Resepi Siakap Masak Stim Halia

Harini mama nak masukkan pula Resepi Siakap Masak Stim Halia pula ke dalam koleksi mama. Ikan Siakap masak stim ni memang sesuai di makan ketika berbuka kerana menu ni menyelerakan bagi orang berpuasa. Bila dah beberapa hari berpuasa dah takde mood dan takde idea nak makan apa. So, masak manu ni simple dan menyelerakan. Jom tengok Resepi Siakap Masak Stim Halia.Lebih mudak kalau guna periuk ajaib mama tu..

Resepi Siakap Masak Stim Halia

 Gambar kredit to majalah Rasa

Resepi Siakap Masak Stim Halia







Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji capsicum
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala (capsicum) ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

(sumber dari whatsapp group)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Menu yang nampak sedap lebih2 lagi di bulan puasa nie.. hihihi

    ReplyDelete
  2. feveret ccl ni , bru 2 hari lepas berbuka dgn menu ni

    ReplyDelete
  3. sedapnyer mama...nk bt lah ptg ni..

    ReplyDelete
  4. lama gila tak makan ikan siakap.

    ReplyDelete
  5. Mudah, sedap dan berkhasiat. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  6. sedap masak cam ni... lagi berselera kalau buka puasa...

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan mamapipie..
    Alahai sedap sungguh ikan siakap stim, resepi pun simple..
    Memang sesuai sebagai menu bulan puasa..

    ReplyDelete
  8. sedapnya siakap stim halia ni kak

    ReplyDelete
  9. sedap sedap kiteeee suka. stim limau ke halia ke semua kite suka =D

    ReplyDelete
  10. Sedap.. sedap.. suka siakap stim halia nie..

    ReplyDelete
  11. aida ari tu beli sekor siakap.
    memang nak buat stim halia.
    sedap nyer lah.
    tapi, pengukus bocor plak, mamapp.
    siakap tu dijadikan asam pedas aje :) hi hi hi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post