Hidup Tanpa Al-Quran Ibarat Rumah Yang Runtuh. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda ya.ng bermaksud "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam tubuhnya sesuatu daripada Al Quran adalah ibarat rumah yang runtuh". [HR Imam Tirmidhi]
Hadith ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya kehidupan ini bergantung harap terhadap panduan panduan yang terkandung di dalam Al Quran. Bayangkan, kalau semewah mana pun rumah yang kita bina, jika ahli keluarga kita tak dididik dengan agama, pasti runtuh. Semua ni nikmat pinjaman saja.
Dan jika dilihat dari satu sudut yang lain pula, sebenarnya hadith ini merupakan amaran dan peringatan daripada Rasulullah SAW kepada kita agar jangan kita meninggalkan kitab suci Al Quran.
⚫ Manusia Inginkan Jiwa Yang Penuh Dan Tenang.
Fitrahnya manusia itu sememangnya sangat berkehendak kepada jiwa yang penuh dan tenang. Dan demi untuk memperolehinya pula hanya ada satu jalan untuk dilalui. Iaitu mendampingkan diri kepada Allah. Hanya ini sahaja jalannya!
Manakala Al Quran pula adalah sebagai medium perantara diantara diri manusia dengan Tuhannya. Dan kerana itulah kata ulama' sejauh mana akrab dan kasih kita dengan Al Quran, maka sejauh itulah sebenarnya kasih kita kepada Allah.
Maka sesiapa yang mendampingi Al Quran sebenarnya dia sedang berdampingan dengan Allah.
⚫ Bahaya Meninggalkan Al Quran
Al Quran adalah merupakan manual kehidupan. Tanpa Al Quran, maka amat rapuh sekali jiwa manusia itu nanti sehingga ia amat mudah untuk cenderung melakukan perkara perkara yang boleh membinasakan dirinya dan orang lain.
Bagaimana tanpa Al Quran boleh ia membinasakan diri?
Begini,
Apabila Al Quran itu telah dipinggirkn serta ditentang oleh sebahagian manusia yang tidak menginginkannya, mereka pasti akan memilih manual kehidupan yang lain selain yang diajarkan di dalam Al Quran.
Mereka akan mencari cari jalan yang bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu mereka dan berharap agar jalan itu akan memenuhi ruang ruang jiwa mereka sambil ia juga mengaharapkan adanya ketenangan
Tetapi malangnya mereka tidak menemuinya sama sekali melainkan hanya jiwa yang penuh menyeronokkan hawa nafsu mereka sahaja dan ketenangan jiwa yang sangat palsu.
Kepalsuan hidup mereka membuktikan jiwa mereka ini terus kosong walaupun dilihat hidupnya seperti enjoy, walhal sebenarnya mereka meronta ronta mencari ketenangan hakiki.
Maka jiwa yang kekosongan tanpa Al Quran itupun akan menjadikan diri sangat rapuh sehingga mereka tidak dapat untuk membezakan perkara yang benar dan perkara yang salah. Mereka juga tidak mampu memilih melainkan memilih perkara perkara yang disukai hawa nafsu.
Akhirnya mereka melakukan kerosakan diri seperti berhibur tanpa henti, bunuh diri, hisap dadah, gejala sosial, zina, LBGT dan pelbagai kerosakan kerosakan yang lain. Inilah bahayanya!
Bertambah buruk lagi apabila berlaku juga perkara seperti perceraian, rumah tangga tidak aman, dera anak, bunuh ibu bapa sendiri dan banyak lagi musibah yang menimpa.
Owh! Alangkah edan nya manusia tanpa Al Quran! Na'uzubillah.
⚫ Kesimpulan
Al Quran adalah perkara Iman. Ia bukan manual kehidupan cadangan yang mana boleh diambil sebahagian dan ditolak sebahagian, tetapi Al Quran wajib diimani dan dilaksanakan keseluruhannya.
Kembalilah kepada Al Quran. Budayakannya didalam kehidupan kita agar hidup kita dipandu oleh wahyu ini dan untuk kita mampu mengharungi zaman edan yang semakin edan ini.
Akhir sekali, Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud "Bacalah Al Quran kerana ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada orang yang membacanya". [HR Imam Muslim]
Wallahu'alam
Sumber: TazkirahRingkas
Tags
ISLAMIK
setuju sangat ni kakak
ReplyDeletesalam singgah. terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteBagus sangat perkongsian nie Adda..
ReplyDeletesibuk macam mana pun jangan tingga al quran kan :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga menjadikan alquran sebagai bacaan routine kita
ReplyDeleteAlhamdulillah .. Penjelasan menarik, t.kasih mama.
ReplyDeletePerkongsian yg bagus..
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletealQuran ni salah satu mukjizat Rasulullah.
ReplyDeletebetapa tinggi ilmu di dalam nyer kan. aduhai.
ia complete kan 3 kitab yg terdahulu. comprehensive.
aida ni pun kekadang alpa. terleka. jrg jrg baca alQuran.
but still membudayakan bacaan alQuran di rumah.
terutama selepas subuh dan maghrib. in shaa Allah.
ni semua dari anak-anak tau, mamapp.
kak Nurin yg bersekolah agama. Izzat yg bertadika Islam.
syuhada yg baru abis UPKK. kerana mereka la aida pun cuba istiqomah baca alQuran.
nak suruh anak baca, kena start dgn diri sendiri, kan :)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete