Resepi Daging Masak Black Pepper

Antara masakan favourite mama iaitu Daging masak black pepper. Walau pun mama mengurangkan menu daging lembu dalam makanan tetapi sekali sekali ada juga masak masakan berdaging. Kalau boleh, korang pun kena kurangkan makanan yang berasaskan daging merah seperti daging lembu kerana ia berisiko mendapat penyakit kanser. Kat sini mama nak share Resepi Daging Masak Black Pepper. Mama suka sebab ianya sedap. Terasa pedas dan manis. Lagi sedap kalau daging tu lembut. Kalau daging liat tak syok juga nak makan. Jom tengok Resepi Daging Masak Black Pepper.

Resepi Daging Masak Black Pepper
Gambar kredit to lamanresepi.com

Resepi Daging Masak Black Pepper

Bahan-bahan

- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak dan goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan. Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan daging terendam di dalam minyak (deep fried) dan guna api yang sederhana besar semasa menggoreng.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak dan tumis bawang putih dan cili merah.
3. Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Kacau sebentar dan masukkan daging yang digoreng tadi.
4. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padamkan api dan hidangkan.

Mudah saja kan.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. teknik menggoreng daging perlu tepat supaya tidak terlalu garing..jika kawalan api berjaya...memang jadi terbaik la..

    proses keduanya...perisa dan perasa..

    cukup rasa memang sedap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mrhanafi.. mesti mrhanafi pandai masak ni

      Delete
  2. Yummy. Sodapnya. Lepas makanan raya seminggu dua ni dapat lauk ni dengan nasi panas memang mengancam habis

    ReplyDelete
  3. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis mamapipi makin rajin masak untuk menjamu tetamu. Sedap betul makan black pepper sos.

    ReplyDelete
  4. aduhhh kecur air liur ni... sedapnya

    ReplyDelete
  5. favourite abe kie ni. tp skrg dah jrg2 makan daging sbb harganya mahal.

    ReplyDelete
  6. Sedapnye.
    Apatah lagi kalau guna daging fresh lembu muda.

    ReplyDelete
  7. Guna daging fresh memang sedaplah.. tetibe nak cari daging la pula..

    ReplyDelete
  8. aduhai. sedap nyer.
    aida jarang buat ni, mamapp.
    jarang masak daging :) hi hi hi tak brape pandai.
    but ada la buat resepi versi ni dgn ayam.

    ReplyDelete
  9. ada sambal belacan pasti lagi terangkat kan.. husben saya suka masak menu ni tapi dia suka letak cili padi wpon dah letak blackpepper huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post