Paksa Dirimu Mendengar Nasihat ini adalah Peringatan untuk diri mama supaya jangan sombong Dan sentiasa menerima nasihat dengan hati terbuka. Mari baca sama-sama.
Al Quran itu berisi kandungan yang sarat dengan peringatan peringatan dan sebahagian yang lainnya adalah khabar gembira bagi orang orang yang beriman.
Lalu, sebagai seorang muslim dan beriman kepada ayat ayat suci Al Quran, sudah pastilah wajib keatas kita mengimani keseluruhan isi kandungannya "regardless" hati kita suka atau pun tidak terhadap isinya.
Mana boleh kita hanya ingin mendengar perihal syurga sahaja lalu mengenepikan perihal azab neraka yang terkandung didalam Al Quran.
Umpama kita berusaha keras untuk mendapatkan syurga, tetapi pada masa yang sama membiarkan sahaja dosa dan azab yang mengancam diri dibiarkan tidak dibersihkan!
Begitulah juga halnya ketika kita diberi nasihat yang baik, lebih lebih lagi berkaitan hukum hakam agama. Adakalanya nasihat yang kita dengari adalah berkenaan hukum hakam yang kita tidak gemar untuk mendengarnya. Pantas kita pun menolak dan "buat buat pekak" terhadap nasihat tersebut.
Sebagai seorang muslim, nasihat yang baik yang kita dengari sama ada ianya kita gemari ataupun tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka.
Sekiranya hati kita memberontak serta membenci nasihat yang baik yang kita dengari, maka periksalah hati itu. Barangkali telah lama ia "sakit" dan perlu diubati.
"Tak perlu sembanglah" nak berusaha memperbaiki diri sekiranya kita hanya memilih untuk mendengar dan menerima nasihat yang kita gemari sahaja dan menolak nasihat yang lainnya dek kerana kita tidak menggemarinya.
Seseorang yang tidak mahu mendengar dan menerima nasihat selain daripada nasihat yang digemarinya ada beberapa faktor dan antaranya adalah ;
⚫ Kerana nasihat tersebut akan menyebabkan dia terpaksa meninggalkan sesuatu perbuatan yang disukainya setelah mengetahui perbuatannya itu menyanggahi syarak.
⚫ Kerana nasihat tersebut akan memaksa dia melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya sedangkan kebaikan nasihatnya itu hanya akan diperolahi setelah susah payahnya.
⚫ Kerana hatinya yang masih dipenuhi dengan sifat sifat mazmumah seperti sombong dan membangga diri.
Ini sebenarnya berlaku ekoran daripada kurangnya penghayatan terhadap ilmu ilmu agama yang akhirnya menyebabkan kelesuan iman. Jangan kita terus begitu!
Paksalah diri untuk mendengar dan menghayati nasihat nasihat yang kita terima sama ada ianya kita gemari ataupun sebaliknya. Usahakan juga untuk melazimi majlis majlis ilmu yang boleh meningkatkn iman dan melapangkan dada kita.
Jangan biarkan syaitan bersorak kegembiraan melihat kita yang terus menerus berada dilembah kejahilan dan terus begik untuk mendengar nasihat nasihat yang baik. Kelak kita sendiri yang akan menyesal.
Nabi kata "Agama itu adalah nasihat". Maka nasihat nasihat kebaikan adalah sebahagian daripada juzuk agama kita ini. Oleh kerana itu janganlah kita lelah untuk mendengarinya.
Tulisan ini juga merupakan satu nasihat. Maka, diharapkan juga ia memberi kefahaman bagi diri ini dan semua. Wallahu'alam.
#AkhiAdifGorment
Sumber: Tazkirah Ringkas
Tags
ISLAMIK
good sharing mamapipie...paksa dan belajar mendengar nasiht tu utk kebaikan kita jugak
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bagus Mamapp..
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian...
ReplyDeleteSinggah sini
Btw mama,tadi saya buka blog mama melalui komputer kerajaan,tapi dia block lak...pelik tul..ni pun pakai hp
Tapi takpe,balik rumah bole tengok blog ni lagi..heheeh
kadang kadang memang susah nak terima nasihat. apatah lagi dari yang lebih muda dari kita...
ReplyDeleteSelagi orang tak menegur kita selagi itulah kita tidak sedar akan kekhilafan kita
ReplyDeleteGood sharing Adda..
ReplyDeleteorg lelaki ni ego jd sukar nak terima nasihat isteri, kan?
ReplyDeletejangan sampai deh setan kegirangan melihat kita melakukan kemungkaran
ReplyDeletenice sharing. betul.. nak jadi baik kena paksa diri. nak solat nak ngaji nak belajar ilmu agama semua kena paksa. insyallah lama2 jadi habit..
ReplyDeleteBagus banget artikelnya sangat bermanfaat
ReplyDeletebetul tu kak. kena paksa diri dengar nasihat dan banyakkan membaca buku buku ilmiah dan motivasi supaya kita dapat ubah diri ke arah lebih positif
ReplyDelete