 2 minggu doktor dah beritahu keadaan tok Mat memang sudah tenat. Dan 2 Kali family conference dibuat dengan Kami. Last sekali doktor beritahu keadaan tokmat mama dapat lihat mengalir air Mata dia walaupun semasa itu dia x sedar. Sejak 2 Bulan operation penukaran injap jantung memang bermacam komplikasi Yang dihadapi. Memang sedih sebab tok Mat sihat Dan ceria sebelum operation. Siapa sangka ini akhirnya. Walau apapun Kami Terima qada Dan qadar Allah ini.
Sesuatu yang menenangkan hati mama kerana 2 jam sebelum tok Mat meninggal pihak syarikat mama telah mengadakan solat hajat buat tok Mat. Kerana itu mama yakin urusan tok mat juga dipermudahkan. Terima kasih karangkraf.
Perginya tok Mat langsung tidak menyusahkan semua orang. Sejak operation dia dijaga Di CICU PPUM Dan kemudian berpindah ke ICU PPUM. Kami Cuma boleh melawat time Yang ditentukan saja. Selebihnya nurse Dan Doktor Yang jaga. Tukar pampers sekali pun Kami tak pernah buat. Meninggalnya Pula sehari sebelum PRU14. Maka anak2 tak perlu Minta cuti kerana cuti Yang diberi kerajaan dah membolehkan Kami cuti panjang. Dari segi duit pun tiada masalah Dan arwah sudah keluarkan beberapa ribu utk selesaikan urusan.
Urusan mandikan jenazah dibuat Di PPUM. Memandangkan adik mama staff nurse Sana maka urusan jenazah adalah free.
Cuma van jenazah saja Yang perlu dibayar. Itu pun tak banyak. Alhamdulillah semuanya menjadi mudah. Inilah kenderaan terakhirnya.
Tok mat akan sentiasa menjadi kesayangan Kami. Even menantu2 pun sgt sayang pada Tok Mat sampaikan menantu no 2 tak sanggup nak lihat jenazah sebelum dikebumikan. Syafi pun Terasa sedih bila Tok Mat tiada Dan dia pun turut menangis bila dapat Khabar sedih itu. Selepas nenek Milah meninggal memang tok Mat sangat rajin follow anak2 berjalan Dan enjoy pergi makan2 dengan Kami anak beranak. Even masa pergi Legoland last year pun dia sanggup ikut mama walaupun condition jantung dia tak berapa ok.
Sangat sporting Dan suka melayan cucu.
Semoga tenang Di Sana Ahmad bin Abdul Kadir Dan Jamilah binti Abu Bakar
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka, kasihanilah mereka, lindungilah mereka dan maafkanlah mereka, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah mereka dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah mereka ke dalam syurga-Mu dan lindungilah mereka dari siksa kubur atau siksa api neraka.
Wahai Allah berikanlah ampun, kami yang masih hidup dan kami yang telah meninggal dunia, kami yang hadir, kami yang ghaib, kami yang kecil-kecil kami yang dewasa, kami yang pria maupun wanita. Wahai Allah, siapapun yang Engkau hidupkan dari kami, maka hidupkanlah dalam keadaan iman. Wahai Allah janganlah Engkau menghalangi kami, akan pahala beramal kepadanya dan janganlah Engkau menyesatkan kami sepeninggal dia dengan mendapat rahmat-Mu wahai Tuhan lebih belas kasihan. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tags
Unwanted Event
Takziah mama & keluarga. Moga diberi kesabaran & kekuatan melalui detik sukar ni.
ReplyDeleteDOA PH moga arwah keduanya ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin.
Innalillahiwainnaillahirojiun..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..AlFatihah
ReplyDeleteSemoga semua tabah dan bersabar ya
Tahziah buat keluarga. Al fatihah buat arwah, smoga ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin
ReplyDeleteAl Fatihah.Takziah akak sekeluarga...Ramadhan yang sudah sangat dekat....moga ingatan pada arwah bertambah erat...sentiasa.Amin.
ReplyDeleteإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
ReplyDeleteبِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
Salam takziah kepada mama sekeluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..
Takziah Adda dan family, ALFATIHAH
ReplyDeletesedih baca ni mama. Takziah untuk mama dan keluarga
ReplyDeleteSalam Ramadhan mamapipie..
ReplyDeleteAl-Fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Takziah kepada mamapipie & keluarga.
Takziah Adda dan keluarga..
ReplyDeleteTakziah kak..
ReplyDelete