Jualan Riang Ria Raya Lazada 2018 Yang Best dan Berbaloi-baloi. Alhamdulillah hari ini kita sudah pun berada di hari ke 15 bulan Ramadhan. Dalam kesibukan beribadah mama lihat ramai juga yang dah mula bershopping untuk persiapan menyambut hari raya. Mama pula belum beli apa-apa lagi cuma baru tempah 3-4 jenis biskut raya yang selalu mama beli yang confirm sedap. Untuk pakaian dan barang lain memang tak prepare apa pun lagi. Biasanya mama tunggu ada Sale yang best macam yang akan berlangsung Jualan Riang Ria Raya Lazada 2018 yang best dan berbaloi-baloi ni. Mesti untung beli masa sale macam ni.
Mama dah usha dah Jualan Riang Ria Raya Lazada 2018 tahun ni memang best sangat dan berbaloi-baloi.
Sejarah mama dan Lazada
Sebenarnya Lazada dan mama memang tak boleh dipisahkan. Lazada lah yang mengajar mama berbelanja online. Kalau dulu mama sangat skeptikal dengan pembelian online. Walaupun mama ni pelajar jurusan IT tapi mama sangat was-was dengan pembelian online sehinggalah mama try membeli di Lazada 5-6 tahun lepas. Sejak tu memang non stop lah mama membeli. Dari tablet, handphone ke air fryer sampai ke mesin basuh dan tilam pun mama pernah beli tau hihii.. Masa adik mama kahwin dulu pun mama pos aje hadiah dia ke rumah melalui pembelian di Lazada.
Perkara yang mama suka tentang Lazada ialah kebanyakannya shipping free dan boleh dipercayai. Sebenarnya ada beberapa tips kalau nak pembelian yang berjaya melalui Lazada. Mungkin mama boleh share dalam post lain nanti. Sekarang ni mama selalu jadi konsultan tak bertauliah kawan-kawan dan officemate sebelum mereka membeli apa-apa melalui Lazada hihi..
Jualan Riang Ria Raya Lazada 2018
Nak bagitau ni, mulai 1 Jun 2018 yakni esok akan bermula jualan besar-besaran dari Lazada tau. Jualan Riang Ria Raya akan bermula pada 1 Jun sehingga 4 Jun 2018, 4 hari je u ols. So, jangan lepaskan peluang untuk bershopping dengan harga yang murah. Boleh ke link ni untuk tau lebih lanjut tentang Jualan Riang Ria Lazada https://www.lazada.com.my/wow/i/my/MYCampaign/riang-ria-raya-shakin-deals/. Antara cara untuk mendapat keuntungan yang lebih melalui Jualan Lazada ni mama senaraikan seperti di bawah
600 baucer ditawarkan
Tentu sekali boleh beli dengan harga yang lebih murah dengan baucer kan. Sehingga 600 baucer ditawarkan sempena jualan ni tau. Boleh lah start usha barangan yang menjadi pilihan dihati. Mana tau ada baucer menarik menanti. Ni ayah Syafi sedang nak beli handphone. Mama pun tengah tunggu esok untuk check harga hp tu kat Lazada. Yang menariknya, baucer berbuka puasa pun ada tau.600 Flash Deal
Kaedah ni mama suka sangat sebab Flash Sale ni memang selalunya harga akan turun sehingga 90% tau. So, kepada yang nak grab harga murah-murah bolehlah sentiasa visit laman web atau app Lazada untuk melihat Flash Sale.
Duit Raya Shakin' Deal
Dah lah harga dah murah, kita berpeluang lagi untuk memenangi baucer diskaun sehingga RM50 dari Lazada Melalui permainan Duit Raya Shakin' Deal. Buat pengetahuan korang, walaupun Jualan Riang Ria Raya akan bermula esok, tapi sebenarnya kita dah boleh cuba main game Duit Raya Shakin' Deal melalui app Lazada.
Addicted dengan Duit Raya Shakin' Deals
Kalau korang nak tau, mama dah addicted dengan game ni. Dan mama dah
berjaya mendapat 2 keping baucer diskaun. Sangat berbaloi kan. Boleh buat shoping 1-4 June nanti.
Baucer yang mama menang. RM18 tuh!
Kalau
korang nak menang baucer diskaun macam mama senang aje, cuma ikuti
langkah-langkah di bawah;
1 - Download and log in app Lazada ke handphone.
2 - Kekal di laman web Lazada (front page)
3 - Goncang handphone bila dah masuk pukul 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam.
Memang agak pelik orang yang melihat kita menggoncang. Macam ayah Syafi dah mula tegur mama pagi tadi, "buat apa tu?".. Tapi ignore kan aje lah nak menang baucer punya pasal kan hihi.. Boleh goncang setiap hari. Rasa rugi pula sebab sebenarnya aktiviti menggoncang ni dah bermula dari 22 May hingga 4 Jun 2018. Kita akan diberi 5 kali percubaan setiap kali waktu menggoncang sampai. Kalau nak baca lebih lanjut tentang Duit Raya Shakin' Deal bolehlah ke link ini https://www.lazada.com.my/wow/i/my/MYCampaign/riang-ria-raya-shakin-deals-mega?hybrid=1.
Korang jangan lepaskan peluang untuk bershopping di Jualan Riang Ria Raya Lazada 2018 yang tersangat best dan berbaloi-baloi ni tau. Sambil-sambil tu jom kita layan video Lazada Riang Ria ni.
Sweet sangat tengok video ni. Jom layan..
Selamat bershopping!
time raya ni godaan shopping banyaak sungguh hehe..
ReplyDeleteaku pun dah mula download dan goncang2 hahaha
ReplyDeleteyayyyy.....yg di tunggu2 ni mama
ReplyDeleteWah..ngat shopee je ada shake shake ni. Nk join nt. Tq kak adda
ReplyDeleteNak raya nie macam-macam tawaran menarik kan Adda. Lazada pun tak terkecuali.. jom kita shake-shake.. 😉
ReplyDeleteWah menariknya tawaran Lazada Riang Raya ni kak. Nak cuba shake-shake juga lah. Mana tau ada rezeki kan.
ReplyDeleteSalam ramadhan dari mamapp, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.
ReplyDeleteBanyak promosi masa bulan puasa ni
Menarik tawaran yang lazada buat kali nih. Saya dah try shake shake tapi takde rezeki dapat baucer.
ReplyDeleteSelamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Dalam berbelanja elok bandingkan harga kan
ReplyDeleteTang goncang tu tak dan lagi.. Asyik terlepas je.. Haha
ReplyDeleteAssalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu. Hujung minggu boleh shopping
ReplyDeleteGood Morning, Mama singgah blogwalking sis. Lazada banyak offer setiap hari. tak tunggu raya pun
ReplyDeletebanyak betul dugaan shopping online ni. hihihi
ReplyDeletehi hi hi seronoklah shake-shake n win... nak jugalah try nanti
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana mama telah terpilih sbg pemenang ketiga cabaran pengomen tegar blog saya. Utk makluman lanjut ttg cara nak tuntut hadiah, sila layari:
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2018/06/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html
Terima kasih.
Selamat pagi sabtu Ibu ucapkan pada sis mamapp. Rezeki ramadhan untuk anak anak
ReplyDeleteVideo ni saya tak dpt bukak. Eifi slow kot.
ReplyDeletelazada best
ReplyDeletebelanja saja di sana
Memang berbaloi-baloi..
ReplyDeleteaida takut takut nak klik masuk lazada ha ha ha ha...
ReplyDeletetakut tershopping!